Wardah

Wardah – Bab 5

USAI membersihkan diri dan berpakaian lengkap, Alfian merenung Mawar yang terlena di atas katil. Dahinya berkerut melihat pipi Mawar yang sedikit basah. Ibu jarinya pantas menyeka sisa air mata pada pipi gebu milik Mawar. Kenapa Mawar menangis? Betul ke umi memarahi Mawar seperti yang disangkakan Arafah? Dia menatap gusar apabila perasankan tangan Mawar yang berbalut […]

Wardah – Bab 5 Read More »

Wardah – Bab 4

AINUN memerhatikan Alfian yang sedang menarik pelepah kelapa kering untuk dibakar. Mereka sekarang berada di belakang rumah. Seperti biasa abang sulungnya ini bukannya boleh duduk diam. Orang bercuti berehat di rumah, Alfian pula habiskan cuti dengan mencari aktiviti yang boleh dilakukan buat mengisi masa. Alfian tak teringin ke bawa isteri barunya berbulan madu? Kalau dia

Wardah – Bab 4 Read More »

Wardah – Bab 3

PERGERAKAN yang kerap kali menyentuh tubuhnya akhirnya membuat Alfian terjaga. Dia terduduk sembari menatap Mawar yang tidur dengan dahi yang berkerut. Kenapa lagi dengan isterinya? Malam tadi mereka tidak melakukan apa-apa. Tiada malam pertama. Sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik dia terus menyuruh Mawar tidur. Gadis itu seketika terlopong. Mungkin Mawar sangka dia akan

Wardah – Bab 3 Read More »

Wardah – Bab 2

WAJAH lesu umi terpampang di hadapan mata. Abi berdiri di belakang kerusi roda umi. Pada wajah orang tuanya selain beriak letih, langsung tak tergambar riak penuh kerisauan.  Dia semakin kecewa. Memikirkan bagaimana umi dan abi begitu tenang melepaskannya masuk ke dalam keluarga ini. Tidakkah ada sekelumit simpati di hati mereka untuknya? “Jaga perangai masa duduk

Wardah – Bab 2 Read More »

Wardah – Bab 1

“KENDURI macam mana?” “Nak buat macam mana kalau dah pengsan macam tu. Takkan nak angkut pergi dewan pula.” Ketus jawapan umi. Tak habis fikir macam mana Mawar boleh pengsan. Pening dia nak menjawab dengan para tetamu. Buat hal betul. Tak boleh ke pengsan lepas dah selesai majlis? Lepas tu nak pengsan tak bangun-bangun sampai ke

Wardah – Bab 1 Read More »

Wardah – Prolog

“AKU terima nikah Mawardah binti Mustaza dengan mas kahwin yang dibayar tunai.” Lancar. Dengan sekali nafas dan lafaz saja. Dunia Mawar seakan berhenti berputar. Berharap yang terjadi hanya sebuah mimpi ngeri. Bila pandangan berbalamnya menyapu seluruh wajah hadirin yang hadir, dia tahu dia tak bermimpi. Pernikahan ini nyata. Sesaat tadi dia telah sah bergelar isteri

Wardah – Prolog Read More »