Karya-karya Terbitan Teratak Kasih
Novel-novel yang pernah diterbitkan dibawah Teratak Kasih Publication pada tahun 2017.
Penulis: Mum Linz
ISBN:978-967-12585-0-1
Tahun Terbitan: 2017
~ Cinta memberi tanpa diminta
ADUKA ESKANDAR, pensyarah kacak yang digilai ramai pelajar di universiti. Digelar pensyarah hot kerana masih single dan available walaupun usianya sudah menginjak 35 tahun. Dek sikapnya yang terlalu memilih dan cerewet, papa dan mamanya telah memilih jodoh untuknya.
Aduka dipaksa berkenalan dengan anak kawan baik papanya bernama Dewi Yulia. Yang tak disangka, Dewi merupakan salah seorang pelajarnya di universiti.
DEWI YULIA, seorang pelajar yang malas dan kuat tidur di dalam kelas. Selalu mendapat markah tercorot, membuatkan Aduka memandang rendah padanya. Masakan perempuan sebegitu layak untuk dijadikan isteri.
Terpaksa akur dengan pilihan dan desakan keluarga, Aduka dan Dewi berkahwin. Cuba menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam mencari bahagia. Namun, kemunculan Rayyan dan Kayla membuatkan rumah tangga Aduka dan Dewi huru-hara. Masalah demi masalah timbul hingga Aduka hampir mengalah.
“Abang perlukan ruang untuk berfikir, perlukan ketenangan untuk membuat keputusan sama ada patut atau tidak kita teruskan hubungan kita.” ~ Aduka Eskandar
Dewi tak minta semua ni terjadi dalam rumah tangga kita, tetapi siapa kita hendak melawan takdir-Nya. Dewi reda kalau dah tersurat tiada jodoh antara kita. ~ Dewi Yulia
Siapa Rayyan sebenarnya? Kenapa Kayla mendendami Dewi? Adakah rancangan Rayyan dan Kayla berjaya? Akankah bahagia menjadi milik Aduka dan Dewi? Sama-sama kita singkap dalam Pensyarah Hot Itu Suami Aku…
The Magic Of Love, grows Without Notice.
Penulis: Wild Orchid
ISBN: 978-967-12461-9-1
Tahun Terbitan: 2017
~ Cinta bukan bermaksud sehidup semai, tetapi lebih kepada mengasihi dan menyayangi.
Seorang gadis berstatus anak yatim piatu. Hidup menderita semenjak menumpang di rumah keluarga ibu saudaranya. Melayaninya umpama orang asing. Hidup di bawah satu bumbung sebuah keluarga yang diharap dapat menjaganya dengan baik tetapi lain pula jadinya. Apa yang disangka tidak seperti yang ditunjukkan. Keluarga pemakan harta anak yatim. Maryam pasrah saja.
Disangka derita akan berakhir. Namun sangkaan meleset lagi. Maryam cuba dijual oleh saudara sendiri. Malang bertimpa-timpa. Mujur ada sebuah keluarga lain menyelamatkannya dan mengambilnya untuk dijadikan anak angkat. Keluarga baik.
Sabar kunci iman.
Betullah. Hati yang keras seperti batu akhirnya boleh terhakis sedikit demi sedikit. Maryam yang diduga berkali-kali akhirnya kalah dengan kata hatinya.
“Kenapa suka saya? Awak kan… ramai kawan perempuan. Kenapa pilih saya? Saya tak suka lelaki yang suka bermain dengan perasaan perempuan macam awak.”
“Siapa cakap? Mikhail ke?”
“Saya tahu sendiri. Tengok lagak awak pun saya dah tahu.”
Derita jiwa tika ikatan cinta ditarik balik oleh yang maha kuasa. Tiada yang dapat meneka takdir-Nya. Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Harap semoga ada pelangi muncul selepas hujan.
Berikutan dengan itu, hatinya terpaksa memilih antara kenangan silam atau masa hadapan. Pilih bahagia Maryam. Jauhkan kesedihan.
Ini kisah cinta dan kasih sayang.
Penulis: Sarnia Yahya
ISBN: 978-967-12461-5-3
Tahun Terbitan: 2017
~ Benci itu rindu.
SYUHADA tidak menyangka rumah tangga yang dibina bersama Azman atas dasar cinta roboh begitu sahaja angkara orang ketiga. Biarpun sakit, namun dia akur dan reda dengan ketentuan-Nya.
“Adda sangka kita bahagia selama ni.” – Syuhada.
“Maafkan abang, sayang.” – Azman.
“Kalau dia boleh buat abang rasa bahagia…lepaskan Adda.” – Syuhada.
Bukan mudah untuk membina hidupnya semula. Apatah lagi bila dia kembali tinggal di rumah ayahnya, Encik Mustaqim. Dan kehadiran Huzairi buat rentak hidup dia jadi tunggang terbalik. Bertahun-tahun dia dan ayahnya dibenci lelaki itu meskipun kedua orang tua mereka sudah bernikah hampir 26 tahun yang lalu.
“Ayah Huz hanya Abu Mutalib. Tak ada yang lain, ibu. Hanya Abu Mutalib!” – Huzairi.
“Ya, ibu tahu tu. Ayah kandung Huz tetap Abu Mutalib. Takkan pernah berubah. Tetapi apa salahnya Huz terima Pak Cik Mustaqim sebagai ayah Huz. Dia seorang lelaki yang baik. Dia layan ibu dengan baik. Huz tak gembira ke tengok ibu bahagia?” – Puan Humairah.
Azman kembali mengganggu Syuhada dengan rasa penyesalan. Tak mahu anak tirinya dikecewakan buat kali yang kedua, Puan Humairah bercadang untuk mengahwinkan Syuhada dan Huzairi
“Ibu tak mahu Huz kahwin dengan perempuan tak tentu arah. Lagipun senang, dah satu rumah. Nanti dah nikah tinggal je di sini.” – Puan Humairah.
“Kenapa Adda? Macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia ni.” – Huzairi.
Namun, desakan demi desakan daripada Puan Humairah akhirnya buat Huzairi akur. Dia menerima tetapi bersyarat. Apakah syarat itu dan bahagiakah Syuhada dengan perkahwinan keduanya?
Penulis: Hanni Ramsul
ISBN: 978-967-15285-1-8
Tahun Terbitan: 2017
~ Izinkan ku pujuk hatimu…
Setelah bertahun terpisah, mereka bertemu semula. Pertemuan yang tidak mungkin dapat menyambung semula ikatan yang sudah terputus. Namun, kerana satu insiden di luar jangkauan fikiran, jalan takdir mereka bagaikan seiring. Seiring menuju ke arah matlamat yang satu.
“Terima kasih untuk ihsan awak tu, ya. Sebab terharu dengan simpati awak pada saya, saya akan terima lelaki depan awak ni, jadi suami saya.” -Melina
“Akhirnya, Melina setuju juga. Thanks Khaled. Mudahkan kerja aku. Budi kau ni aku akan kenang selama-lamanya.”
“Dan, satu lagi. Jangan berani hina bakal isteri aku lagi. Kali ni, aku tak buat apa-apa sebab aku happy sangat. Tapi, lepas ni, aku tak akan biarkan mulut kau tu.”-Luthfi
“Sama ada Elin rela atau tidak, Elin tetap akan jadi milik abang. Lepas ni, akan ada orang yang datang ke sini. Dan, abang dengan Elin… akan ditangkap kerana berkhalwat.” -Khaled
“Sebab I rasa taste you bukan untuk orang macam Melina ni. Nanti bila dah bosan, mesti you cari I semula, kan? I tahu selera you macam-mana.” -Serina
Mampukah jalan takdir Luthfi dan Melina membawa mereka ke matlamat bahagia? Atau memang sudah tersurat bahagia mereka bersama orang lain?
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-15285-2-5
Tahun Terbitan: 2017
~ Hanya kamu yang aku mahu
Tak ada perempuan di dunia ini yang berkahwin untuk bercerai. Tak ada. Kahwin dan hidup bahagia bersama hingga nafas akhir. Itu harapan Zira pada perkahwinannya dengan Zainal. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang rupanya hanya anganan. Dalam diam dia dicurangi. Suami menyulam cinta lama dengan bekas kekasih hati.
Pengakuan Zainal yang dikahwini sejak lima tahun lalu buat diri rasa bagai dihempap runtuhan gunung.
“I kahwin dengan you sebab mak I. I memang tak pernah cintakan you, Zira. You pilihan mak I. Bukan pilihan hati I. I minta maaf, Zira. Tapi I tak boleh tipu hati dan perasaan I.”
“I dan dia akan bernikah dalam masa terdekat.”-Zainal Rauf
Kejamnya seorang suami. Sudah ditetak dengan kecurangan, dicincang lumat pula dengan kata-kata paling pilu. Sampainya hati seorang Zainal.
Hidup harus diteruskan. Berpisah jalan terbaik. Jadi janda sampai mati seribu kali lebih baik dari menjeruk rasa berkongsi kasih. Hati sendiri harus diutamakan. Dia reda dengan takdir yang tertulis. Dan takdir hidup menemukan Zira dengan si dia.
“Saya Amir Rashid. Panggil Amir.”
Amir yang misteri bagaikan malaikat penjaga. Sentiasa muncul kala diperlukan. Zira selesa. Zira bahagia. Dan kala Amir melamar, Zira jadi tak tentu hala!
“Sudi tak awak bina bahagia dengan saya, Zira? Bahagia yang kekal hingga ke akhir nafas?”
Zira mahukan Amir, tapi lelaki yang penuh tanda tanya itu buat dia ragu biarpun abah dan mak sudah terlebih dahulu setuju Amir sebagai menantu. Amir…siapa awak sebenarnya? Tolonglah jangan buat saya macam ni.
“Kahwin dengan saya. And you will know everything about me, sweetheart.”
Benarkah hati Zira milik Amir? Pada Amirkah harus diserahkan hatinya ini?
Telah Aku Serahkan Hati Ini ada jawapannya.
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-12461-8-4
Tahun Terbitan: 2017
~ Kau selalu ada
Aku sayang KHAIRIL. Sangat-sangat sayang. Tapi lelaki yang aku sayang itu hanya seorang penoreh getah. Dengan alasan itulah mak selalu hina dia. Dia tidak seperti menantu lelaki mak yang lain. Berpangkat tinggi semuanya.
“Saya sedih sebab mak buat awak macam ni. Menantu lain bukan main lagi mak tatang.”
“Tak apalah. Bukan rezeki saya nak jadi menantu kesayangan. Tak penting semua tu.”
“Saya bimbang awak gagal bertahan.”
“Insya-ALLAH, saya akan bertahan. Saya akan bertahan demi awak.”
“Awak tetap akan sayang saya walau mak layan awak macam tu?”
“Sekalipun satu dunia layan saya macam tu, tak mampu untuk mengubah kasih sayang saya terhadap awak. Awak isteri saya, kan? Bidadari saya.”
Pun begitu, kasih sayang kami tambah mendalam. Hidup kami seperti biasa saja. Langsung tak terkesan dengan penghinaan mak. Cuma semakin hari aku semakin bimbang. Bimbang tindakan emak yang seperti mahu memisahkan kami berdua.
Sekeras mana pun hati Khairil, pasti satu ketika dia akan mengalah. Kalau itu terjadi, bagaimana dengan aku nanti? Siapa yang aku akan pilih antara emak dan kasih Khairil?
Penulis: Nueen
ISBN:
Tahun Terbitan: 2017
~ Berdua lebih baik.
FADILLA MAWARDAH mencuba nasib di Kuala Lumpur untuk mencari rezeki. Asalnya, dia bekerja hanya mahu membeli sebuah FOOD TRUCK.
Dia berangan mahu berniaga laksa dan namakan perniagaannya itu dengan nama LAKSA IKAN SEKOQ. Dia menumpang di kediaman mewah milik bapanya bersama ibu tirinya dan seorang kakak hasil perkahwinan ayahnya dengan ibu tiri tersebut. Layanan yang dia terima bak mak tiri Cinderella, tapi DILLA tak hairan. Tak menjadi hal.
Si kakak rekomenkan DILLA bekerja sebagai PA kepada bos tempat si kakak bekerja dengan harapan DILLA cepat berhenti kerana semua tahu perangai bos yang tak serupa orang.
DILLA tetap bertahan melayan perangai bos yang dia panggil bos tiga suku.
“Ada pasport?” DILLA angguk.
“Okey, Rabu depan temankan saya pergi Seoul.” DILLA tak jawab.
“Awak dengar ke tidak ni?”
“Kita dua aje pergi?”
“Ajaklah sekali ketua kampung awak. Tok siak, jangan lupa tok mudim kampung awak sekali.”
Tiga suku punya bos! Tapi dengan bos tiga suku itu jugalah hati DILLA tertawan.
Persoalannya sekarang ini, mampukah FOOD TRUCK LAKSA IKAN SEKOQ menjadi kenyataan?
Penulis: Illi Nazurah
ISBN: 978-967-15285-3-2
Tahun Terbitan: 2017
~ What’s meant to be will always find its way.
“Mama kena beri masa pada Dian untuk tentukan masa depannya sendiri. Dian tu perempuan ma, dia tidak boleh kahwin dua macam Il. Kesian kat Dian ma, dia dengan Danny memang saling sayang. Kita jangan terburu-buru atur jodoh untuk Dian ma, Il minta sangat pada mama untuk berikan dia ruang.” – Ilham Muhammad
Dian Zahara Mohd Daim tidak setuju dengan calon jodoh yang diusulkan oleh mama dan neneknya. Dalam hati Dian hanya ada Danny Richardson, tidak ada ruang lagi yang boleh diisi apatah lagi untuk diambil alih oleh jejaka lain. Dian yakin kisah cintanya dengan Danny telah disusun dan diarahkan oleh Yang Esa di atas sana. Dian tidak perlu ragu dimanakah pengakhiran cinta mereka akan berlabuh.
Danny Richardson, entah bila pula dia akan menukar agamanya sedangkan Dian sudah semakin meningkat usianya.
Ungku Na’il percaya andai jodoh sudah tersurat, ia tak akan pergi jauh.
“Dian tak mahu jadi macam abang, kahwin dengan pilihan keluarga dan terpaksa tinggalkan orang yang dia sayang dan yang paling kejam sekali kita kenal orang tu mama dan sampai sekarang Kak Min masih sendiri. Setidak-tidaknya abang boleh kahwin lebih daripada satu dan abang masih boleh berkahwin dengan Kak Min tapi Dian tak boleh buat macam tu sebab Dian perempuan. Mama mahu lihat Dian kahwin dengan orang yang mama pilih kemudian Dian bercerai dan berkahwin pula dengan orang yang Dian suka?” – Dian Zahara
Penulis: Ann
ISBN: 978-967-15285-5-6
Tahun Terbitan: 2017
~ Bila cinta datang bertandang, usia bukan jadi ukuran
TIDAK ! Itu sahaja jawapan Raqim Ishan saat dia dapat tahu anak angkat kakaknya sudah jatuh cinta pada dirinya. Mana mungkin gadis yang sudah dianggap sebagai anak mampu bertukar statusnya, seterusnya dijadikan isteri walau sekadar anak saudara angkat.
Demi mengelak daripada cinta si anak saudara, satu rancangan gila dirangka. Kehadiran tidak dirancang Inas Alyaa membuka ruang untuk rancangannya dilaksanakan.
“Uncle nak Inas jadi girlfriend olok-olok uncle dan kalau keadaan semakin mendesak, uncle nak Inas jadi…” – Raqim Ishan “Jadi?” – Inas Alyaa
“Jadi isteri uncle.” – Raqim Ishan
Rancangan gila! Tapi yang perkara gila itulah yang terjadi. Pura-pura bercinta seterusnya berumah tangga membuka mata Inas untuk menilai siapa sebenarnya Raqim Ishan. Tanpa sedar nama Raqim sudah mula bertahta di sebahagian hati Inas.
Kasih dan sayangnya mungkin ada, tapi ada sesuatu yang Inas masih tunggu. Bilalah waktunya dia dibakal memiliki ‘sesuatu’ itu daripada suaminya itu.
“Inas cuma nak tanya, agak-agak… bila abang nak cuba ‘suka’ pada Inas.” – Inas Alyaa
“Abang tak pernah hadkan hati abang untuk awak. Inas boleh jatuh cinta, curah apa sahaja rasa Inas pada abang. Cuma buat masa ni abang belum mampu beri sepenuh perhatian pada hubungan kita. Untuk permulaan, kita bebas bercinta ataupun mencintai. Cukup untuk Inas tahu, abang cuma milik awak seorang.” – Raqim Ishan
Cinta yang sedang bersemi mula goyah dengan halangan yang muncul. Kerana terlalu mengikut kata hati, Inas nekad meninggalkan Raqim.
Ironinya, dia yang meninggalkan, tetapi mengapa pula dia yang terlebih sakit merindu? Dia yang pilih untuk pergi, kenapa dia pula yang mengharap untuk Raqim kembali?
Mampukah Inas pujuk kembali hati suaminya yang ditinggalkannya itu? Akankah ada lagi cinta Raqim Ishan buat Inas Alyaanya itu?