Sandiwara – Bab 5

ANAK MATA aku kecilkan, cuba mengecam susuk tubuh yang bergelut dengan seseorang. Dinar? Cepat aku tolak pintu kereta mendapatkan Dinar. “Hei, apa hal ni?” “Fa, tolong aku. Aku tak nak ikut jantan tak guna ni. Dia paksa aku, Fa.” “Kau nak lepaskan dia atau aku telefon polis sekarang!” Aku bawa keluar telefon dari poket sweater.

Sandiwara – Bab 5 Read More »

Sandiwara – Bab 4

HARI ini awal pagi aku keluar dari rumah semata-mata tidak mahu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Bukan aku nak pergi kerja pun, aku cuma mahu berjoging di Taman Tasik Titiwangsa. Rata-rata komen, Taman Tasik Titiwangsa semakin cantik setelah dibuka kembali selepas pengubahsuaian taman tersebut. Namun begitulah, kawasan tu memang susah nak dapatkan parkir. Hendak pula

Sandiwara – Bab 4 Read More »

Sandiwara – Bab 3

KELUAR dari bilik air dengan hanya berjubah mandi, kaki kubawa melangkah keluar bilik. Pintu bilik Dinar kuintai, masih lagi tertutup kemas. Kaki aku melangkah ke dapur. Pintu peti ais aku buka, satu tin Coke aku bawa keluar. Pintu balkoni aku buka dan labuhkan duduk di buaian. Mata melihat langit yang semakin hilang sinar siang, menandakan

Sandiwara – Bab 3 Read More »

Sandiwara – Bab 2

PERLAHAN–LAHAN pintu bilik aku tutup. Lama aku berdiri kaku depan pintu bilik Dinar. Aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan sekarang. Bagaimana mahu menolong Dinar? Dengan langkah yang longlai aku masuk bilik. Tubuh direbahkan atas tilam empuk. Mata kembali terpejam. Dahiku mengerut, telinga bergerak-gerak. Dengungan yang sedang memasuki telinga aku ketika ini bukan yang

Sandiwara – Bab 2 Read More »

Sandiwara – Bab 1

ASAP rokok aku sedut dalam-dalam. Membiarkan asap yang aku sedut tadi masuk ke dalam setiap rongga tubuh aku, merosakkan sistem paru-paru atau jantung? Ah, aku tidak peduli! Hati aku sendiri sudah rosak, bukan kerana rokok tapi kerana aku sendiri. Orang kata hidup ini tentang pilihan. Ada dua cabang yang perlu dipilih, dan aku telah lama

Sandiwara – Bab 1 Read More »

Wardah – Bab 5

USAI membersihkan diri dan berpakaian lengkap, Alfian merenung Mawar yang terlena di atas katil. Dahinya berkerut melihat pipi Mawar yang sedikit basah. Ibu jarinya pantas menyeka sisa air mata pada pipi gebu milik Mawar. Kenapa Mawar menangis? Betul ke umi memarahi Mawar seperti yang disangkakan Arafah? Dia menatap gusar apabila perasankan tangan Mawar yang berbalut

Wardah – Bab 5 Read More »

Wardah – Bab 4

AINUN memerhatikan Alfian yang sedang menarik pelepah kelapa kering untuk dibakar. Mereka sekarang berada di belakang rumah. Seperti biasa abang sulungnya ini bukannya boleh duduk diam. Orang bercuti berehat di rumah, Alfian pula habiskan cuti dengan mencari aktiviti yang boleh dilakukan buat mengisi masa. Alfian tak teringin ke bawa isteri barunya berbulan madu? Kalau dia

Wardah – Bab 4 Read More »

Wardah – Bab 3

PERGERAKAN yang kerap kali menyentuh tubuhnya akhirnya membuat Alfian terjaga. Dia terduduk sembari menatap Mawar yang tidur dengan dahi yang berkerut. Kenapa lagi dengan isterinya? Malam tadi mereka tidak melakukan apa-apa. Tiada malam pertama. Sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik dia terus menyuruh Mawar tidur. Gadis itu seketika terlopong. Mungkin Mawar sangka dia akan

Wardah – Bab 3 Read More »

Wardah – Bab 2

WAJAH lesu umi terpampang di hadapan mata. Abi berdiri di belakang kerusi roda umi. Pada wajah orang tuanya selain beriak letih, langsung tak tergambar riak penuh kerisauan.  Dia semakin kecewa. Memikirkan bagaimana umi dan abi begitu tenang melepaskannya masuk ke dalam keluarga ini. Tidakkah ada sekelumit simpati di hati mereka untuknya? “Jaga perangai masa duduk

Wardah – Bab 2 Read More »