0

Aku Bukan Kelip Kelip – Prolog

PROLOG 1

ACCEPT What Is.

Let Go Of What Was.

Have Faith In What Will Be.

 

PROLOG 2

IF I LAY HERE. If I just lay here…would you lie with me, and just forget the world, Teh Nuur Tirana?”

Aku diam. Masih merenung padang hijau di depan. Yang nak berbaring kat padang rumput ni buat apa. Kena gigit dengan tungau nanti baru tau. Hahaha. Okey aku melawak sebab nak redakan jantung yang dup dap dup dap. Kalau dia sebut nama penuh tu selalunya dia tengah serius. Aku hadam betul dengan sikap dia. Kepala sedang berkira-kira apa nak jawab ni. Sah-sah dia nak aku jawab kan. Ayat dah la dalam semacam. Falsafah omputih pula tu. Aku ni bukan reti nau nak balas ayat jenis gitu.

“You are, and always have been, my dream. I don’t need anything. I just need you in my life. I wanna grow old with you.”

Fuh. Ayat pencair kelas pertama. Glasier pun boleh lebur. Bukan main lagi pak cik ni bermadah. Tak tahu pula aku dia ni murid Shakespeare.

I know those three words are not enough.”

Those three words? I love you ke? Ke saya suka awak. Saya nak awak. Auwwww. Hai orang sebelah aku ni. Boleh tahan bab mengayat rupanya. Ingatkan spesies ketul ais ni memang kejung selamanya. Aku toleh. Dia ikut menghantar sepasang matanya padaku. Nak tunggu aku buka mulut la tu. Dah berkali-kali aku bagi amaran tetap juga lidah tu tergelincir. Nak kena rendam dalam dodol cair ni!

“No English. Saya tak reti. Saya ni kan Miss Speak No English. Lupa ke?” Sengaja aku baling kerling.

Dia ketawa. Bersungguh-sungguh. Kepalanya terangguk.

“Okey-okey. Awak boleh jawab cakap Melayu.

Saya faham.”

“Betul ke ni?”

“Ya, sayang.”

Euwww. Sayang tu. Aku sorokkan senyum. Kalau dia nampak habislah. Nanti dia tahu aku tengah terawangan. Melayang-layang. Hahaha. Acah aje. Melayang la sangat. Aku lepas dehaman kecil. Kena tarik nafas sebelum susun ayat ni. Dehamanku buat renung kami bertemu. Sebelah tangannya dipaut ke bahu kerusi yang kami duduk. Hai dia ni. Main renung- renung la pula. Fokus, Tira. Fokus!

“Saya ni masih ada mak. Macam saya beritahu sebelum ni. Jumpa mak saya. Minta izin dia. Ingat kan?” Memang itu yang aku beritahu kat dia waktu di Darul Kaseh dahulu. Waktu dia buat lamaran tak rasmi jadi GHF dia. Girlfriend halal forever. Aku memang blur masa tu. Tak faham maksud GHF dia tu. Terpaksalah dia cakap terus-terang. Kan dah cakap dengan aku kena cakap terus-terang. Tak payah berkias-kias bagai. Buang masa.

Of course I remember.”

Aku kerling.

No english. Titik. Karang daripada setuju langsung saya kensel. Barulah orang tu meraung bucu katil.”

Hidayat ketawa. Bibir merah pudar di sebelah ikut ketawa. Manisnya!

“Jadi setuju la ni jadi GHF saya?”


PROLOG • BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL AKU BUKAN KELIP KELIP (PENULIS: APRIL SNOW)

  • Share post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *