Tri Manda

Tri + Manda – Bab 6

TRI memarkirkan keretanya di sebuah petak parkir kosong. Dia buat tak endah dengan permintaan Amanda yang memintanya menurunkan wanita itu di hadapan pos pengawal. “Sistem keselamatan kat sini memang sambil lewa macam tu ke? Sesiapa aje boleh masuk kawasan apartmen?” soal Tri kepada Amanda. Sebelum masuk pintu pagar apartmen memang terdapat pos pengawal dan pengawal. …

Tri + Manda – Bab 6 Read More »

Tri + Manda – Bab 5

PERLAHAN-LAHAN Amanda membuka kelopak matanya yang terasa berat. Dia tersentak saat wajah pertama yang menyapa pandangan matanya adalah wajah Tri. Dia lebih terkejut dengan kenyataan dia sedang berbaring di atas sebuah katil. Apa dah jadi? Apa Tri dah buat pada dia?  “Hey, rileks. Saya tak buat apa-apa pada awak. Awak kat hospital,” jelas Tri yang …

Tri + Manda – Bab 5 Read More »

Tri + Manda – Bab 4

APA abang buat pada Amanda? Macam mana Amanda boleh ada dalam pelukan abang?” “Kan abang dah cakap tadi. Dia pengsan. Nadi tak dengar ke?” Nadi memandang curiga wajah Tri. Dia jarang-jarang tak percaya pada Tri, tetapi entah mengapa detak hatinya memberitahu sesuatu yang lain padanya kali ini. “It just happened, Nadi. Dia jatuh pada waktu …

Tri + Manda – Bab 4 Read More »

Tri + Manda – Bab 3

LEGA hatinya lantaran sehingga dia keluar pukul 11:00 pagi untuk ke rumah Nadi, kelibat Ameer tak muncul sampai ke sudah. Tiada kereta, terpaksa dia ke sana menaiki Grab. Mujur ada sedikit duit yang terselit di dalam beg tangannya, tidak semua disimpan di dalam beg duit. Kalau tidak, satu hal pula dia nak kena ke ATM …

Tri + Manda – Bab 3 Read More »

Tri + Manda – Bab 2

LAPAN bulan yang lalu sewaktu dia membantu Nadi, dia masih seorang perempuan sederhana yang hidup seadanya. Tak mewah namun cukup makan dan punya tempat tinggal walaupun sekadar rumah sewa. Namun, sebulan kebelakangan ini hidupnya yang tenang tiba-tiba jadi kucar-kacir setelah kemunculan seorang lelaki yang sejujurnya sudah hampir dilupakan kewujudannya. Amanda mengerling lelaki yang bersandar santai …

Tri + Manda – Bab 2 Read More »

Tri + Manda – Bab 1

KALI pertama dia melihat wanita itu adalah dua bulan selepas Nadi melahirkan Raees. Wanita itu berdiri di sudut kiri bilik sambil memerhatikan teman-temannya yang lain bermain dengan si kecil Raees. Mungkin dia silap menilai, tetapi boleh jadi dia benar. Pandangan mata wanita itu memberikan gambaran kesedihan. Bola matanya redup dan suram, mengajak orang yang menatap …

Tri + Manda – Bab 1 Read More »