DEEN tidak keluar bilik lagi selepas Deen memberitahu Cahaya dia mahu solat asar. Cahaya menunggu juga Deen di ruang tamu. Sehingga pukul 9:45 malam batang hidung Deen belum kelihatan. Cahaya ambil keputusan mengetuk pintu bilik Deen.
Ketukan kali kedua suara Deen kedengaran menyuruhnya masuk.
Cahaya memulas tombol pintu. Tak berkunci?
“You tak kunci pintu bilik you?”
“Kenapa I perlu kunci?”
“Oh, I ingat you kunci pintu bilik you sebab you kata you nakkan privasi.”
“I tak kunci pintu bilik I, Cahaya. Tak pernah kunci pun.”
“Sebelum ni tak ada I. Sekarang I dah ada kat rumah ni. You tak takut kalau I masuk bilik you?”
“You boleh masuk bilik I. I tak cakap pun you tak boleh masuk bilik I.”
Cahaya tampak terkejut mendengar kata-kata Deen. “You asingkan bilik tidur kita. Tapi daripada cara you cakap…”
“I asingkan bilik tidur kita sebab I tak nak tidur dengan you.”
Kalau tak cakap dengan jelas bukan Deen namanya!
“Kenapa you tak nak tidur dengan I? I isteri you.”
“Isteri atas kertas. Kalau you lupa…”
Cahaya hempaskan duduk di atas katil Deen. Baru Cahaya perasan bilik utama yang menjadi bilik Deen bersaiz dua kali ganda daripada bilik yang Cahaya diami. Dalam bilik Deen ada bilik air. Tak adil betul.
Dan Cahaya baru menyedari dalam banyak-banyak ruang dalam apartmen Deen, hanya bilik Deen yang tampak hidup. Sedangkan bahagian lain dalam rumah dijaga ala kadar.
“You buat apa?”
Deen duduk di sebuah kerusi. Mungkin tempat di mana Deen membuat kerja-kerja yang dibawa pulang ke rumah.
“Siapkan kerja.”
“Datuk bagi you banyak kerja?”
“Kerja I memang sentiasa banyak. You takkan tahu kecuali you masuk kerja di syarikat Tan Sri. You tak nak kerja ke Cahaya?”
“Buat apa I kerja? Duit I dah banyak,” jawab Cahaya sombong. Tak habis-habis suruh Cahaya bekerja. Dia kahwin sebab nak jadi suri rumah tangga. Deen boleh pula suruh dia bekerja.
“You pewaris Maju Holdings. Tan Sri ada tiga orang cucu aje. You, Ziyad dan Jefri. You tak nak ke tolong Tan Sri majukan Maju Holdings?”
“I tolong datuk dekat syarikat?” Cahaya tergelak kecil.
“You nak syarikat datuk cepat bankrap ke? Apa yang I tahu pasal business?”
“Jadi betullah you anak orang kaya yang tak tahu apa-apa. Jenis anak orang kaya yang tahu makan suap saja. Agaknya kalau you dicampak ke hutan, tak sampai 24 jam you akan mati. You tak tahu cara nak survive dalam hidup. Dan I agak itu juga jadi punca you nak bunuh diri hari tu, kan?”
Cahaya sudah boleh senaraikan banyak perangai buruk Deen. Salah satunya suka mengungkit. Kalau tak mengungkit memang tak sah.
“I memang anak orang kaya yang bodoh. Yang tak tahu cara nak teruskan hidup. I bukan macam you campak dekat hutan banat mana pun you boleh hidup.” Cahaya lemparkan bicara dalam nada sinis.
“I tak pernah kata you bodoh. Tapi baguslah kalau you sedar diri.”
Cahaya meratib sabar. Nak meratib istighfar dia tak pernah buat amalan itu. Baru malam ketiga mereka jadi suami isteri, takkan Cahaya nak jadikan kisah seorang isteri membunuh suami yang celopar sebagai berita muka depan surat khabar pagi esok?
“You ada apa-apa nak cakap dengan I ke?”
Deen hentikan segala pekerjaannya. Dia memusingkan kerusi menghadap Cahaya.
Entah apa yang Cahaya mahukan malam-malam seperti ini.
“Lapar?”
“Apa?”
“I tanya you lapar ke?”
“Kalau I lapar you nak belikan I makanan ke?”
“Turun beli sendiri. Bukan I yang lapar.”
Kejamnya jawapan Deen. Tak budiman langsung. Bukannya nak tawarkan diri beli makanan untuk Cahaya. Dia suruh Cahaya turun beli makanan sendiri pula.
“Masa you bawa I datang sini pagi tadi, I perasan kawasan apartmen you ni sunyi betul. Macam orang tak ramai tinggal kat sini. Takutlah I nak turun sorang-sorang.”
Kening Deen terangkat. “You takut turun sorang-sorang? Kenapa?”
“Macam mana kalau I jumpa orang jahat?”
“Hurm, manusia-manusia yang you jumpa di kelab malam tu semua baik ke? You pergi kelab malam siang hari ke? Kalau you berani berada dekat tempat macam tu sampai dua tiga pagi kenapa you takut nak turun sorang-sorang? Paling tidak pun you akan jumpa hantu. Which is I rasa lebih baik daripada jumpa perogol. Tapi untuk kategori you, I rasa you tak kisah pun kan jumpa yang mana satu.” Muka Deen serius.
Tak ada tanda-tanda langsung Deen hanya bergurau.
“You bergurau ke?”
“Kenapa I nak bergurau dengan you?” Deen angkat bahu. Muka tetap serius.
Cahaya tak tahu kat mana lagi dia nak cari ruang dalam dirinya untuk terus bersabar dengan Deen. Dia tak masuk ke bilik Deen untuk memberi peluang Deen menyakitkan hatinya.
Cahaya bangun dari katil. Dia menghampiri Deen yang duduk di kerusi. Tanpa sedikit pun perasaan malu punggungnya dihenyakkan ke riba Deen. Deen punyalah terkejut sampai nyaris kerusi nak terbalik. Mujur ada meja di belakang kerusi yang jadi penahan.
“Boleh I tanya you satu soalan?”
Cahaya letakkan dua tangannya ke leher Deen. Deen yang rimas cuba menolak tangan Cahaya di belakang lehernya. Semakin kejap tangan Cahaya di situ.
“You dah tanya I banyak soalan. Baru sekarang you nak minta izin?”
Cahaya ketawa halus.
“Are you still a virgin?”
Mata Deen mengecil. “What do you mean by that?”
“Hurm, you nak I translate soalan I tadi ke?”
Deen mendengus tak suka.
“None of your business, Cahaya.” Deen cuba sekali lagi tolak tangan Cahaya. Cahaya tak mengalah. Leher Deen dipaut erat. Mukanya semakin hampir dengan muka Deen. Sikit lagi hidung mereka nak berlaga.
“Boleh tak kalau setahun perkahwinan kita ni you aje yang jadi teman tidur I? Takkanlah I nak cari teman tidur kat luar kan? I dah janji dengan datuk sepanjang I jadi isteri you I akan behave. Come on, Deen. I boleh puaskan you. I hebat tau atas ranjang. I boleh buat you ketagih…”
“Enough, Cahaya! I dah faham apa yang you cuba sampaikan.”
Baru tiga malam Cahaya jadi isterinya, Cahaya sudah merindui kegiatan malam yang sering Cahaya lakukan sebelum jadi isterinya. Deen tak dapat bayangkan bagaimana Cahaya hendak hidup tanpa aktiviti terlarang itu.
Seperti yang termaktub dalam perjanjian bahawasanya tidak ada salah satu pihak boleh mencampuri urusan hidup masing-masing, apakah dia sanggup membiarkan Cahaya yang menyandang status isterinya tidur dengan mana-mana lelaki?
“Deen…”
Cahaya mengelus pipi Deen. Bibir Cahaya menghampiri bibir Deen. Mencari-cari lekuk bibir yang begitu menarik hatinya. Baru saja bibir Cahaya mahu mencecah permukaan bibir Deen, Deen menjauhkan wajah mereka.
“You nak tidur dengan I? Have sex with me?”
Cahaya angguk. “Hurm.”
Deen lepaskan tangan Cahaya agak kasar. Cahaya yang duduk di pangkuannya ditarik supaya bangun.
“Boleh.”
“Betul?”
Cahaya yang teruja mahu memeluk Deen. Dia tak sangka Deen setuju dengan cadangannya.
“Stop!”
Tangan Cahaya yang sudah bersedia memeluk Deen jatuh ke sisi semula.
“I bersedia tidur dengan you. Dengan syarat bawakan bukti hitam putih you tak ada menghidap sebarang penyakit kelamin atau penyakit berjangkit.”
“Hei, you ingat I perempuan jenis apa?”
Cahaya berang. Berkilat pandangannya menatap Deen dengan amarah yang begitu besar.
“Terpulang pada you, Cahaya. Kalau you nakkan I, berikan I bukti. Kalau tak, lupakan saja niat you tu. Bukan setakat ciuman, I takkan beri you apa-apa. Ada lagi you nak cakap?”
Cahaya mengepal tangannya membentuk penumbuk. Lidahnya tak terluah kemarahan yang sedang membara. Deen terlihat kecil pada pandangannya.
Dia ingin marah. Memaki Deen sepuas hatinya. Namun, apa yang diminta Deen bukan sesuatu yang salah. Itu hanyalah salah satu bentuk perlindungan untuk mengelakkan Deen dijangkiti sebarang penyakit berbahaya di kemudian hari. Dia tak mampu nak salahkan Deen mengingat cara hidupnya yang sangat buruk sebelum ini.
Cahaya bawa diri keluar dari bilik Deen tanpa berkata apa-apa lagi. Deen tidak menghalang. Cahaya sempat melihat Deen kembali menghadap meja sebelum dia menarik pintu bilik Deen.
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5
BELI KOMBO JALINAN KASIH (PENULIS: NUEEN & AK RAFFHAN)