Jangan Pernah Katakan Cinta

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 10

KENYANG perut Zaff bila sebekas makanan yang diberikan Indra petang tadi licin dimakannya. Nasi ayam dengan tiga ketul kepak madu. Entah macam mana lelaki itu boleh tahu makanan kegemarannya itu. Hailah, Indra. Betullah, hadir lelaki itu sebagai pengubat. Di saat dia menanggung derita yang diberikan Redza, dia ditemukan dengan Indra. Kehadiran lelaki itu seperti satu […]

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 10 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 9

ZAFF berdiri tenang di hadapan Kamil usai menerima panggilan interkom daripada lelaki itu yang mahu berjumpa dengannya di bilik pejabat. Dalam hati, masih ada rasa tak selesa bila duduk berdua-duaan dengan lelaki itu. Sejak kejadian mengaibkan yang berlaku antara dia dan Kamil beberapa minggu sudah, lelaki itu nampak sedikit canggung dengannya. Namun begitu sebagai pekerja,

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 9 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 8

ALAM tidak lagi indah bila dia sering ditinggalkan bersendirian. Dia rasa sudah tiba masanya dia membuat perhitungan dengan Redza. Panggilan ke telefon bimbit Redza yang disambut Adira pagi tadi semakin jelas membuktikan kecurangan Redza bersama wanita itu. Suara angkuh Adira seakan mahu dia mengalah dan pergi meninggalkan lelaki itu. Jika Redza pulang malam ini, dia

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 8 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 7

SELESAI sahaja urusan makan yang berlangsung dalam suasana dingin, Indra memandu laju kereta Audi yang konon dipinjamnya itu keluar dari pekarangan restoran. Tanpa sepatah kata dia terus menekan pedal minyak, walaupun dia tahu Zaff yang berada di sebelah sedang menunggunya membuka mulut. Hampir sepuluh minit memandu, kereta yang dipandu Indra berhenti di puncak sebuah bukit.

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 7 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 6

INDRA berdiri di tengah-tengah ruang tamu rumah. Sunyi suasana kediamannya, menggambarkan apa yang sedang dilaluinya kini. Hidup bersendirian ditemani sepi walau hakikatnya dia masih memiliki seorang isteri. Retak rumah tangganya ibarat menanti belah. Dia tidak mengharapkan magis untuk memulihkan semula hubungan dia dan isterinya kerana sejak dari dulu lagi isterinya itu tak pernah setuju dengan

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 6 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 5

HUJAN lebat yang turun sejak subuh tadi menyukarkan Zaff untuk berjalan kaki mendapatkan teksi ke tempat kerja. Ditambah, taman perumahan yang dia duduki ini agak terceruk ke dalam, menjadikan pengangkutan awam tidak melalui kawasan tersebut. Usai bersiap, dia mundar-mandir di hadapan pintu utama rumah. Menanti kalau-kalau Redza pulang dan sudi menghantarnya ke pejabat. Tak berniat

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 5 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 4

TANGAN masih di kolar kemeja Redza. Mahu lelaki itu nampak kemas, sebelum dilepaskan kepada pemiliknya semula. Senyum di bibir Adira puas, dia tidak perlu berusaha keras untuk menundukkan lelaki ini. Cuma hanya perlu diumpan dengan wang ringgit, lelaki itu terus datang menyembah di kakinya. Mengharap belaiannya, menagih layanannya demi memenuhi tuntutan nafsu. “Handsome dah B,

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 4 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 3

DUA hari berlalu. Ada beberapa tugasan yang perlu diselesaikan merajinkan Indra untuk sekali lagi berada di sini. Ada perkara berkaitan syarikat yang dia mahu bincangkan dengan Kamil. Selepas melepasi pintu utama syarikat, matanya memandang sekilas ke meja pembantu Kamil yang baru beberapa bulan bekerja di situ. Seraut wajah bujur sirih itu buat dia terpegun sejenak.

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 3 Read More »

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 1

ISNIN. Permulaan hari yang suram bagi Zafirah Nur atau lebih mesra dipanggil Zaff oleh rakan sekerjanya. Dia masih belum sembuh sepenuhnya daripada demam. Atau lebih tepat, dia jadi begitu disebabkan terlalu penat ‘dikerjakan’ suami gilanya, Redza. “Kalau dah tahu tak sihat, kenapa datang juga kerja?” bebel Faezah, rakan sekerja Zaff. “Zaff okey, kak. Demam sikit

Jangan Pernah Katakan Cinta – Bab 1 Read More »