UJI..” Telinga Uji ditiup. Uji begitu juga tak bergerak. Dah setengah jam Ziyad cuba mengejutkan Uji bangun, haram Uji nak sedar. Tidur mati isterinya. Kepala dah tergeleng-geleng. Akal mula cari cara.
“Uji, baby.” Pinggang Uji digeletek.
“Baby sayang.” Digeletek pun Uji tak bangun. Geramnya dia!
Akhirnya Ziyad mengalah. Dia bangun lalu menyandar ke kepala katil. Uji yang tidur nyenyak dipandang.
Tak semena-mena bibir Ziyad mengukir senyum. Teringat permainan panasnya dengan Uji tengah malam tadi. Sampai ke pagi Uji melayan Ziyad. Manalah isterinya itu tak kepenatan. Salah dia juga dera Uji macam dah tak ada hari esok.
Lama sangat tak bermanja dan memanjakan isteri sendiri. Sebab itu dia terbabas malam tadi. Rindunya pada Uji begitu membara. Seminggu ini dia asyik balik lewat malam. Kebetulan malam tadi waktu dia sampai ke rumah Uji masih belum tidur. Daripada usik-mengusik membawa kepada pelayaran indah mereka.
Melihat Uji menggeliat, makin lebar senyum Ziyad. Perlahan-lahan mata Uji terbuka.
“Selamat pagi, abang.”
“Selamat pagi, baby sayang.”
Mereka bertukar senyum. Ziyad tunduk mencium puncak kepala Uji. Seketika mata Uji terpejam. Pagi lagi dah tunjuk romantik. Manalah hati tak berdebar-debar.
“Dah lama abang bangun?” Soal Uji lepas Ziyad sudahkan ciuman.
Uji merapat ke paha Ziyad. Digesel hidungnya ke situ.
“Dah setengah jam.” “Kenapa tak kejut Uji?” Ziyad senyum.
“Dah banyak kali abang kejut. Uji yang tidur mati.”
Uji angkat kepala. Dia sengih.
“Abang ada kejutkan, eh?” Patut soalan tu tak payah tanya. Sahlah Ziyad ada kejut, dia yang tak sedar. Dia jenis manusia yang tidur mati.
Muka Uji menyorok di sebalik paha Ziya. Ziyad tarik kepala Uji. Hidung Uji tak henti-henti bergerak di pahanya.
Dah siang sangat. Dia tidak mahu mereka terbabas lagi. Semalaman dia dah penatkan Uji, dia tidak mahu menambah walaupun nafsu sedang bergelora hebat.
“Kenapa?” Uji yang didudukkan bertanya.
“Bangun mandi,” arah Ziyad. “Abang dah mandi?”
“Dah.”
“Sekarang pukul berapa?” “10:30 pagi.”
“Hah?”
Biar betul! Bulat matanya memandang Ziyad. Kenapa Ziyad tak beritahu awal-awal?
Uji melompat turun katil. Terlupa dia tak pakai apa-apa di sebalik selimut. Bila selimut melorot, dan kulitnya terasa sejuk, baru dia sedar keadaan diri. Tangannya ditarik Ziyad.
“Abang!” Jeritnya bila Ziyad hempap tubuhnya yang sudah terbaring.
“Nak pergi mana kelam kabut sangat?”
“Nak mandi.”
“Nak membuang sekali ke?”
Uji geleng. Dia telan air liur. Tubuh dia tengah polos. Boleh Ziyad selamba duduk atas dia begitu. Kut ya pun bagilah dia tutup badan dia dulu. Dugaan betul!
“Abang, tepilah. Uji nak mandi.”
“Nak mandi sorang aje?”
Seoranglah. Takkan nak ajak Ziyad mandi sekali. Ziyad kata Ziyad dah mandi.
“Tak nak mandi dengan abang?”
“Abang kan dah mandi.”
“Abang boleh mandi lagi sekali.”
Uji telan air liur. Seram sejuk, bulu roma dah mula tegak. Sejuk campur panas bila Ziyad buka baju sambil mata terus merenung anak matanya.
“Abang mesti kacak sangat, kan? Tak berkelip mata tengok.”
Uji larikan mukanya. Malu bila Ziyad tegur begitu. Memang Ziyad kacak sangat. Makin hari makin kacak. Tak pernah puas walaupun dia dah tengok selalu.
Ziyad yang melihat Uji malu-malu, tersengih lebar. Faham sangat meskipun Uji manja tahap tak boleh ingat, bila datang polos Uji, Uji boleh jadi semalu yang tak boleh disentuh orang. Terus kuncup!
Dia turun dari katil. Kaki Uji yang baring melintang di tengah katil ditarik.
“Abang!” Uji terjerit lagi. Terkejut bila Ziyad angkat dan dukung dia.
Pintu bilik air Ziyad tendang dengan kaki.
“Abang nak buat apa ni?”
“Mandilah.”
Paip air mandian hujan dibuka. Basah separuh badan mereka.
“Lagi sekali?”
“Dengan Uji seratus kali sehari pun abang sanggup!”
Melampau! Siapa yang mandi seratus kali sehari?
“AMBOI, macam pengantin baru! Dah tengah hari baru keluar bilik.”
Uji pandang Ziyad. Muka Uji dah merah. Malu kena tegur dengan Datin Maimun. Ziyad buat selamba badak dia saja. Dahlah tengah berpimpin tangan. Mesti dalam hati Datin Maimun kata dalam rumah pun nak pimpin tangan. Eh, suka hatilah! Kan memang halal.
Ziyad membawa Uji ke meja makan.
“Biasalah, mama. Perangai kena macam pengantin baru sampai ke tua. Barulah tak bosan. Ini belum apa-apa dah sibuk dengan aura nak berbini lagi. Lagipun isteri Ziyad ni lawa sangat. Kenalah layan baik-baik kalau tak nak dikebas orang.”
Ziyad puji Uji. Bukan puji saja-saja, tapi puji yang lahir dari dasar hati.
Di mata Ziyad memang Uji yang paling cantik. Biar orang kata Uji tak cantik mana, yang penting mata dia rasa Uji cantik. Peduli apa dengan mata orang lain. Yang nak tengok dia, bukan orang lain.
Datin Maimun nak termuntah. Dijeling Uji yang bermuka bangga dipuji anak lelaki tunggalnya.
‘Cantik apa macam tu. Cantik lagi aku masa muda-muda.’ Dalam hati mengutuk Uji.
Dia bukan berkenan sangat dengan isteri Ziyad, si Uji ni. Tak sekasta dengannya. Anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa sewaktu usia belasan tahun. Sejak itu dijaga oleh neneknya. Rupa tak berapa nak ada, harta lagilah tak ada. Apa agaknya yang Ziyad pandang pada Uji?
“Ziyad tak kerja ke hari ni?” “Tak, mama.”
“Kenapa tak pergi kerja?”
“Ziyad nak bawa Uji keluar. Lagi tiga hari Ziyad nak kena pergi Singapore. Kesian Uji duduk kat rumah aje.”
Ziyad pegang bahu Uji. Dia menyuruh Uji duduk saja dan dia yang ambilkan makanan untuk Uji dan dirinya sendiri. Datin Maimum yang melihat bukan main geram. Sakit matanya. Manja sungguh kalau bab melayan Uji. Dia sebagai ibu pun tak pernah dimanjakan sebegitu rupa.
“Terima kasih, abang.”
Meskipun terharu dengan layanan Ziyad, Uji tetap serba salah. Muka mak mentuanya masam mencuka. Pasti dalam hati Datin Maimun tak habis- habis mengutuk Uji.
“Asyik cuti aje. Kalau macam ni macam mana nak cepat jadi CEO?”
“Mana ada selalu Ziyad cuti. Jarang-jarang sekali apa salahnya?” Ziyad membangkang kata-kata mamanya.
“Macamlah tak ada Sabtu dan Ahad.”
“Sabtu dan Ahad pun kadang-kadang Ziyad kerja, mama.”
Nak mulalah tu mama membebel. Kalau Ziyad bercuti semata-mata untuk Uji, pasti ada saja yang tak kena. Tak faham sungguh Ziyad kenapa mamanya tak sukakan Uji. Uji dah cuba jadi menantu mama yang terbaik. Itu pun mama masih tak buka mata. Ziyad jadi penat bertekak dengan mamanya.
“Makan cepat, sayang. Sekejap lagi kita keluar.”
Ziyad tak pedulikan mamanya yang mencerlung. Dah malas nak layan. Kalau dilayan nanti Datin Maimun semakin merepek.
Uji hanya menurut. Makan dalam senyap. Tak berani jeling mak mentua yang tengah berapi.
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5
BELI KOMBO JALINAN KASIH (PENULIS: NUEEN & AK RAFFHAN)