0

Edelweiss – Bab 5

TANGAN kirinya mencapai muk berisi air kopi manakala tangan kanannya masih ‘melekat’ di tetikus komputer riba dan matanya pula masih di dada komputer riba, membaca e-mel balasan yang dihantar oleh pihak pemaju; Gemilang Maju Sdn Bhd.

Muk dibawa dekat ke bibir. Dia mencicip sedikit air kopi panas. Hurm sedap! Kemudian tumpuannya kembali diberikan kepada Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dikirimkan semula oleh pihak Gemilang Maju.

Keningnya terangkat sebelah membaca SPA yang sudah diedit itu.

Ziyad ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku! Ijah dah berang. Dia capai telefon bimbit rasminya dan nombor Ziyad dia dial.

Hello, Iza! What’s up?” Terdengar suara ceria Ziyad dari talian sebelah sana.

“Ziyad, I’m reading your email on the SPA. What is meant by property free from agricultural, industrial and building restrictions (in progress)? Did you just put the “in progress” there?”

“Iza, we are working on that and we have yet to know the result. So, I just put it there just in case you forgot about it.”

            “You’ve promised me you will settle this restriction thingy before I e-mail you the final draft of our SPA. On top of that, you said you were not just working on that, but you are working hard, very hard on that.” Ijah menekan perkataan hard dan very hard biar Ziyad sedar diri sikit.

“Iza, you pun tahu benda ni bukan ambil masa sehari dua untuk settle.”

We are all aware of that, Ziyad. So, now you nak I buat apa dengan you punya in progress ni? You know we can’t just simply put it there when the rule is already stated that the property must be free from agricultural, industrial and building restrictions, Ziyad.”

SPA yang sedang Ijah draf ini merupakan Schedule G daripada Housing Development (Control And Licensing) Act 1966, jadi segala undang-undang yang telah ditetapkan di dalam Schedule G ini tidak boleh diubah.

Walaupun ia sudah ditetapkan dan Ijah hanya perlu copy dan paste ke dalam SPA, tetapi ada maklumat-maklumat lain yang perlu diisi seperti maklumat tentang Penjual (iaitu pihak pemaju), Pembeli (yang akan diisi kemudian), maklumat tentang hartanah tersebut, maklumat tentang projek perumahan ini, serta jadual pembayaran dan lain-lain lagi.

“Just put it there first. Lepas dapat tahu result, I’ll let you know.” Ziyad memutuskan begitu.

“Okay. I’ll put this SPA on hold then.” Ijah bersetuju.

Tak ada apa yang dia boleh buat pun kalau pihak pemaju dah kata begitu sebab dia perlulah tunggu keputusan mengenai status hartanah tersebut dulu.

Thanks, Iza.”

“Okay.”

“You free tak tengah hari ni?”

“You are persistent.”

Ziyad ketawa mendengarkan komen itu.

You know I am, Iza. You tu la tak pernah sekali pun setuju setiap kali I ajak keluar makan.”

“I sibuk.” Jawapan yang biasa Ijah berikan.

Ijah memang tak suka keluar dengan mana-mana lelaki kecuali daddy dan Johan.

Ziyad tu sejak dari hari pertama mereka bertemu kerana urusan projek ini, tak putus-putus mengajak Ijah keluar makan berdua tetapi Ijah pasti akan menolak. Pelbagai alasan Ijah berikan tetapi nampaknya semua tak lut.

“Takkan hari-hari pun sibuk kut, Iza?”

“Okay, Ziyad. I need to settle lots of things by today, so please?”

You are persistent too, Iza.”

I am and will always be.”

Talian diputuskan. Belum sempat Ijah mahu kembali menumpukan perhatian pada e-mel daripada Ziyad, kali ini bunyi WhatsApp pula masuk ke dalam telefon bimbit rasminya.

 

Ziyad

TA Hotel. 12:30. Today.

I’ll be glad if you can make it, Iza.

 

Ijah letak semula telefon bimbit rasminya itu di tempat tadi. Dia sambung membaca SPA kiriman Ziyad. Mana tahu ada bahagian lain yang Ziyad edit walhal SPA ni bukannya boleh diedit pun selain daripada maklumat-maklumat yang Ijah telah nyatakan di atas.

Tak lama kemudian, telefon bimbit peribadinya pula berbunyi. Keningnya terangkat sebelah melihat ID pemanggil.Thaqif.

“Hurm?”

Sejak peristiwa Ijah terpaksa membayar duit jam tangan Thaqif (walaupun bukan sepenuhnya), Ijah dah agak berbulu dengan lelaki itu. Yalah, bengang wei duit simpanan Ijah sudahlah tak seberapa, sekali terpaksa pulak sumbang sedikit duit simpanannya yang tak seberapa itu untuk jam tangan Thaqif. Dia masih lagi waras untuk tak rasa marah okey.

“You kat mana?”

“I kat ofis?” Okey sepatutnya itu bukanlah soalan tetapi sebab dia pelik dengan soalan Thaqif itu, maka jawapan Ijah pun berbunyi ala-ala soalan.

“Hari ni lunch kat mana?”

Ijah tengok jam komputer ribanya. Pukul 10.23 pagi.

“I tak pasti lagi. Kenapa?”

“I nak ajak you lunch sekali.”

Kening Ijah bertemu. Lunch? As in makan tengah hari?

“Lunch?” Ijah bertanya mahukan kepastian. Yalah tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba ajak Ijah keluar makan tengah hari, Thaqif ni dah kenapa?

“Hurm.”

Why so sudden?”

“Saja.”

“Bonda?”

Thaqif diam tak membalas. Ijah yang faham maksud berdiam diri Thaqif hanya tersenyum nipis. Thaqif yang sekarang ini, mustahil akan ajak Ijah keluar makan bersama-sama. Itu Ijah sangat pasti.

“Nak makan kat mana?”

“TA Hotel.”

“Pukul berapa?”

“12:30. Do you have any appointment this afternoon?”

Ijah menggerakkan tetikus ke arah tab Google Calendar. Dia menyemak jadualnya (sekali lagi) untuk hari ini mana tahu Durrah ada letak appointment baharu untuknya selain pukul 3 petang nanti. Oh, tak ada yang baharu.

“I have one, at 3.”

“Okay.”

But I can go for lunch.” Terus Ijah menambah janji temu baharu pada hari ini di Google Calendar. Lunch Appointment at TA Hotel – 12:30.

“So, I see you there?”

“Yes, see you there.”

Masa terus berjalan tanpa Ijah sedari. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12:30 tengah hari, tetapi Ijah masih lagi ralit menyiapkan kerjanya yang lain. Dia ada janji temu petang nanti, jadi dia cuba siapkan fail klien tersebut. Dia bukannya tak mahu minta tolong Durrah, tetapi dia tahu Durrah ada banyak kerja sekarang ni.

Ketukan di pintu biliknya yang sentiasa terbuka mengejutkan Ijah. Dia angkat kepala memandang ke pintu. Durrah.

Yes, Durrah?”

“Saya ingatkan Cik Iza tengah bersiap-siap nak keluar?”

Kening Ijah terangkat sebelah. “Bersiap-siap? Keluar? I nak keluar pergi mana?”

Kali ini giliran Durrah pula tayang muka pelik siap dengan dahi berkerut. “Lunch appointment at TA Hotel?”

“Ah!” Ijah rasa nak hantuk kepala ke meja!

Thanks ingatkan I, Durrah.”

Durrah senyum. “You’re welcome, Cik Iza.”

 

TEPAT pukul 12:15, Thaqif sudah bangun dari kerusi empuknya. Kot yang tergantung di penggantung kot dia capai dan disarungkan ke tubuhnya. Sambil dia membutangkan kotnya, dia berjalan keluar dari bilik pejabatnya. Kakinya melangkah ke meja Mus, pembantunya.

“Mus, I’m going out for lunch at TA Hotel.”

“Bos nak saya call Din?” Mus bertanya. Tangannya dah bersedia mahu mendail nombor telefon Din; pemandu Thaqif.

Thaqif angkat tangan kiri tanda tidak perlu. Mus yang memahami gerak tangan bosnya itu tidak jadi mahu mendail nombor Din.

Personal matter?”

Thaqif senyum kecil sebelum mengangguk dua kali.

“Sebelum I keluar, ada apa-apa pesanan untuk I?”

“Jaga diri.” Mendatar sahaja pesanan Mus.

Buntang mata Thaqif. “Mus, sejak you berkawan baik dengan Sam tu, I tengok sekarang ni you banyak berloyar buruk ye.”

Sam atau Samsuddin itu pembantu Aakif; kembar Thaqif. Sam tu memang kaki loyar buruk pun. Selalunya Aakif la yang jadi mangsa Sam. Thaqif pun kadangkala tumpang sekaki apabila Sam berloyar buruk dengan Aakif. Tapi Thaqif tak sangka Mus yang pendiam ni pun pandai juga berloyar buruk ye!

Mata Mus terkebil-kebil mendengarkan perlian bosnya itu.

“Salah ke saya pesan macam tu, bos?”

Thaqif gigit bibir. Tak tahu nak marah ke tak!

“Tak salah, tapi bukan itu pesanan yang I maksudkan. I meant, any messages for me?”

“Ohhh. Cakaplah awal-awal, bos.”

Grrrr! Sejak bila Mus berubah ni? Nampaknya Thaqif kena beri kata dua kepada Sam supaya jangan turunkan ilmu loyar buruk Sam tu kepada Mus!

Mus semak post-it note di atas mejanya. Dia menggeleng kepala pada Thaqif. “Nope.”

“Okay. Thanks.”

“Bos balik pukul berapa?”

Thaqif melihat jam tangannya di pergelangan tangan kirinya.

After 2.”

Noted.”

“I gerak dulu.” Baru dua langkah, Thaqif berhenti dan seraya menoleh ke belakang. “Tolong beritahu Sam, I nak jumpa dia after 2.” Dan terus berlalu.

Thaqif ketawa mengekek dalam hati. Dia bukannya nak jumpa Sam pun. Dia saje je nak takutkan Sam, biar huru-hara hidup Sam sampai selepas pukul 2 nanti!

 

 

SAMPAI di TA Hotel, dia menanti Ijah di lobi utama. Para pekerja yang menyapanya dia balas sapaan mereka dengan sebuah senyuman manis. Sedang dia duduk menanti, dia dapat satu mesej daripada Ijah mengatakan yang dia akan lambat sedikit. Dia hanya membalas okey dan beritahu yang dia menanti Ijah di lobi utama. Lagipun dia bukannya rushing pun hari ni.

Lama juga menanti dalam 20 minit, Ijah dah berdiri tegak di hadapannya. Dia bangun dari duduknya.

Sorry lambat. I tak sedar pun dah pukul 12.30. Nasib baik Durrah ingatkan.”

Dia menggeleng kepala tanda tak apa. “It’s okay.”

“Kenapa TA Hotel?” Ijah bertanya dalam pada mereka melangkah ke arah lif.

Thaqif jongket bahu. “I tak tahu.”

So, betullah ini semua bonda punya plan. And most probably mommy’s too.” Hati Ijah kuat mengatakan bonda dan mommy memang bersekongkol untuk projek ini.

“I pun rasa macam tu juga.”

Mereka tiba di hadapan lif. Thaqif menekan butang naik. Lif terbuka. Ijah melangkah masuk dahulu diikuti Thaqif. Ijah hanya membiarkan Thaqif menekan sendiri butang lif. Thaqif tekan butang R, butang atas sekali. Dahi Ijah dah berkerut.

Why R? Are we gonna have our lunch at the rooftop?”

Thaqif mengangguk. “Yup!”

Ijah cuba mengingati apa yang ada di rooftop TA Hotel ini. Hurm… yang Ijah ingat hanyalah swimming pool. Lagipun rooftop TA Hotel ini bukanlah seperti rooftop bangunan atau hotel lain. Memanglah namanya rooftop tetapi ia berbumbung. Kiranya kolam renang TA Hotel ini terletak di rooftop yang berbumbung dan berdindingkan cermin lutsinar. Jadi sambil berenang sambil menikmati keindahan langit dan kesibukan bandaraya Kuala Lumpur. Menakjubkan, bukan?

Sebaik sahaja pintu lif terbuka di aras R, seorang pekerja hotel yang segak berpakaian formal menyambut kehadiran Ijah dan Thaqif. Melihatkan muka pekerja itu membuatkan tawa Thaqif pecah serta-merta. Pekerja itu pun turut ketawa juga.

Ijah baca tanda nama pekerja hotel tersebut. Khairul.

“Weh Khai, apasal tiba-tiba kau pulak yang sambut kita orang kat sini?”

Khairul jongket bahu. “Aku dapat arahan daripada Datin yang kau akan ke sini untuk makan tengah hari dengan seseorang yang istimewa.” Khairul menoleh pada Ijah sekilas sebelum kembali memandang Thaqif.

So, Datin minta aku tunggu dan escort kau orang.”

Thaqif tepuk dahi. “Aduh, bonda ni. Sorry la weh susahkan kau.”

“Lorr… kau tu bos aku, dah memang kerja kau untuk susahkan aku.” Khairul ketawa besar.

“Bongek kau, Khai!” Thaqif pun ikut ketawa.

Ijah hanya memerhati kemudian berdeham agak kuat. Sengaja mahu menarik perhatian Thaqif dan Khairul supaya mereka sedar yang Ijah pun ada kat sini juga.

‘Hello misters, I am here, okay? Boleh tak kalau jangan berborak gaya macam aku tak ada kat sini?’

Thaqif yang terdengar deheman Ijah automatik ketawanya mati. Dia pandang Ijah dan sengih.

“Ijah, meet my friend, Khairul. He’s our manager here.”

Thaqif pandang pula Khairul. “And Khai, meet Iza, my wife.”

Terbuntang besar mata Khairul, tak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar.

Your wife? You are married, dude? Aku ingat kau baru nak kahwin!”

Thaqif senyum. “It just happened that way.”


PROLOG BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL EDELWEISS (PENULIS: AMANY)

  • Share post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *