Karya-karya Terbitan Teratak Kasih
Novel-novel yang pernah diterbitkan dibawah Teratak Kasih Publication pada tahun 2019.
Penulis: Lishaeha
ISBN:978-967-17234-4-9
Tahun Terbitan: 2019
~ Diriku kan selalu ada di sisimu selamanya.
NOTA: KESINAMBUNGAN ANDAI KIAMBANG TAK BERTAUT
“Jangan menikah dengan laki orang.”
“Duda pun tak apa. Yang penting jangan ambil laki orang!”
“Orang tua bongkok pun tak apa! Asalkan bukan hak orang.”
Hanya kerana sebuah kesalahan lalu dia sering ditempelak. Kononnya perempuan sepertinya tidak akan pernah berubah. Sekali sukakan hak orang, selamanya akan tetap menjadi perampas.
Shifa yakin dia sudah berubah. Dia bukan seperti Shifa yang pernah bersikap pentingkan diri. Shifa kini bersikap dewasa, fikirannya juga sudah matang.
Dia kembali untuk buktikan dia bukanlah Shifa yang dulu. Sekali berdosa tidak akan selamanya berdosa. Sedangkan nabi ampunkan umat, kenapa tidak manusia biasa berikan dia kemaafan yang sebenar?
“Maaf, Shifa. Aku tak percayakan kau.” – Zira
“Kenapa awak kembali, Shifa? Awak dah pernah porak perandakan keluarga saya sekali. Belum puas lagi ke?” – Iqbal
“Awak percayakan saya kan? Saya dah berubah! Saya bukan Shifa yang dulu!”
Helaan nafas lelaki itu yang begitu lemah buat Shifa terjelepok. Tubir matanya digenangi air.
“Awak pun tak percaya…”
Dia kecewa. Peluang kedua diharapkan. Dia tidak minta diberikan segala emas dan intan. Dia hanya meminta diberikan peluang kedua. Tidak layakkah seorang Shifa mendapat peluang kedua? Peluang untuk dicintai dan mencintai dengan sesungguhnya.
Penulis: AK Raffhan
ISBN: 978-967-17234-3-2
Tahun Terbitan: 2019
~ Biar memori telah terpadam, segunung rindu tetap terpendam.
Pertama kali berjumpa Dian, hati Redza bergetar seribu. Jantung berdegup bagai nak gila. Pelik! Walhal selama ini punyalah susah dia nak sukakan seorang perempuan, sampai mama pun ingat dia gay!
Dengan Dian segalanya jadi indah. Hatinya berbunga-bunga. Sehari mengenali Dian, terasa bagaikan sudah bertahun-tahun Dian hadir dalam hidupnya.
“Siapa awak, Dian?”
“Awak baru sebut nama saya.”
“Tapi kenapa saya rasa awak Dian yang lain?”
Senyum Dian berubah canggung. Anak mata Redza direnung. Hembus angin menyita resah. Jadi saksi kasih bertaut. Lama Dian memendam rindu, bertemu dia di tempat yang sama.
Seandainya Redza tahu…
“Boleh saya minta nombor awak?”
Keengganan Dian buatkan Redza keliru. Tak sudikah Dian sambut salam cintanya?
Apakah Dian tak percaya pada cinta pandang pertama?
“Kita jumpa kat sini. Kalau memang kita berjodoh, kita pasti akan berjumpa.”
Berpegang pada kata-kata Dian, Redza tak jemu menunggu kehadiran Dian. Dalam penantian, hatinya sering dipagut kerisauan.
Akan hadirkah Dian membawa cinta? Atau Dian membiarkan dirinya terus menunggu dalam keliru.
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-15900-8-9
Tahun Terbitan: 2019
~ Lepaskan silam. Bahagia milik kita.
Setiap yang terjadi pada kita bukan TUHAN buat saja-saja. Ada hikmah di sebalik kisahnya. Dan ini kisah mereka…
Permulaan pertama Tariq Hidayat dengan Teh Nuur Tirana sangat tak manis. Sangka Tirana, itulah pertemuan pertama dan terakhirnya dengan lelaki itu. Namun tanpa disangka, sekali lagi mereka dipertemukan. Yang mengejutkan Tirana, Hidayat adalah majikannya. Dan lebih memeranjatkan Tirana, majikannya itu muncul bersama satu proposal yang sukar nak diterima akal. Namun memandangkan dia sedang terdesak, mahu tak mahu, Tirana terpaksa mempertimbangkan proposal big bossnya.
“Kata Encik Rashid saya kena jadi peneman. Peneman tuan ke?” – Teh Nuur Tirana
“Awak setuju nak jadi peneman saya? Kalau jadi peneman saya, kenalah tinggal sini. Tinggal sebilik dan tidur sekatil dengan saya. Boleh? Setuju? ”-Tariq Hidayat
Itu teori senget Tirana. Bukan logik di akal Hidayat. Hakikatnya, peneman yang dicari adalah untuk puteri tunggalnya yang istimewa; Nuur Hanna.
Hidup sebagai peneman Hanna menjadikan hari-hari yang dilalui Tirana diselubungi bahagia. Tanpa sedar, dia jatuh sayang pada si comel itu. Hanna pula seakan tidak mampu kehilangan Tirana. Dan kerana wujudnya semua perasaan itu, muncul satu lagi proposal baru daripada big bossnya. Dan proposal kali ini buat dunia Tirana berubah seratus peratus!
“Be my GHF, Tira.”- Tariq Hidayat
Menerima Tariq Hidayat rupanya menerima kisah silam yang teguh menghuni hati lelaki itu. Mampukah Nuur Tirana menerobos lohong silam yang masih menghantui lelaki ini lalu menarik tangannya dan membebaskannya dari cengkaman silam? Atau akan tergugatkah bahagia mereka yang baru bermula kerana kisah silam seorang Tariq Hidayat?