Karya-karya Terbitan Teratak Kasih
Novel-novel yang pernah diterbitkan dibawah Teratak Kasih Publication
Penulis: Mia Azwari
ISBN:978-967-2479-01-7
Tahun Terbitan: 2020
MAWAR KASIH.
Kehidupannya tidak seindah seperti namanya. Terperangkap dengan kisah silam menyebabkan dia tidak tahu apa itu kebahagiaan sebenar. Saat pertama kali Mawar bertemu dengan si dia, hidupnya yang kelam, tiba-tiba dihiasi dengan warna.
MEGAT LUTFI.
Lelaki yang ada segala-galanya termasuklah keluarga yang bahagia. Namun, sikapnya yang sangat dingin menyebabkan dia sukar didekati. Semuanya disebabkan sejarah hidupnya yang pernah dikecewakan seorang wanita.
Saat Lutfi bertemu dengan Mawar, hidup Lutfi menjadi huru-hara. Puas dielak dan ditepis, tetapi gadis itu tetap mendekati.
“Saya nak bahagia seperti mereka. Boleh Tuan tunaikan permintaan saya?”- Mawar
“Baik, kita cuba.”- Lutfi
Perkahwinan mereka dibina atas dasar simpati dan nafsu. Namun perlahan-lahan rasa kasih dan sayang mula memekar. Cuma, bagi seorang Mawar, rasa bahagia tak akan pernah kekal dalam hidupnya.
Hubungan mereka teruji dengan kisah silam Mawar. Menyedari dirinya tak akan pernah mampu membahagiakan Megat Lutfi, satu keputusan drastik diambil. Keputusan yang bakal meranapkan perasaan sendiri namun dia yakin akan mampu membahagiakan Megat Lutfi.
Tetapi, mengapa Megat Lutfi tidak merasakan kebahagiaan itu?
Mengapa hatinya memberontak mengatakan pilihan Mawar itu salah?
Adakah Megat Lutfi sudah tersedar dengan perasaan yang sebenar?
Setelah aku tersedar, cinta itu sudah pergi meninggalkan aku.
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-2479-00-0
Tahun Terbitan: 2020
Katleeya dan Teh Nuur Tirana a.k.a Kat dan Tira. Dua wanita yang berbeza. Berlainan latar dan berlainan kisah. Tidak pernah kenal antara satu sama lain selama ini. Bertemu dan berteman baik tatkala masing-masing sudah bergelar isteri kepada dua lelaki hebat yang bersahabat atas tiket perniagaan.
Tuan Tariq Hidayat, pemilik Mewah Group yang juga suami Tira adalah pelanggan istimewa di A&A Architects Sdn Bhd, Firma Arkitek milik Ahqaf Zahran, suami Kat. Pertemuan spontan di Pavillion mengheret Tira dan Kat untuk lebih kerap berhubung dan berjumpa. Saling bertukar cerita dan tawa tentang keluarga tercinta. Dan paling istimewa tentulah topik tentang permintaan ‘istimewa’ suami masing-masing.
“Bos I tu memang nak sungguh. Nak girl pulak. Satu girl yang macam I. Tak sudah-sudah menggoda. Di rumah jangan cerita. Di office, I puaslah tepis. Kalau tidak, mahu masuk CCTV.” – Kat
“Bos I pun. Dia nak boy. Nak sangat. Sebab dah ada 3 girls. Siap dah ada nama lagi. Hari-hari buat free show. Tak larat sungguh la tengok tayangan percuma tak ada slot iklan ni.” -Tira
“Well…we do enjoy free show kan?” – Kat
“Hahahaha. Indeed.” – Tira
“Lelaki ni kalau datang musim yang tu…” – Kat
“Kita yang seram sejuk.” – Tira
Menjadi wanita yang paling istimewa di hati suami itu bukan mudah. Mengekalkannya juga satu tugas yang bukan senang. Hanya yang terpilih akan kekal bersama selamanya.
Memenuhi keinginan suami itu tugas mulia seorang isteri. Berjayakah Kat dan Tira merealisasikan permintaan ‘istimewa’ suami masing-masing seperti yang diingini?
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-17234-9-4
Tahun Terbitan: 2020
NETTY NURSERY menemukan Illiyyin dan Luf Hydad buat kali pertama. Pertemuan yang bermula daripada secebis salah sangka; salah sangka yang sangat manis!
“Yang bertiga tadi tu anak-anak puan?” – Luf Hydad
“Ya. Anak-anak saya.” – Illiyyin
“Suami puan tak ikut hantar sama?” – Luf Hydad
“Saya tak ada suami.” – Illiyyin
Bermula dari pusat jagaan kanak-kanak hingga ke tangga pejabat, takdir ternyata sentiasa menemukan Luf dan Illiyyin. Illiyyin mula mengenali siapa sebenarnya lelaki yang adakalanya menjengkelkan itu.
Sebuah insiden mengubah perjalanan takdir mereka berdua. Kerana sebuah pengkhianatan, hati Illiyyin luka berdarah. Namun dia tidak boleh terus hanyut dalam kesedihan lantaran ada tiga jiwa yang perlu dijaga dan dibahagiakan.
Dikala duka masih merah, Luf Hydad muncul mahu mengubat lara bersama lamaran yang Illiyyin terkesima.
“Kenapa awak nak jadi suami saya?” – Illiyyin
“Sebab budak bertiga tu perlukan seorang papa.” – Luf Hydad
Illiyyin rela dan reda. Bahagia mereka bertiga lebih utama. Itu sumpah dan ikrar di jiwa. Status isteri akan tetap dilaksana tanpa rasa terkilan, jauh sekali kecil hati. Namun layanan intim Luf sebagai suami buat hatinya tertanya-tanya kembali.
“Do you love me, Luf?” – Illiyyin
“Do you love me too, Illiyyin?” – Luf Hydad
Sungguhkah tiada sekelumit cinta di hati Luf buat Illiyyin? Sungguhkah perkahwinan mereka semata-mata kerana kasihan? Akan terjawabkah rahsia di hati masing-masing kala sudah sebumbung dan sebilik?
Penulis: April Snow
ISBN: 978-967-17234-8-7
Tahun Terbitan: 2020
JO a.k.a JOANNE CASSANDRA MATTHEW. Dia pembenci lelaki Melayu. Lelaki Melayu itu dianggap pendusta dan penindas paling kejam. Kuasa dan agama disalahguna untuk nafsu diri sendiri. Lelaki Melayu tidak diizinkan singgah di hati. Jauh sekali untuk menjadi teman sekatil!
AZHAD NUFAIL tidak menyangka pertemuan pertama di sebuah kelab mengheret diri untuk mengenali seorang Jo yang cantik, seksi namun dingin. Cabaran memikat Jo disahut mudah. Azhad Nufail tak pernah gagal! Ternyata, Jo bukan makanan Azhad. Salam perkenalan Azhad hampir dihadiahkan buku lima!
Tanpa Jo ketahui, Azhad rupanya VP (Timbalan Presiden) yang baru ditukarkan ke ibu pejabat tempat dia bekerja. Jarak yang makin dekat itu buat Azhad makin kuat menggoda. Makin Jo membenci, makin Azhad bersemangat. Yang dia tahu, Jo harus dimiliki!
Tingkah Azhad yang tidak pernah lelah mengejarnya buat Jo mengalah. Rahsia yang tersimpan ketat selama ini dibongkar.
“Ini kubur lelaki yang tinggalkan ibu aku. Tinggalkan ibu aku tanpa talak.” – Jo
“Sebab dia, you benci lelaki Melayu? Sebab dia, you mati-mati tolak I?” -Azhad
Luka di hati Jo masih pekat merah. Sejarah pilu mendiang ibunya takkan berulang lagi. Namun ikrar taklik Azhad berjaya mengubah tekad dan sumpah Jo. Akhirnya Jo serahkan hatinya kepada Azhad. Penyatuan kedua-duanya membuahkan rasa bahagia. Namun tanpa diduga, bahagia itu cuma sementara apabila perkahwinan mereka dilanda ujian hebat. Jo tekad membawa haluan diri. Azhad lupa janji! Azhad mungkir janji!
Berjayakah Azhad kembali meraih kepercayaan Jo pada lelaki Melayu? Mampukah Azhad mengotakan janji bahawa setianya hanya pada seorang perempuan bernama Joanne Cassandra Matthew?
Penulis: AK Raffhan
ISBN: 978-967-17234-7-0
Tahun Terbitan: 2020
Dalam dunia ini hanya tiga orang lelaki Cahaya kagumi. Tan Sri Hamid, Ziyad dan lelaki yang kini jadi suaminya, Deen.
Deen, lelaki itu pilihan datuknya. Jujurnya pilihan dia juga. Tapi Deen, dalam terpaksa menikahi Cahaya ada rancangan telah disusun. Dia dan Cahaya hanya akan menikah selama setahun. Selepas itu mereka akan berpisah.
Di sebalik Deen yang sempurna, ada masa lalu yang cuba Deen sembunyikan. Masa lalu yang hanya Deen dan ‘dia’ yang tahu. Hatta kawan baiknya tiada seorang yang tahu rahsia itu. Deen yang mereka kenali adalah lelaki baik yang tak punya masa lalu yang buruk. Namun masa lalu yang cuba ditutup berjaya dibongkar Cahaya .
“I dah berubah. Dah lama. Lepas umi dan abi meninggal I dah tak buat benda tu semua. I dah bertaubat.” – Deen
“Sebab kau dah bertaubat kau rasa kau dah cukup baik? Kau rasa kau dah baik sangat untuk kau minta perempuan yang baik-baik dengan TUHAN? Kau rasa kau layak dapat perempuan yang lagi baik daripada aku?” – Cahaya
Enam bulan usaha Cahaya sia-sia. Deen tak akan pernah cintakan perempuan sepertinya. Kalau memang Deen tak sudi, untuk apa Cahaya tunggu lagi? Cahaya lebih rela dilepaskan daripada hidup dengan lelaki yang dibayangi masa silam.
“Tak perlu setahun, sekarang pun you boleh lepaskan I. I tak peduli dengan kontrak kita. I nak bersama dengan lelaki yang cintakan I.” – Cahaya.
“Tidak, Cahaya. Kontrak ini akan kekal setahun macam yang kita dah bincangkan. Atau you nak I minta bantuan datuk untuk jinakkan you?” – Deen “
Yaya ada perjanjian dengan datuk. Yaya dah lupa? Deen atau Munsyi. Pilih satu” – Tan Sri Hamid.
Datuk sialan! Suami tak guna! Masa depan Cahaya jadi galang gantinya. Cahaya tak ingin datuk atur hidupnya. Apatah lagi diatur dengan lelaki bernama Munsyi. Dia tak ingin tunduk pada Deen mahupun datuk. Dia mahu buktikan dia sudah jadi Cahaya yang tak bisa digoyah orang.
“You cintakan I, Deen?”
Bibir Deen yang terus bisu jadi jawapan untuk soalan Cahaya. Sekuat apa pun dia berusaha dia tak akan bisa menembusi hati seorang lelaki yang bernama suami.
“Lepaskan I, Deen. Mari akhiri semua perhubungan palsu ini.”
Kata perpisahan diminta Cahaya. Namun tegakah Deen melepaskan? Dan benarkah selama ini Deen bercinta dengan kenangan. Rela melepaskan masa depan demi hidup dalam bayangan masa silam. Lalu bagaimanakah pengakhiran kontrak mereka? Bahagia sampai syurga atau berhenti hanya di dunia?