Edelweiss – Bab 2

MALAM itu semasa dia sedang sibuk menonton televisyen bersama teman-teman serumahnya, telefon bimbit peribadinya berbunyi. Diha yang duduk berdekatan meja kopi memanjangkan leher bagi melihat siapakah yang menelefon Ijah malam-malam begini.

“Ijah, mommy kau telefon.” Suara Diha berjaya menarik perhatian Ijah dari kaca televisyen. Diha menghulurkan telefon bimbit Ijah kepada tuannya.

Mommy?” Telefon bimbit bertukar tangan.

Hello, mommy?” Dia bangun dari duduknya di atas sofa dan berjalan masuk ke dalam bilik tidur. Pintu bilik tidur ditutupnya rapat.

Dia tahu mommy mesti ada benda penting nak beritahu kepadanya sebab mommy tak menyempat nak tunggu esok pagi untuk menelefonnya dan fakta bahawa dah pukul 11 malam, tetapi mommy tak tidur lagi, nampaklah mommy memang ada hal penting untuk disampaikan kepada Ijah.

“Iza balik sini tak hujung minggu ni?”

“Balik, tapi lambat sikit sebab Iza nak keluar dengan kawan-kawan.”

Jumaat malam itu mereka sudah berjanji mahu mengadakan bachelorette party untuk Dania yang bakal menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan keluarganya; Ahnaf tidak lama lagi.

“Ohh….”

“Kenapa ye, mommy?” Dia rasa macam pelik pula.

Takkanlah mommy telefon dia pukul 11 malam macam ini (waktu ini sepatutnya mommy dah nyenyak tidur) semata-mata nak tanya balik rumah mommy dan daddy atau tidak?

“Tak adalah. Mommy saja nak tanya kalau-kalau Iza ada hal lain dengan kawan-kawan hujung minggu ini dan tak jadi balik.”

Kenapa Ijah merasakan nada suara mommy macam tak mahu Ijah balik aje?

Mommy okey?” Dia dapat rasakan nada mommy berbicara malam ini seperti mommy dalam keadaan yang berdebar-debar sebab tutur kata mommy pun tak seperti selalu.

Mommy okey, Iza. No worries.”

Kau ni pun, Ijah! Haruslah mommy cakap mommy okey sahaja!

“You sure, mommy?” Ijah masih lagi meragui jawapan mommy.

Yes, sayang. Okeylah, mommy nak masuk tidur ni. Iza jaga diri. Jangan kerja kuat sangat, okey?”

Dia hanya ketawa. Nasihat yang sama dia akan dengar setiap kali dia berbual dengan mommy di dalam telefon. Dia selalu rasa bahawa mommy terlalu risaukannya macamlah dia masih lagi anak kecil yang perlu mommy beri perhatian sepanjang masa.

“Okey. Mommy pun. Selamat malam, mommy.”

“Malam, Iza. I love you.”

I love you too, mommy.”

Selesai meletakkan talian, dia berlalu ke ruang tamu. Teman-temannya masih lagi khusyuk menonton televisyen. Jarang mereka dapat melepak bersama-sama begini. Ini pun kebetulan semua balik awal. Kalau tidak, pukul 11 malam macam ni, ada lagi yang masih tersadai di ofis.

“Kenapa mommy kau telefon malam-malam macam ni weh?” Soalan pertama daripada Dania elok sahaja dia duduk kembali di tempatnya tadi.

Mommy tanya aku balik rumah sana tak hujung minggu ni?”

“Eh? Mommy kau telefon sebab tu je?” Dania yang duduk di bawah di sebelah Diha menoleh ke belakang ke arah Ijah. Kening Dania dah terangkat sebelah.

“Haa. Pelik gila, kan?”

“Pelik. Sangatlah pelik.” Dania membalas. “Mommy kau tak ada cakap pasal benda lain ke?”

Ijah menggeleng. “Tak. Itu yang buat aku pelik. Should I go back this weekend or should I not?”

Should. Mesti mommy kau dah tunggu kau.” Diha menjawab dulu.

“Ha’ah, aku pun rasa kau patut balik. Entah-entah dia dah rindukan kau.” Hana menyambung.

“Balik je la, Ijah.” Banie pula menyampuk.

Dania angkat tangan kirinya. “Aku vote untuk Ijah tak balik.”

Justify.” Sepatah sahaja Ijah membalas.

Dania ni bukan boleh percaya sangat kalau dia punya jawapan bertentangan dengan orang lain.

‘Kalau dia bagi justification yang pelik-pelik, harus aku campak dia keluar dari tingkap! Grrr.’

“Sebab aku rasa kalau kau balik, mommy kau akan suruh kau kahwin.”

Dan percuma sahaja tapak kaki Ijah hinggap di tepi kiri badan Dania yang kemudian Dania dah gelak-gelak besar sebab dapat kenakan Ijah. Kan Ijah dah cakap alasan Dania tu sangatlah tak boleh pakai okey!

Dalam pada dia menolak sisi badan Dania dengan kakinya, jantungnya berdetak hebat. Mungkinkah? Tak! Tak! Ijah geleng kepala.

 

DANIA yang dia kenal merupakan antara wanita yang pandai memasak, tak pernah tawar atau masin, tetapi sejak bila pula mulut temannya itu masin sangat?? Terbayang-bayang malam Dania memberitahu kenapa Ijah tak perlu balik ke rumah mommy dan daddy.

“Sebab aku rasa kalau kau balik, mommy kau akan suruh kau kahwin.”

Ohh Dania, kenapalah kau kena bagi alasan begitu?

“Iza? I’m talking to you right now.” Dia terdengar suara tegas daddy memanggilnya.

Ijah angkat muka memandang daddy. Sebuah senyuman nipis yang nampak terlalu hambar (dia tahu itu) dilemparkan kepada daddy.

Yes, daddy. I heard you.” Dia membalas juga apabila dia lihat mata daddy dan mommy masih tepat di mukanya.

Lontong sambal sotong kegemarannya ini tidak mampu menambah seleranya selepas mendengar perutusan daddy. Sungguh dia mahu lari daripada semua ini. Dia mahu pergi jauh-jauh walaupun dia tahu, menyoroklah di mana pun, daddy pasti akan jumpa dia akhirnya.

Lama mereka bertiga diam tak bersuara. Ijah pandang mommy yang duduk bertentangan dengannya. Pandangan sayu mata mommy buat hati Ijah bertambah sedih. Dia cuba meminta pertolongan mommy yang kemudian mengangguk faham.

Ijah rasa sedikit lega walaupun dia tahu hakikat bahawa apabila daddy memilih hitam, maka sampai ke sudahlah jawapannya hitam. Itu daddy yang Ijah kenal.

“Qif dah balik ke sini for good. Seperti janji Qif sebelum dia terbang semula ke London, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kami kenalkan Iza dan Thaqif kepada semua orang.”

Ijah telan liur yang terasa kelat. Benarlah lelaki itu sudah pulang ke sini. Kali terakhir yang dia tahu, sehari selepas pernikahan mereka, Thaqif terus terbang ke Imperial College, London untuk menyambung pengajian PhD-nya (walhal ketika itu Ijah tahu lelaki itu sedang bercuti) dan kemudian tak balik-balik langsung ke sini. Lama dia tidak dengar berita daripada lelaki itu.

Sejak malam pernikahan itu, dia tidak ambil tahu langsung apa-apa tentang lelaki itu. Seperti mana dia meletakkan jurang antara mereka ketika bergelar mentor-mentee, jurang yang sama juga diletakkan antara dia dan lelaki itu.

Ijah tak mahu berlebih-lebih kerana dia tahu lelaki itu tidak pernah suka kepada Ijah selain sebagai seorang mentee dan adik perempuan yang dia boleh berkongsi segalanya.

Tetapi sekarang ini, daddy datang dengan arahan yang membuatkan dia rasa nak lari daripada semua ini.

Adakan resepsi perkahwinannya dengan Thaqif?

No way!

Berjalan berpimpinan tangan bersama Thaqif di depan khayalak ramai?

Hell no!

Sungguh itulah perkara terakhir yang dia boleh fikirkan dalam hidupnya. Dia tak pernah terfikir itu semua.

Dia dan Thaqif dinikahkan kerana memenuhi permintaan bonda dan mommy. Dan dia masih menyimpan rahsia besarnya itu hingga kini. Dia tak mampu untuk bercerita kepada sesiapa. Dia masih belum kuat untuk bercerita tentang itu. Dia…. Ah!

Mata Ijah jatuh pada tangan mommy di atas tangannya. Dia tak tahu bila mommy berjalan dan duduk di sebelahnya. Mata yang dah berair dibawa tepat memandang mommy.

“Dah tiga tahun Iza dan Qif bernikah, tetapi sehingga sekarang mommy dan daddy tak buat apa-apa majlis resepsi untuk Iza dan Qif. Jadi, mommy rasa inilah masa yang sesuai. Iza pun tahu kan bahawa perkahwinan itu harus diberitahu agar tidak menjadi fitnah?”

Ijah senyum segaris. Sudu diletaknya di tepi mangkuk. Tangan mommy yang masih di atas tangannya dia alihkan perlahan-lahan ke atas meja. Bib di atas peha dia angkat, dia lap mulutnya sedikit sebelum diletakkan di atas meja. Kerusi dia tolak perlahan kemudian dia bangun.

“Iza naik atas dulu.”

Langkah kakinya yang berat dibawa menuju ke tangga besar di tengah-tengah rumah. Situasi 14 tahun lalu terbayang di ruang mata. Dia seolah-olah déjà vu.

Daddy sekali lagi menentukan hala tuju hidupnya. Setelah daddy musnahkan impiannya untuk menjadi pemain tenis professional, daddy buat keputusan siapa teman hidupnya, dan kini daddy datang lagi dengan aturan tentang majlis perkahwinannya yang sudah tiga tahun tertunggak itu.

“Give up on tennis, you will lose nothing.”

Dia pandang daddy yang sedang membaca surat khabar.

“Tennis is my life, daddy. Iza dah main tenis since I was 7. Tolong jangan minta Iza buat keputusan macam ni.”

“I didn’t ask for your opinion. This is an order, Iza.” Suara itu masih lagi dingin.

“Tapi kenapa, daddy?”

“Daddy tak mahu Iza berlari sana sini kejar bola tenis. I want you to become someone else, definitely not an athlete.”

Saat itu air mata yang ditahan terus gugur. Sejak itu juga, dia tak pernah bermain tenis di hadapan daddy. Daddy bakar semua kelengkapan tenis yang dia ada. Kata daddy, ini semua untuk Iza!

Dia baring mengerekot di balik pintu dengan air mata yang masih berjejeran keluar. Iza turutkan segala kemahuan daddy. Iza tinggalkan tenis, Iza ambil jurusan undang-undang, Iza kerja sebagai peguam di firma guaman daddy, dan sekarang daddy mahu adakan majlis perkahwinan Iza dan Thaqif sedangkan daddy tahu kenapa Iza bernikah dengan Thaqif?

Hidup dia selama 28 tahun ini, semuanya atas aturan daddy. Mommy pula hanya membiarkan daddy menyusun segala urusan hidup anak perempuan mereka.

“Abang, I wish you were here.” Sehari selepas pemergian abang kerana demam denggi berdarah, daddy minta dia tinggalkan tenis. Belum sempat dia mengubati luka pemergian abang, daddy toreh kembali luka tersebut.

Dia bangun menuju ke katil. Bingkai gambar di atas meja sisi katil dia capai. Gambar dia berpelukan erat dengan abang. Gambar terakhir dia bersama abang. Satu-satunya abang yang dia ada, yang sudi mendengar celotehnya meskipun dihambat kesibukan, yang tak pernah melupakannya, dan yang sentiasa ada bersamanya tiap ketika meski bukan secara zahiriah.

Sebab itu dia tak pernah takut untuk melangkah, sebab dia tahu abang ada di sisinya.

Jemarinya mengusap perlahan muka abang.

“Iza rindu.” Gambar tersebut dibawa rapat ke dadanya.

 

 

BONDA rasa eloklah bonda sampaikan dulu berita ini kepada Qif supaya nanti Qif tak terkejut.”

Dia yang sedang membalas WhatsApp daripada Mel angkat muka memandang bonda yang tunak memandangnya. Mengikut kepada ekspresi muka bonda yang nampak macam sedih itu, Thaqif tak jadi untuk menyambung membalas WhatsApp yang baru ditaipnya separuh itu. Telefon bimbit itu dia lock dan diletaknya di atas meja.

“Berita apa, bonda?”

“Bonda dan ayahanda dah berbincang dengan mentua Qif untuk adakan resepsi Qif dan Iza dalam masa sebulan. Bonda dan ayahanda mahu kenalkan Iza sebagai menantu kami kepada semua orang.”

Matanya terbelalak mendengarkan perutusan itu. Apa dia bonda cakap?

“Bonda, sekejap. Wooo sekejap, sekejap.” Thaqif angkat kedua belah tangannya.

“Qif tak salah dengar, kan?”

“Qif, Qif juga yang berjanji kepada kami, majlis perkahwinan Qif dan Iza akan diadakan selepas Qif tamat belajar dan pulang ke Malaysia. Haaa, sekarang ni pun dah beberapa bulan Qif di sini, jadi inilah masa yang sesuai.”

“Bonda, Qif boleh tunaikan lain-lain permintaan bonda dan ayahanda, tapi bukan yang satu ini, bonda.” Dia separuh merayu kepada bonda.

Sungguh dia terkejut dengan perutusan bonda ini. Itulah satu-satunya perkara yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikirannya.

“Qif sayangkan bonda, tak?” Sekali lagi soalan yang sama bonda tanyakan ketika Thaqif berbelah bahagi mahu memutuskan hubungan dengan Mel dan kemudian mengikat tali pertunangan seterusnya pernikahan dengan Ijah. Soalan yang akan buat Thaqif kalah mati dengan segala permintaan bonda. Arghhh!

“Sayang.” Tulus dia membalas. Bonda cinta hatinya selain Mel.

“Bonda buat ni semua untuk kebaikan Qif.”

“Tapi bonda….”

Bonda letak tangan di atas tangan Thaqif.

“Bonda harap sangat, Qif boleh tunaikan permintaan bonda ni. Bonda tak minta yang lain, Qif. Ini sahaja permintaan bonda untuk Qif.”

Mulut Thaqif terus terkunci rapat! Bonda tahu bagaimana mahu ‘menembaknya’!

 

“I’M NOT EXPECTING THIS!” Suara angkuh itu kedengaran dengan tuan punya badan bersilang kaki sambil berpeluk tubuh.

I’m not expecting this either!” Ijah mencebik. ‘Heh! Ingat aku hadap sangatlah nak berjalan pimpin tangan dengan kau?’

Tapi Ijah dah jangka yang Thaqif akan menelefonnya untuk ajak dia keluar dan seterusnya ‘membincangkan’ resepsi perkahwinan mengejut mereka ini.

‘Bincang sangat, Ijah. Dah dua-dua pun ego, memang ke laut dalam la perbincangan kau orang ni!’

First, I want you to know that I’ll treat this marriage as business-marriage. As what I told you before.” Cawan latte berkrim dibawa dekat ke mulut.

Ijah bersandar. Air coklat panas dikacaunya dengan sudu teh. Lelaki ini masih tak berubah nampaknya.

“Okey.”

Ijah tak tahu kenapa Thaqif anggap perkahwinan ini tak ubah ibarat satu urusan perniagaan, tapi apa yang Ijah tahu, mereka berdua tak mahu terikat dalam perkahwinan sebegini.

How long have you been here?” Ijah bertanya setelah mereka senyap dalam lebih kurang lima minit.

5 months.”

Back for good?”

Thaqif mengangguk. “Yup.”

“Oh.”

Suasana kembali senyap. Ijah cuba untuk bertanya perkara lain, tetapi lidahnya kelu untuk berbicara. Lima tahun tidak berkomunikasi sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka berdua.

“I tak sangka you masih guna nombor lama.” Kata-kata Thaqif yang tiba-tiba itu membuatkan Ijah mengalih pandangan kepadanya.

Thaqif hanya jongket bahu. Dia ingatkan Ijah dah tukar nombor telefon, tetapi apabila dia dapat nombor telefon Ijah daripada bonda, ternyata Ijah masih menggunakan nombor yang sama. Dia pula masih menyimpan nombor Ijah sebagai – My Best Mentee tetapi sekarang dah ditukarnya kepada Iza. Walaupun dia memanggil wanita ini Ijah, tetapi dia sengaja mahu meletakkan jarak antara mereka, jadi dia menyimpan nombor telefon wanita ini sebagai Iza.

Same difference.” Ijah membalas dengan nada memerli. Eleh dia pun masih gunakan nombor yang sama, nak kecoh pulak!

Tetapi ada yang berubah dengan lelaki ini. Kata panggilan. Kata panggilan yang digunakan sudah berubah daripada aku-kau sejak zaman mentor-mentee kepada I-you.

Empat puluh minit berbincang ala-ala berdebat, Thaqif bangun mahu beransur.

No, I bayar.” Ijah bersuara menahan Thaqif yang pada ketika itu dah siap membuka dompetnya.

Thaqif abaikan kata-kata Ijah. Sekeping not RM50 dia tarik keluar dan diletak di atas meja.

My treat.” Dan terus berlalu.

Ijah tersandar di kerusi empuk.

‘Abang, betulkah keputusan Iza ini? Abang, Iza tak bersedia untuk semua ini. Abang, Iza nak abang.’ Empangan air mata yang ditahan sedari tadi menitis jua.

‘Abang, keep on watching me, okay?’

Tali earphone dia tarik keluar dari dalam beg tangan. Earbuds dia sumbat ke dalam telinga. Dia tekan butang play pada MP3 peninggalan abang. Marshanda – Ketulusan Hati berlagu di telinga.

Ya ALLAH, redai ketulusan hati ini. Ya ALLAH beri aku ketabahan. Aku tahu di hujung sana ada kemanisan yang menanti.

Lama dia berteleku seorang diri. Macam-macam yang difikirkannya. Getaran daripada telefon bimbitnya buat dia tersentak. Dia capai telefon bimbit di atas meja. Ada mesej WhatsApp daripada Dania.

 

Dona

Babe, you okay?

 

Ijah

I’m fine

 

Hanya itu balasannya kepada Dania. Dia masih belum punya kekuatan untuk bercerita kepada sesiapa hatta kepada Dania sekali pun. Dia perlukan masa untuk menerima semua kejutan ini.

Penat berperang dengan perasaan sendiri, Ijah tekan butang bil di atas meja. Seorang pelayan datang membawa bil. Not RM50 yang ditinggalkan Thaqif dihulur kepada pelayan, dia menunggu bakinya, kemudian baki diambil dan dia terus berlalu.


PROLOG BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL EDELWEISS (PENULIS: AMANY)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *