Andai Kiambang Tak Bertaut – Prolog

“KAU kena ingat, bukan senang kahwin dengan suami orang. Jangan cakap nanti aku tak nasihatkan.

“Aku tahu tu.”

“Kau kena siap sedia dalam semua hal. Iqbal tu bukan setakat dah ada isteri. Tapi dua anak perempuan juga. Di situ aje dah ada tiga orang perempuan dalam hidup bakal suami kau tu. Kau tak boleh pandang remeh. Kadang-kadang kuasa anak perempuan lebih kuat dari si ibu. Nak-nak budak-budak tu masih kecil. Kau memang tak kesian ke kat dia orang? Tergamak kau jadi perosak kebahagiaan mereka? Lebih teruk lagi, isteri dia tu kawan baik kau sendiri.”

“Dah tertulis jodoh aku dengan Iqbal. Nak buat macam mana lagi?”

“Orang bodoh saja yang akan bagi alasan macam tu. Macam dah tak ada lelaki lain. Dalam pejabat kita tu bersepah pekerja lelaki yang belum kahwin. Yang nak mengurat suami orang tu buat apa?”

“Kau tak faham Nisa. Ini soal hati dan perasaan.”

“Yalah tu hati dan perasanlah sangat! Kau fikir masak-masak sebelum buat keputusan Shifa. Cuba letak diri kau dalam keadaan isteri dia. Kita ni sama-sama perempuan. Aku takut nanti kau juga yang makan hati dengan perbuatan sendiri.”

“Aku yakin kami akan bahagia. Iqbal pun dah berjanji akan berlaku adil.”

“Belum dapat, macam-macamlah janji dia. Aku tak nak mendoakan, tapi jarang sangat kisah madu ni berakhir dengan baik.”

Shifa senyum sinis. Cakaplah apa pun. Dia yang nak kahwin, dia yang nak bahagia. Jadi biarlah semuanya dia tanggung sendiri.


PROLOG BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL ANDAI KIAMBANG TAK BERTAUT (PENULIS: LISHAEHA)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *