Karya-karya Terbitan Teratak Kasih
Novel-novel yang pernah diterbitkan dibawah Teratak Kasih Publication pada tahun 2016.
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-12461-4-6
Tahun Terbitan: 2016
~ Kenapa tiba-tiba saja boleh jatuh cinta?
Aku memang gila novel. Tidur novel, makan novel, pendek kata siang malam dengan novel. Impian aku, aku nak pergi pesta buku. Sebab aku tinggal di Sungai Petani, mak pak aku pulak jenis tak bagi aku jalan jauh, maka tak sampailah hajat aku nak pergi pesta buku. Tu pasal aku kena cari suami orang KL.
Memang ada orang KL merisik aku. Macam serius saja, tapi kerja dia bukan CEO, hanya kerani saja. Fikir punya fikir, aku terima sudahnya sebab dia orang KL.
“Aku setuju ikut pilihan mak aku kali ni,”
“Hang setuju.”
“A’ah…”
“Awat setuju pulak kali ni?”
“Sebab orang KL.”
“Sungguh orang KL?”
“Yalah, kalau bukan orang KL tak pasai aku nak setuju.”
“Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak hang nak jadi orang KL. Aku harap hang akan berpuas hati dengan pilihan hang kali ni.”
Najah kawan baik macam tak seronok saja aku nak jadi orang KL. Yalah, aku jadi orang KL, dia tak boleh berlagak dengan aku. Selama nindia selalu tayang novel baru yang dia beli. Maklum, aku kan jauh. Novel dah basi barulah aku dapat.
Sekarang ini, misi aku cuma satu. Sebagai hantu novel, berjayakah aku ke pesta buku?
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-12461-2-2
Tahun Terbitan: 2016
~ Ku persembahkan kepadamu yang terindah dalam hidupku.
SAKITNYA cinta ditolak, MIKAEL nekad lakukan apa saja asalkan NAILA jatuh ke dalam pelukannya. Sekalipun terpaksa lakukan dengan cara tidak baik.
“Apa you dah buat kat I?”
“I cuba pikat you dengan cara baik, tapi you tak pernah layan, jadi jangan salahkan I kalau I buat macam ni.”
“You memang binatang Mikael!”
“I akan bertanggungjawab terhadap apa yang sudah I lakukan.”
“Tak payah. You tak payah bertanggungjawab. Tak mati pun kalau you tak nak bertanggungjawab. You dah dapat apa yang you nak. Lepas ni tolong jangan kacau I lagi.”
“Sebenarnya I bukan nak sangat tubuh you, I cuma nak hati you. Dan I dah usahakan macam-macam, tapi you tak pernah pandang I , jadi I tak ada pilihan lain.”
“Jadi sekarang you ingat you akan dapat hati I?”
“Mestilah. Mulai sekarang you milik I.”
Akhirnya Naila menyerah kalah. Jiwanya sudah mati sewaktu dia mula kehilangan segalanya. Namun, Mikael cuba memperbetulkan segalanya. Dia berusaha untuk membuatkan Naila jatuh cinta.
“Naila, hujan itu titis airnya banyakkan.”
“Ya…”
“Pernah tak sayang kira berapa banyak titis hujan yang turun?”
“Tak mungkin,”
“Banyak bukan, seperti itulah cinta I terhadap you…”
Akan robohkan tugu keangkuhan Naila dan menerima Mikael seadanya? Bakal terjawab hanya dalam KERANA AKU SAYANG PADAMU.
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-12461-0-8
Tahun Terbitan: 2016
~ Di hatiku hanya ada kamu
Cerita ni, cerita aku dan dia sahaja. Tentang cinta kami dan impian kami berdua. Mulanya, cerita bos dengan pekerja. Alah, macam cerita-cerita yang lain juga. Marah, benci, kutuk dan ala-ala filem Hindustan. Semuanya sama saja, tapi yang membezakan cerita kami dengan cerita orang lain ialah, dalam cerita ini hanya ada aku dan dia sahaja. Kami tidak perlukan sesiapa pun.
Kemudian bertukar jadi cerita rindu-rinduan. Dia jauh, aku rindu, diadekat pun rindu bagai nak rak, tapi mana boleh aku jatuh cinta dengandia. Dia siapa, aku siapa. Bezanya macam merak kayangan dengan gagak di rimba.
Namun, nama juga cinta. Kalau sudah cinta, duduk di benua Afrika pun macam duduk di Alaska. Tak boleh nak cakap apalah kalau virus cinta sudah menyerang.
“Sayang…”
“Ya…”
“Di dunia ini ada tiga yang abang suka.”
“Apa tu?”
“Yang pertama matahari, kedua bintang.”
“Yang ketiga?”
“Sayanglah.”
“Matahari untuk siang hari, bintang untuk malam hari, sayang untukselamanya di hati abang…”
Ah! Siapa yang tak cair kalau disogok dengan kata-kata begitu. Buat aku tak kenal yang mana siang dan yang mana malam.
Ironinya, mana ada cerita cinta manis selalu. Tanpa rasa masam, mana cukup perisanya. Jadi, mampukah kami berdua menikmati rasa masam itu kalau sudah selalu terlebih gula? Jangan lupa untuk mengetahui manis dan masam cerita cinta kami dalam KEKASIH UNTUK DIA.
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-12461-3-9
Tahun Terbitan: 2016
~ Tidaklah saya menumpang sayang.
Gagal kali pertama bukan bermakna gagal untuk kali kedua. Mana tahu yang kedua ini lebih membahagiakan. Bukan untuk diri sendiri sebenarnya, tetapi lebih untuk anak-anak. Mereka lebih memerlukan kasih seorang ayah. Dan mahu membuktikan masih ada yang menghargai dirinya.
“Tak sangka ada jugak nakkan janda beranak pinak ni. Entah lelaki mana yang buta kayu nak pikul beban.” Mak saudara AKA mak mentua.
“Itu yang pelik. Tak sempat lepas pantang dah ada orang nak. Tak masuk akal sungguh.” Kak Cik AKA kakak sendiri.
“Entah-entah kena bayar. Mana tahu, kan. Orang kalau tak nak kalah macam itulah. Sanggup buat apa saja.”
“Memang kena bayar tu. Kalau tidak siapa yang nak?”
Tak apa, Hafiza tidak kisah dengan semua cemuhan. Dia yang tanggung semua, dia yang rasa sakitnya dan dia yang rasa bahagianya.
“Awak, kita akan jadi sebuah keluarga yang bahagia. Jangan peduli apa orang lain kata.”
Itu janji Hisyam Zaid, lelaki yang menjadi kesayangan anak-anak Hafiza. Kerana janji lelaki itulah Hafiza mencuba nasib untuk kali kedua.
Kalau tidak kerana tuan…