0

Sayang, Mengapa Tak Merindu… – Prolog

NAJIHAH sekali ni saja aku merayu sangat-sangat. Kau pandanglah wajah anak kau ni. Aku tahu kau tak sukakan dia, tapi dia tetap darah daging kau.” Raihana merayu buat sekian kalinya.

“Kau bawa budak sial tu pergi dari sini, Raihana. Aku tak ingin nak pandang dia.”

“Mengucap Najihah. Tak baik kamu kata begitu terhadap darah daging kamu sendiri.” Hajah Saleha turut bersuara.

“Tidak mak cik, saya memang bencikan dia. Saya tak akan mengaku dia anak saya dunia akhirat.” Najihah palingkan mukanya.

“Raihana, berikan bayi tu pada ayah. Biar ayah azankan.” Haji Razak hulur tangan menyambut bayi yang baru beberapa jam mengenal dunia. Namun apalah daya bayi malang ini bila ibu kandung sendiri tidak mengakui kewujudannya di dunia ini.

Raihana serahkan bayi tersebut kepada Haji Razak bersama linangan air mata.

“Kau dendam dengan suami kau, takkan dengan anak kau pun kau dendam sama. Dia tak bersalah, Najihah.” Raihana kembali memujuk.

“Sudah Raihana, aku tak nak dengar apa-apa lagi.”

Uji yang duduk di hujung katil buat muka dengan harapan Raihana tidak bercakap apa-apa lagi.

“Kalau kau rasa nak dia, kau jagalah dia. Kalau tidak, kau campak saja kat mana-mana. Aku tak kisah.”

Raihana membatukan diri seketika. Suara Haji Razak mengalunkan azan benar-benar meruntun jiwa mereka yang mendengar kecuali Najihah. Keras benar hatinya.

Raihana nekad. Dia sendiri akan menjadi ibu kepada bayi lelaki Najihah. Dia sanggup. Dia akan anggap bayi tersebut sebagai anak kandungnya sendiri.

“Kalau kau tak nak, biarlah aku jaga dia. Tapi kau jangan tuntut dia sampai bila-bila. Anggap kau tak pernah lahirkan dia.”

“Baguslah. Aku takkan tuntut dia sama sekali. Aku anggap dia dah mampus!”

Hajah Soleha geleng kepala sambil sapu air mata. Uji yang tadi bertahan, turut sama mengalirkan air mata.

“Aku akan ingat cakap kau ni sampai bila-bila, Najihah. Aku akan jaga anak kau ni seperti anak kandung aku sendiri. Kau tak ada apa-apa hak ke atas dia selepas ini.”

“Ayah sokong, jagalah bayi ni. Dia memang tak bersalah. Dia juga perlukan keluarga. Biarlah kita yang jadi keluarga dia.” Haji Razak juga memberikan sokongannya. Sakit hatinya mendengar kata-kata Najihah. Tidak sangka seorang ibu akan jadi sezalim itu hanya kerana marahkan si suami.

“Aku takkan akui dia sama sekali. Dunia dan akhirat kata  Najihah dengan rasa benci yang membuak-buak.


PROLOG  BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL SAYANG, MENGAPA TAK MERINDU… (PENULIS: NUEEN)

  • Share post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *