“Reen. Apa cita-cita awak?”
“Saya nak buka kompeni sendiri. Jadi bos. Awak?”
“Saya nak jaga awak. Ikut ke mana saja awak pergi.”
“Tu bukan cita-cita. Itu mengadalah!”
“Saya tak kira. Di mana ada awak. Di situ cita-cita saya. Reen.”
“Mengada lah awak ni Zarul.”
“Saya suka tengok awak malu-malu macam ni.”
“Zarul!!”
Mimpi indah itu menghilang saat mataku terbuka. Suasana yang asing bagiku. Kepalaku terasa sakit. Pantas aku memegang kepalaku. Terasa ada kain kasar yang membalut kepalaku. Wayar juga berselirat di tanganku. Kenapa dengan aku?
Aku pandang sekeliling. Pandanganku jatuh pada satu figura yang kukenali. Zarul. Suamiku itu sedang terlentok di sofa.
“Sayang…” panggilku dengan suara yang agak serak. Perit. Tekakku terasa kering. Aku dahaga. Aku cuba bangun. Tapi badanku terasa lemah. Beberapa kali aku cuba. Tetap juga tidak boleh. Aku meraba-raba ke meja sisi.
Prang!
Pasu hiasan terjatuh akibat tolakan dariku. Zarul tersedar, pantas dia berlari ke arah aku.
“Reen. You dah sedar? You nak apa? Kejap I panggilkan doktor.” Cemas Zarul bertanya padaku. Laju tangannya menekan butang kecemasan di hujung katil.
Tapi aku pelik. Kenapa Zarul ber ‘I’ ‘You’ pula ni? Janggal aku mendengarnya. Namaku juga hanya di panggil Reen. Lama sudah aku tidak mendengar panggilan itu. Bukankah dia selalu memanggil aku dengan panggilan ‘honey’ atau ‘sayang’ setelah kami bernikah?
“Reen? Are you okay? Ada sakit kat mana-mana tak?” Soalnya lagi. Aku cuba bangun dan duduk. Melihat aku cuba bangun perlahan-lahan dia membantu aku untuk duduk.
“Saya nak air.” Sungguh tekakku terasa dahaga. Riak Zarul seakan berubah. Namun di ambil juga air untukku.
Aku meneguk perlahan air putih itu. Baru terasa lega kerongkongku.
“Sayang…Kenapa dengan saya eh?” Soalku inginkan kepastian. Ya. Aku pelik. Bagaimana aku boleh berada di hospital ini?
Zarul terkesima. Jelas sekali riaknya berubah yang aku sendiri tidak pasti.
“You tak ingat Reen?”
“Ingat apa?” Pelik. Wajahnya ku pandang kehairanan. Apa yang perlu aku ingat?
“Ingat macam mana you jadi begini. You tak ingat yang you kemalangan?”
Aku geleng kepala. Betul. Aku langsung tak ingat. Aku pandang wajahnya dengan terkebil-kebil. Mula hairan dengan pertanyaannya.
“Apa perkara terakhir you ingat?” soalnya ragu-ragu.
Aku pejamkan mata. Cuba untuk mengingati…
“Honey!! Pinjaman kita dah diluluskan. Lepas ni impian kita akan tercapai sayang!” Jerit Zarul lalu terus tubuh aku dipeluk erat olehnya sebelum aku sempat jejak ke tangga terakhir pun.
Aku terkesima. Pinjaman? Maksud dia pinjaman yang dia mohon untuk merealisasikan impian kami itu? Atau lebih tepat impianku untuk membina empayar jenamaku sendiri dalam bidang rekaan fesyen. Aku dan Zarul sudah lama gigih menyimpan modal dan angan-angan itu.
Zarul regangkan pelukannya. Dia tenung aku kehairanan.
“Sayang?” Aku tersentak. Dan segalanya bagai mimpi.
“Betul ke sayang? I’m so happy. Finally. Our dream come true!” Aku mula menjerit teruja. Aku peluk dia semula. Zarul kembali senyum.
“Thanks sayang.. Selalu ada dengan honey. You are my hero!” Aku kucup pipinya laju. Dia suami yang terindah. Selalu menyokong setiap langkahku. Aku tak tahu apa yang mampu aku lakukan tanpa dia.
“Lagi?” Dia tersengih. Pinggangku ditarik mendekat ke dadanya. Tidak di peduli kami masih ditangga flat ini.
“My charming husband.” Aku kucup hidungnya pula.
“Lagi?”
“The best husband in the world.”
“Lagi?”
“Lagi…” Bibirnya ku pagut lama. Peduli apa aku andai orang nampak. Geram aku dengan dia ni. Mengada-ngada tau.
“I love you sayang…” Aku lentokkan kepalaku di dadanya.
“I love you too honey.” Sekaligus aku terasa tubuhku sudah dicempung dia. Ah! Dia memang suami yang cukup sempurna.
Tapi, entah macam mana dia hilang imbangan dan aku terjatuh bersamanya dari tiga anak tangga. Kepalaku terhantuk kuat ke lantai.
“Sayang!”
Sakitnya kepala aku
“Reen?”
Mataku celik semula.Terpamer wajah suami yang ku cinta sepenuh hati.
“Saya ingat pinjaman kita di luluskan. Dan kita happy sangat masa tu. Dan kita jatuh tangga. Oh! Pastilah sebab kepala saya terhantuk kan?” Aku tersengih. Aku raba kepalaku dan juga badanku yang calar balar. Teruk juga kesan aku jatuh tangga.
Muka Zarul berubah.
“Kenapa sayang? Sikit je ni. Janganlah risau,” pujukku dengan menyentuh lengannya.
Bunyi pintu bilik dibuka membuat kami berdua sedikit tersentak.
“Assalamualaikum puan. Bagaimana keadaan puan. Okey?” Muncul seorang lelaki berseragam putih menghampiri. Mataku melirik name tagnya. Dr. Arif.
“Okey. Cuma kepala rasa berat sikit,” jawabku. Zarul hanya mendiamkan diri dari tadi. Memerhati bila Dr. Arif mula memeriksa tekanan darahku. Mataku juga diperiksa oleh doktor. Aku tak tahu apa yang berlaku. Jadi, Aku hanya biarkan doktor itu menjalankan tugasnya dalam keadaan aku yang bingung.
“Okey. Tekanan darah okey. Semua pun okey. Fasal sakit kepala tu… Biasalah. Baru sedar kan. Memang begitu selalunya,” terang Dr. Arif sambil tersenyum.
“Doktor. Boleh kita cakap sekejap. Kat bilik doktor.” Tiba-tiba Zarul menyampuk.
Dr.Arif mengangguk. Selesai dia mencatat sesuatu di fail yang dikepilnya.
Zarul menepuk kekura tanganku perlahan.
“Reen. You tunggu sekejap ya. I ada hal nak bincang dengan Doktor,” Zarul senyum senget.
Senyum yang di paksa.
“Kenapa sayang. Ada apa yang tak kena ke?” Tebakku. Hatiku mula rasa tak sedap. Wajahnya aku pandang mengharap penjelasan. Aku tahu ada yang tidak kena dengan diriku. Melihatkan riaknya yang berubah itu. Dia seperti bukan suamiku.
“Eh. Tak. Tak ada apa. Cuma nak tanya sesuatu je dengan doktor. Jangan risau okey.” Dia cium sekilas dahiku sebelum keluar dari bilik yang dihuni aku seorang. Baru aku perasan. Kenapa Zarul tempatkan aku di ward kelas pertama ini? Kami mana mampu.
Dan sekali lagi. Hatiku di serang rasa pelik.
Aku mendongak melihat bangunan tersergam indah itu. Tidak pernah aku terfikir pun aku bakal menjejak kaki ke sini. Pernah dulu aku berimpian untuk miliki rumah disini. Dan Zarul maklum tentang itu.
Wajah ku toleh pada Zarul. Masih tertanya-tanya mengapa dia membawa aku ke sini. Walaupun aku telah diperjelaskan tentang apa yang berlaku secara ringkas.
Namun kadang-kala aku rasakan ini semua hanya mimpi.
“Kita tinggal di sini?” Aku pandang Zarul yang menekan butang lif.
Dia mengangguk. Riaknya biasa-biasa sahaja. Entah kenapa Zarul seperti orang asing bagiku. Seminggu aku di hospital. Memang setiap hari Zarul melawat dan malamnya menemani aku. Tapi dia kelihatan dingin. Sepatah aku tanya. Sepatah dia jawab. Sudahnya aku biarkan sahaja kami sepi tanpa sebarang bicara.
Kata doktor aku mengalami amnesia akibat hentakan di kepala ketika kemalangan. Ah.. klise kisahku ini. Entah kenapa aku yang di uji TUHAN sebegini. Dan yang lebih peliknya ingatanku terhenti hanya pada 3 tahun lepas. Jadinya hanya 3 tahun kebelakangan ini sahaja yang aku tidak dapat ingat. Selebihnya aku ingat segala peristiwa.
Aku ingat semua kenangan aku dan Zarul. Ya. Dalam ingatanku penuh dengan kenangan aku dan Zarul. Dari kami kecil sampai dewasa. Aku dan Zarul membesar bersama di rumah anak yatim.
Langkahku terhenti bila Zarul membuka salah satu penthouse di tingkat atas kondo itu. Wow! Aku tak sangka kami sekaya ini.
“Zarul? Are you sure ini rumah kita?” Soalku bagai tidak percaya.
“Ya. Rumah kita. Ini semua hasil kerja keras you Reen. Masuklah,” katanya sambil tersenyum. Senyuman yang aku rindu.
Aku rindu nak peluk dia. Tapi bila melihat sikapnya yang dingin. Aku jadi segan. Biarlah. Mungkin ada perkara yang buat dia berubah begitu.
Aku memerhati sekeliling. Cantiknya. Seperti rumah idamanku yang dulu. Moden dengan konsep urban. Langkah kaki ku atur ke almari hiasan. Ada gambar kami bersama-sama dahulu. Aku ambil satu frame gambar yang tertera gambar aku dan Zarul ketika kami konvokesyen bersama. Sungguh… Hati aku dihambat pilu. Aku rindu kenangan dulu.
“Duduklah… I buatkan you hot chocolate. Nanti I keluar tapaukan makanan.” Suara Zarul mengejutkan aku. Dia muncul dengan dua muk di tangan. Lantas aku letakkan kembali frame gambar tadi. Zarul meletak muk di meja kopi.
Aku labuhkan duduk berhadapan dengan Zarul.
Aku teguk perlahan hot chocolate yang di buat Zarul itu. Sekali lagi aku rasa tersentuh. Zarul masih tahu kegemaran aku. Aku pandang sekilas pada Zarul. Dia merenung aku dengan renungan yang aku sendiri tak tahu bagaimana hendak mentafsirkannya. Sayu mungkin?
Dia alihkan pandangan. Lalu Menarik nafas dalam.
“Hurm… Jom I tunjukkan bilik,” katanya sebaik sahaja aku selesai minum.
Dia bangun dari duduk. Aku hanya mengekori langkahnya.
“Ini bilik you. Bilik I depan bilik you,” beritahunya. Aku tersentak. Sejauh mana kedinginan hubungan kami?
“Kita tak sebilik?” Soalku dalam nada terkejut.
Dia mengeluh.
“Tak,” jawapnya sepatah.
“Kenapa?” Aku dongak memandang wajahnya. Keliru.
“You yang tak mahu. You rehatlah. I keluar belikan you makanan. Kalau apa-apa hal you call I. You pakai handphone ni dulu. Handphone you berkecai masa accident hari tu, katanya sambil memberi iPhonenya.
Zarul pakai iPhone? Nampaknya kami benar-benar mewah sekarang.
Selepas membaringkan aku di katil. Zarul mengucup dahiku sekilas dan dia berlalu keluar meninggalkan aku yang kebingungan.
Zarul… Apa yang berlaku sebenarnya diantara kita? Awak. Bukan awak yang dulu.
Aku lepaskan keluhan… Bilik yang sunyi itu aku pandang sepi.
Kosong. Sekosong hati dan fikiranku.
Zarul tak sudah-sudah memerhati aku makan.
“Kenapa awak pandang saya macam tu? Seganlah.” Aku tunduk segan sambil menyuap makanan yang di belinya. Spageti carbonara. Sejak bila aku makan makanan western ni? Sedap juga. Telan jelah.
“I miss you Reen,” bisiknya perlahan. Sangat-sangat perlahan.
Aku mengangkat muka.
“Awak cakap apa?” Soalku. Mana tahu aku salah dengar.
“Hah? Tak Ada apa. Makanlah. You suka spageti restoran ni.” Dia kelihatan tersentak. Urgh! Alih tajuk.
Aku meneruskan suapan. Malas aku berharap.
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5 • BAB 6
BELI NOVEL CINTA YANG DILUPA (PENULIS: MELL AURORA)