0

Bukan Kisah Cinta

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 10

KOTAK jam tangan diletakkan di atas mejanya. Dibiarkan kotak itu ternganga dan Dian melihat jarum jam berputar mengubah saat menjadi minit. Danny beri hadiah jam tangan tahun ini, apakah dia memang mahu Dian menghitung waktu menunggu kepulangannya? Oh Danny jangan dera aku begini. Kalau pun tidak dapat bertentang mata, asalkan dapat dengar suara atau paling…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 9

MAZDA 3 Hatchback warna perak diparkir molek, berada di tengah-tengah petak. Suatu kemestian buat Dian memastikan keretanya diparkir dengan betul. Ahhh Dian, segala-galanya dia mahu lakukan dengan betul, itu sifatnya yang dilihat kadang-kala agak cerewet bagi orang lain. Dian tidak mudah berasa puas hati dan dia lebih yakin bekerja sendiri daripada membiarkan orang lain melakukannya….

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 7

OFIS senyap sunyi. Belum pun jam lima petang tetapi banyak meja yang sudah kosong, mentang-mentanglah hari ini hari Jumaat. Dian kesunyian. Dia belek telefon bimbitnya, membaca mesej yang diterimanya lima minit yang lalu. Kalaulah Dian tahu Danny terpaksa pulang ke Kuala Lumpur petang ini juga, Dian sudah ambil cuti setengah hari dan habiskan petangnya berdua…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 6

DIAN sayang mahu melepaskan tugasnya namun hatinya turut berat untuk mengikut Syed Ali berpindah. Dian sudah lama mahu meloloskan diri daripada bersubahat dengan Syed Ali. Dia tidak mahu hitung dosa Syed Ali sedangkan dosa subahatnya menempah bilik-bilik hotel untuk Syed Ali entah diampunkan ALLAH entah tidak. Mungkin bukan salah Syed Ali seorang andai dia kaki…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 5

DANNY datang dengan seragam birunya. Kecoh satu pejabat, ada anggota polis mahu menangkap Dian. Cepat betul berita palsu tersebar. Pengawal keselamatan ini pun satu hal, asal ada polis hendak jumpa seseorang terus sahaja buat rumusan polis mahu tangkap orang, ingat polis ini tak ada kerja lain selain daripada tangkap orang agaknya. Polis pun manusia biasa,…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 4

UNGKU NA’IL leka dengan tabletnya. Dua orang pelanggannya tadi sudah pun pulang tidak lama selepas hujan teduh. Dia seperti sedang membaca sesuatu dengan khusyuk. Ilyana dan Dian lalu-lalang di sebelahnya beberapa kali pun Ungku Na’il tidak perasan. Dian sempat intai sekali, dia lihat Ungku Na’il sedang melihat gambar seseorang, perempuan! Dian kenal wanita dalam gambar…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 3

ILYANA memerhati Dian yang duduk diam di kaunter sambil membaca buku. Tidak habis-habis dengan bukunya. Itulah Dian kalau sudah dapat buku, alamatnya memang tidak lepas langsung. Sambil mengemas meja dan menyusun semula kerusi, Ilyana berulang-kali mencuba untuk mencuping perbualan Ungku Na’il dengan dua orang wanita di hadapannya. Ilyana perasan, Ungku Na’il telah beberapa kali mengalih…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 2

“DIAN, kau tengok tu siapa depan pintu.” “Alamak Illy, hantu pakulah!” balas Dian sambil memerhati lelaki yang sedang menolak daun pintu. Dian ada sebab kenapa dia rasa lemas tiap kali Ungku Na’il datang namun Dian cuba untuk menyembunyikan perasaannya itu agar tidak tercium Ilyana. “Tak baik tau kau panggil dia hantu paku, nama dia Na’il…

Read more

Bukan Kisah Cinta – Bab 1

DUDUK di tepi tingkap ketika hari hujan sambil membaca novel karya Mary Balogh berjudul A Summer to Remember ditemani secawan kopi panas dan sehiris American Cheesecake, Dian rasa seperti berada dalam sebuah kafe kecil di Rochester, New York yang pernah dia singgahi beberapa tahun yang lalu bersama Ilham Muhammad, Danny Richardson dan Min Zahia setahun…

Showing all 10 posts