Karya-karya Terbitan Teratak Kasih
Novel-novel yang pernah diterbitkan dibawah Teratak Kasih Publication pada tahun 2018.
Penulis: AK Raffhan
ISBN: 978-967-15900-7-2
Tahun Terbitan: 2018
~ Ukir nama dalam hati, akan kusimpan sampai ke mati
NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang berwarna pelangi. Selama hidup asyik disisih. Lahirnya dia tak pernah dianggap. Ramai yang pandang jijik. Keluarga sendiri juga membenci. Namun dia tak pernah menyerah. Salahkan takdir jauh sekali.
MUHAMMAD GHAZI. Nampak sempurna walhal dia banyak kurangnya. Diam-diam jadi buaya tanpa taring. Prinsip hidupnya mudah; hidup hanya sekali jadi selagi hidup, dia akan terus enjoy! Dosa dan taubat? Nanti-nanti dululah. Muda-muda kumpul dosa, tua-tua nanti baru kumpul pahala!
Atas nama takdir, kedua-duanya bertemu dan terpaksa bersatu kerana sebuah tragedi. Ikatan terbina tanpa kerelaan.
Seorang Deeja tak pernah terlintas hendak menjadi isteri, apatah lagi isteri kepada seorang lelaki sempurna seperti Mad.
Seorang Mad pula tak pernah sekalipun terfikir untuk menikah, apalagi menikahi seorang gadis seperti Deeja.
Khadeeja pasrah, Mad marah.
Khadeeja diam, Mad merenyam.
“Pernah tak saya bagi tahu awak? Selain mama dan Qaseh, awak satu-satunya perempuan yang paling saya sayang?” -Mad.
“Awak bohong! Ini ke maksud sayang awak? Dengan lepaskan saya pergi dari hidup awak?” -Deeja.
Dua mereka sangat berbeza. Namun ia bukan halangan untuk wujudnya satu perasaan yang dinamakan cinta. Tapi entah kenapa, saat cinta itu mula berputik, ujian demi ujian mula menduga mereka.
Adakah manis dalam kehidupan mereka pada akhirnya? Adakah jalan untuk mereka bersatu selamanya? Atau semuanya akan berakhir dengan kehancuran yang tak mampu dipulihkan?
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-15900-3-4
Tahun Terbitan: 2018
~ Bila cinta, seribu tahun akan ku tunggu.
Demi abah tersayang dan gara-gara adik kandung sendiri buat hal mengandung di luar pernikahan dan lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menghilangkan diri, Efy Syafinaz terpaksa melepaskan kekasih hatinya yang juga anak angkat abahnya demi menjaga maruah keluarga.
Ketika majlis perkahwinan Ady dan Nana bakal berlangsung, Efy Syafinaz membawa diri jauh ke Sapporo demi merawat hati yang luka. Perkenalannya dengan seorang lelaki bernama Hann, menjadikan percutiannya di negara matahari terbit itu sebuah pengembaraan yang indah. Lara di hati sedikit terubat dengan layanan mesra dan sikap ambil berat Hann.
Sekembalinya ke tanah air, hubungan mereka semakin rapat dan membuahkan rasa cinta buat kedua-duanya. Namun, setelah hati Efy Syafinaz sudah terpaut, Ady kembali mahu menyambung kasih lama apabila mengetahui selama ini Nana hanya berbohong demi memerangkap Ady. Perkara menjadi bertambah rumit apabila rahsia yang disimpan Hann diketahuinya. Efy Syafinaz menjadi rawan.
Siapakah yang bakal dibawa bertemu dengan abahnya? Ady, si bekas kekasih yang pernah dicintai sepenuh hati atau Hann, yang punya seribu satu rahsia?
Penulis: Nueen
ISBN: 978-967-15285-6-3
Tahun Terbitan: 2018
~ Cinta itu dari mat turun ke hati
INSYIRAH dan RAZIF, bersatu tanpa ada cinta. Demi menjaga maruah keluarga yang memeliharanya sejak kecil, Insyirah terpaksa menggantikan tempat Khalidah, tunang Razaif yang menarik diri di saat-saat akhir.
Walaupun tiada cinta, Insyirah masih cuba mengecap bahagia. Namun, selepas empat tahun hidup bersama, Khalidah muncul semula menagih cinta lama. Kerana terlalu buta dengan cinta Khalidah, Razif tidak teragak-agak menceraikan Insyirah.
Demi masa depan dan kebahagiaan diri dan anak-anaknya, Insyirah nekad membawa diri. Ketika dia sedang cuba bangkit daripada kekecewaannya, Hazman muncul dalam hidupnya. Dirinya kembali bersemangat, perasaan yang dulunya dirasakan telah mati, tiba-tiba hidup semula. Cumanya, bila Hazman mula meluahkan rasa, ada sesuatu yang menghalang Insyirah menjawab, ya!
“Err, satu je yang saya risau ni. Saya tak mahu berkawan dengan suami orang, tunang orang atau kekasih orang. Sebab saya janda.”
“Kenapa? Janda tu macam kuman ke? Tak boleh dekat?”
Ya, sebab Insyirah janda.
“Untuk pengetahuan awak, saya bukan suami orang, bukan tunang orang, bukan jugak kekasih orang. Empat tahun dulu saya pernah jatuh cinta…”
Layakkah janda seperti dia berada di samping lelaki seperti Hazman? Dan mampukah dia menggantikan tempat gadis yang sudah beraja di hati Hazman sejak empat tahun yang lalu? Benarkah ada cinta untuk Insyirah atau dia bakal mengulangi semula sejarah lamanya bersama Razif?
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-15285-7-0
Tahun Terbitan: 2018
~ Love is just a word. Till you came and gave its meaning.
Setia itu tidak susah tapi payah. Kena kebal dan kalis segala macam godaan. Dan setia seorang Katleeya teruji apabila tunang tercinta bernikah senyap-senyap di belakang. Paling tak boleh blah dia sendiri yang tangkap encik tunang dan isterinya si copper blonde sedang bermesra di depan mata. Nah! Bukti TUHAN dah beri. Baik putus daripada kena tipu hidup-hidup sampai mati!
“We’re finish. Over. Full stop. No more us between you and me. Got it? I am no longer your fiancée. Kita putus. Tamat.” – Katleeya
Cinta lelaki memang dusta. Di mulut gula, di mata sempat melilau sini-sana. Dia dah tak percaya. Boleh jalan dengan cinta-cinta ni. Setia mati pun tak guna. Batalkan sahaja majlis kahwin. Habis cerita. Orang nak kutuk dan mengata pun sekejap sahaja. Bukan boleh mati! Tapi tidak si veto daddy.
“This time you will follow my way, young lady. And my decision is final.” -Tan Sri Khalid.
Daddy kotakan kata. Dipinang si lelaki yang sungguh tak disangka. Bengang punya pasal, dia selamba serbu pejabat tuan punya diri minta ditolak pinangan sang daddy. Dia tak mahu dipaksa dan terpaksa. Tapi lain yang jadi. Kenapalah boleh tersangkut hati pula ni?
“I tak ada perasaan pada you.”- Katleeya
“No problem. I’ll make sure you fall for me.”- Ahqaf
“In less then two months? Are you sure?”- Katleeya
“I think it is not that difficult to charm you. I am good at charming a woman.” – Ahqaf
Berkahwin itu mudah. Namun menjaganya sukar. Katleeya dan Ahqaf tak terkecuali. Tak terduga Katleeya, musuh tak diundang datang menghunus dendam lama. Bagaimana harus dia berdepan dengan adik ipar sendiri yang tekad mahu ‘menuntut bela’ kekecewaan dulu?
“Time for payback, Kat. Aku akan pastikan kau rasa apa yang aku rasa dulu. Rasa ditinggalkan. Ditinggalkan tanpa rasa bersalah.” – Adlina
Bahagia itu tak datang menyerah. Tanpa cabaran dan dugaan, manakan ada manisnya bahagia. Bahagia juga tak akan hadir kalau diri tak cukup kental diuji. Dan ujian yang menimpa bukan calang. Terjelepok Katleeya akhirnya. Mampukah dia bangkit semula demi sebuah cinta? Cinta yang pernah berbisik dalam jiwa.