“Sorry sayang… Hari ni kita makan Maggi lagi tau.” Zarul muncul dengan semangkuk Maggi.
Aku tersenyum padanya. Mendongak memandang dia sambil bersila dia lantai flat kecil yang hanya beralaskan tikar getah menanti air tangannya itu.
“Maggi pun okey. Sedap je bau. Semangkuk saja ke?”
“Kita kongsi. Saya suap awak ya sayang?” Zarul duduk berhadapan denganku.
Aku mengangguk laju. Zarul memang suka manjakan aku begini.
Zarul angkat tangan membaca doa lalu diaminkan oleh aku.
“Buka mulut. Panas ni hati-hati tau.” Zarul mula menyuap aku. Termuncung bibirnya meniup wap panas yang hadir dari mangkuk berisi Maggi kari yang dimasak olehnya itu.
Aku ambil garpu ditangannya pula.
“Saya suap awak pula ya sayang. Cepat! Aaaa…” Aku suruh dia ngangakan mulut. Kasihan lelaki yang baru bergelar suamiku ini. Pasti penat mencari nafkah menampung keperluan hidup kami berdua. Tadi, motor buruknya rosak pulak. Duit simpanan yang ada terpaksa dikeluarkan untuk membaiki kerosakan satu-satunya pengangkutan yang kami ada itu. Jadi terpaksalah kami bercatu makan menanti hari gaji.
Selesai makan kami berdua menatap langit di balkoni flat itu.
Zarul ambil tanganku lalu dibawa ke bibirnya.
“Maafkan saya sayang. Saya masih belum mampu beri awak kesenangan. Dah merata-rata tempat saya cari kerja yang lebih baik. Tapi tak dapat juga sebab kurang pengalaman kata mereka.” Zarul keluh kecil.
Aku usap lengannya. Kepalaku lentok ke bahunya.
“It’s okay sayang. Adalah rezeki kita nanti. Oh ya. Kak Wan puji rekaan baju saya tau. Dia kata saya boleh pergi jauh. Insya-ALLAH dia akan tolong cari jalan nanti bantu saya. Buat masa ni dia suruh saya designkan baju-baju pengantin butik dia dulu. Dia bayar upah lebih.” Ceria aku bercerita padanya. Aku bekerja di butik pengantin kecil milik Kak Wan. Dia banyak membantu aku. Di kala aku perlukan perkerjaan dan pengalaman. Kak Wan yang sudi mengambil aku kerja sebagai pembantu butik.
Cita-cita aku tinggi. Aku mahu jadi pereka fesyen yang berjaya. Aku mahu nama aku dikenali di seluruh dunia. Mahu nama aku sebaris dengan Rizalman, Hatta Dolmat dan yang seangkatan dengannya. Kalau tidak pun aku mahu jadi penerbit sebuah majalah fesyen berprestij. Sedikit demi sedikit aku simpan modal dengan dibantu Zarul. Aku mahu buka sebuah syarikat. Itu hasratku.
Zarul ikut tersenyum. Perlahan bibirnya jatuh di tepi kepalaku yang hampir dengan bibirnya.
“I wish your dream comes true honey, ” bisiknya perlahan.
“Awak tak kisah ke bantu saya sayang? Saya rasa saya banyak menyusahkan awak. Awak tak ingin kejar cita-cita awak ke sayang?” Aku dongak memandang wajahnya yang merenung redup pada aku.
“Kan saya dah cakap. Cita-cita saya hanya ingin lihat awak tersenyum bahagia.” Dia melorek senyum. Tangan kirinya naik mengusap pipiku. Oh TUHAN! Terima kasih atas kehadiran lelaki ini dalam hidupku. Aku tak perlukan yang lain jika hanya ada dia menyokong aku untuk teguh berdiri.
Aku membalas senyumannya yang indah. Pipinya aku kucup sekilas.
“Thanks sayang. You are the best husband in the world! Saya nak jerit kat dunia yang saya punya suami yang paling hebat!” Aku bangun berdiri di tepi balkoni besi itu. Panorama malam ibu kota begitu indah.
Aku depangkan tanganku.
“Zarul Afwan is the greatest husband in the world! And he’s mine. I love him very much!!” Aku jerit dari balkoni tingkat 7 itu.
Zarul cepat- cepat menekup mulut aku. Orang atas kiri dan kanan mula bising bila mendengar jeritan aku.
“Naughty girl!” Zarul kepit hidung aku. Tersenyum-senyum dia sendiri. Eleh! Malu lah tu.
Aku tepis tangan dia dan berlari masuk ke dalam.
“Catch your naughty girl if you can.” Aku ejek dia dengan menggigit bibir bawah. Konon-konon menggodanya.
Membulat matanya yang sedikit sepet itu.
“Oh! Nisreena!” Dia mengejar aku dengan aku yang ketawa-ketawa mengusiknya. Bila dia dapat menangkap aku terus aku dicempungnya.
“Dengan ini your greatest husband akan menghukummu kerana berkelakuan nakal.” Dia buat suara garau. Aku paut lehernya erat.
“Saya terima hukumannya my lord.” Aku kenyitkan mata pada dia. Zarul ketawa besar. Pantas dia membawa aku ke bilik.
Cukup bagiku melihat senyumannya yang terukir bahagia untukku.
Aku mengesat air mataku bila teringat kenangan indah antara aku dan dia. Seharian aku menangis. Akhirnya aku ambil keputusan ikut saja apa aturan ALLAH. Biarlah. Kalau Zarul bahagia dengan cinta barunya. Aku turut bahagia. Sebab apa yang aku tahu. Aku nak dia bahagia walaupun bukan dengan ku. Mungkin aku bodoh. Tapi rasa cintaku padanya buat aku rela menelan rasa sendiri. Sedih? Ya. Aku sedih. Tapi kalau dengan cinta barunya Zarul mampu tersenyum seperti dulu. Aku reda.
Aku menekan perutku. Berkeroncong pula. Tadi ada saja Zarul sediakan makan tengah hari. Tapi aku mogok tak mahu makan. Dah malam ni baru tahu lapar ke Reen?
Aku terjengah-jengah melihat ke ruang tamu dan ruang menonton. Mana tahu Zarul ada. Kosong. Baguslah. Boleh aku makan dengan tenang.
Aku buka tudung saji. Kosong. Alaa Zarul ni. Tak ada apa ke yang boleh aku makan? Tahulah dia dah kenyang. Tapi aku ni lapar tahu tak?
Aku berlalu ke dapur. Cari apa yang boleh di makan. Satu persatu laci almari aku buka. Hingga laci terakhir di sebelah atas. Tersorok sepaket Maggi. Maggi kari pula. Perisa kegemaran Zarul.
Periuk aku ambil. Letak air. Biar mendidih lepas tu masukkan Maggi. Letak telur sebiji. Dah siap.
Aku menyanyi kecil sambil meletakkan mangkuk Maggi di atas meja makan. Air kosong sekali. Malas pula aku mahu bancuh air.
Baru saja aku menyuap dua tiga sudu Maggi. Zarul muncul.
“Reen? You lapar ke?” Soalnya lurus.
Eeii.. Tanya soalan kurang cerdik tu kenapa? Mestilah aku lapar. Kalau aku tak lapar. Aku tak cari Maggi ni. Gerutu aku. Menyampah pula aku dengan dia.
Aku hanya diamkan diri. Suapan aku teruskan. Sengaja tunjuk protes.
“Dahla. Tak payah makan Maggi tu. I panaskan lauk. You tak buka peti ais ke?” Soalnya. Mangkuk <aggi aku di tariknya.
“No. Tak payah susah-susah. Saya makan Maggi ni je.” Aku berdegil. Mangkuk ku tarik semula.
“Dah lama you tak makan Maggi. I takut perut you tak tahan,” ujarnya perlahan.
Aku senyum sinis. Lama mana lah tu. Dulu hari-hari kami makan Maggi sebab nak kumpul duit. Elok je aku tak sakit. Sengaja mahu tunjuk prihatin lah tu. Cebikku dalam hati.
“Lama mana tu?” soalku acuh tak acuh. Suapan ku teruskan juga. Nanti dah kembang tak sedap pulak.
“Tiga tahun,” jawapnya pendek.
Aku tersedak. Perit tekak aku tersedak kuah kari Maggi. Gila lama aku tak makan makanan tak berkhasiat ni. Terkebil-kebil aku memandang Zarul.
“Kelam kabut dia hulurkan air kepadaku.
“Kenapa lama sangat?” Soalku setelah tekakku kembali normal.
“You kata Maggi tak elok untuk kesihatan you. You haramkan Maggi dalam rumah ni. Maggi yang you makan tu I sorok-sorok letak.” Zarul tersenyum nipis.
Kenapa aku berubah macam tu? Rugilah. Maggi ni comfort food. Macam bila kita makan tu rasa menggamit kenangan saja. Rasa tenang saja. Aku ni dah kenapa? Nak buat iklan Maggi pula.
“Banyak sangat ke saya berubah sampai awak cari lain?” bidasku sinis. Aku jeling wajahnya sekilas. Seperti yang aku jangka. Riaknya berubah keruh.
“Reen… Please. Jangan cakap pasal benda tu lagi. I’m sorry okay,” ucapnya dalam nada sayu sebelum berlalu pergi.
Aku pandang belakang badannya yang melangkah pergi. Mudahnya dia mengucap perkataan maaf. Sedangkan aku perlukan penjelasan dari dia.
Entahlah… Aku tak memahami Zarul yang ini lagi. Di mana agaknya Zarul ku yang dulu.
Selesai makan. Aku berlalu ke bilik. Hujan mula turun dengan lebat di luar. Aku terkebil-kebil memandang siling.
Guruh berdetum detam. Seram aku di buatnya. Pantas aku bangun dari baring.
Kakiku hala ke bilik Zarul. Nak ketuk ke tak nak?
Ketuklah. Aku ketuk pintu bilik Zarul. Dia muncul dengan outfit kegemarannya. Baju Pagoda dan kain pelekat. Dulu aku selalu puji dia bila dia pakai pakaian simple begitu. Dia nampak sungguh kacak.
“Kenapa Reen?” soalnya prihatin.
Sekali lagi guruh berdentum kuat. Spontan aku memeluknya. Zarul terkaku.
“Saya takut. Saya tidur dengan awak boleh?” pintaku. Masih memeluk dia dengan erat sambil memejam mata.
Perlahan-lahan tangan Zarul mula membelai rambutku. Ubun-ubunku di kucup lembut. Terasa damainya aku diperlakukan begitu. Seketika aku terasa. Suamiku yang dulu telah kembali.
Dia membawa aku ke katil dan membaringkan aku.
“Tidurlah. I ada kat sini,” katanya lembut sambil menyelimut aku.
Aku menangkap tangannya.
“Erm Zarul? Boleh saya tidur kat lengan awak?” Pintaku. Ya ALLAH. Di beri betis mahukan paha pula. Apa nak jadi dengan aku ni? Terasa malu pada diri sendiri.
Zarul kelihatan terkejut. Namun akhirnya dia mengangguk.
Dia panjat ke atas katil. Langsung kepalaku di ampu lalu di letak di atas lengannya.
“I wish i can sleep like this forever,” bisikku perlahan.
Zarul hanya mendiamkan diri.
Akhirnya aku lena sampai ke pagi berbantalkan lengan Zarul.
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5 • BAB 6
BELI NOVEL CINTA YANG DILUPA (PENULIS: MELL AURORA)