adminTK

Nadiku – Bab 5

SAMBIL menunggu di ruang tamu, sesekali Nadi bangun untuk menyelak helaian langsir. Mengintai kalau-kalau Budi sudah pulang.  Sejak akhir-akhir ini Budi sering pulang lewat, boleh dikatakan hampir setiap malam. Dan setiap malam itu juga dalam tekad mahu menyambut kepulangan Budi, dia pasti akan tertidur dalam penantiannya. Padahal sebelum itu dia merasakan malamnya begitu panjang dan …

Nadiku – Bab 5 Read More »

Nadiku – Bab 4

HARI yang Budi nantikan tiba jua, di mana dia akan bertemu dengan wanita yang selama ini dia puja-puja. Tak dapat disangkal dia teruja dengan pertemuan mereka. Sengaja dia datang lambat beberapa minit. Bukan apa, dia tidak mahu kelihatan seperti dia terlalu teruja untuk berjumpa Nurul. Biar dia tetap kelihatan cool di mata Nurul. Sebaik ternampak …

Nadiku – Bab 4 Read More »

Nadiku – Bab 3

BUDI mengetuk-ngetuk kepala sendiri dengan telapak tangan. Seakan mahu dibetulkan kepala yang serasa linglung. Dua tiga hari ini dia merasakan dirinya seperti orang yang sedang hilang akal. Asyik termenung dan memikirkan sesuatu yang tak masuk di akal.  Diraba dadanya yang mana jantungnya sedang beritma dengan kencang. Kenapa dengannya? Perasaan apa yang sedang bergayut kuat di …

Nadiku – Bab 3 Read More »

Nadiku – Bab 2

MENGHADIRI perjumpaan dengan rakan-rakan lama mereka tidak seburuk yang Budi bayangkan sebelum ini. Dia bersama Nadi tenang dan santai berbual dengan rakan-rakan mereka.  Sebelum datang tadi beberapa kali dia berpesan kepada Nadi agar sentiasa menjaga tingkah. Beringat akan status diri sebagai isterinya dan imej Muslimah yang menjadi pegangan Nadi sekarang.  Nadi dengar saja apa yang …

Nadiku – Bab 2 Read More »

Nadiku – Bab 1

BABE, cuba tengok ni…” Nadi menghulurkan telefon pintarnya kepada Budi. Budi tak ambil telefon, sebaliknya isterinya itu dijeling tajam. Tak semena-mena dahi Nadi dijentik. “Auch! Apa ni jentik-jentik orang? Sakitlah!” Nadi terjerit halus. Dahi yang dijentik Budi segera digosok. Suka sangat jentik dahi dia yang luas macam padang. Budi dengki ke? “Mulut tu memang nakal …

Nadiku – Bab 1 Read More »

Nadiku – Prolog

REUNION!  Segala-galanya berantakan disebabkan reunion sialan itu. Nadi kira ikatan mereka sudah cukup kuat sehingga tiada apa yang boleh membuatkan hati seorang Budi akan berpaling darinya. Mana dia tahu seorang wanita cantik yang kembali hadir dari masa lalu Budi mampu membuatkan hati Budi mencair. Kalau dia tahu hal seperti itu akan terjadi, sumpah dia takkan …

Nadiku – Prolog Read More »

Tri + Manda – Bab 6

TRI memarkirkan keretanya di sebuah petak parkir kosong. Dia buat tak endah dengan permintaan Amanda yang memintanya menurunkan wanita itu di hadapan pos pengawal. “Sistem keselamatan kat sini memang sambil lewa macam tu ke? Sesiapa aje boleh masuk kawasan apartmen?” soal Tri kepada Amanda. Sebelum masuk pintu pagar apartmen memang terdapat pos pengawal dan pengawal. …

Tri + Manda – Bab 6 Read More »

Tri + Manda – Bab 5

PERLAHAN-LAHAN Amanda membuka kelopak matanya yang terasa berat. Dia tersentak saat wajah pertama yang menyapa pandangan matanya adalah wajah Tri. Dia lebih terkejut dengan kenyataan dia sedang berbaring di atas sebuah katil. Apa dah jadi? Apa Tri dah buat pada dia?  “Hey, rileks. Saya tak buat apa-apa pada awak. Awak kat hospital,” jelas Tri yang …

Tri + Manda – Bab 5 Read More »

Tri + Manda – Bab 4

APA abang buat pada Amanda? Macam mana Amanda boleh ada dalam pelukan abang?” “Kan abang dah cakap tadi. Dia pengsan. Nadi tak dengar ke?” Nadi memandang curiga wajah Tri. Dia jarang-jarang tak percaya pada Tri, tetapi entah mengapa detak hatinya memberitahu sesuatu yang lain padanya kali ini. “It just happened, Nadi. Dia jatuh pada waktu …

Tri + Manda – Bab 4 Read More »

Tri + Manda – Bab 3

LEGA hatinya lantaran sehingga dia keluar pukul 11:00 pagi untuk ke rumah Nadi, kelibat Ameer tak muncul sampai ke sudah. Tiada kereta, terpaksa dia ke sana menaiki Grab. Mujur ada sedikit duit yang terselit di dalam beg tangannya, tidak semua disimpan di dalam beg duit. Kalau tidak, satu hal pula dia nak kena ke ATM …

Tri + Manda – Bab 3 Read More »