0

Dosa Yang Bernama Rafeah

 


PENULIS: AK RAFFHAN

ISBN: 978-967-17234-2-5

~ Bukan gadis, apalagi janda. Cuma wanita tercemar noda.

NOTA: BACAAN MATANG

RAFEAH. Sedari umurnya enam belas dia terjebak DOSA. Pada awalnya dia terseksa, sesal dan kesal, namun lama kelamaan dia mula terbiasa. Tanpa DOSA, hidupnya resah. Terbuat pahala, dia serba salah. Sehingga pada akhirnya dia mulai jelak dengan semuanya. Lantas dia membawa semula diri kembali ke tempat asalnya.

Maliki, Faizal, Rashid dan Zahin. Hadir mereka membawa suka, duka bahkan petaka dalam hidupnya. Rafeah terperangkap; antara nafsu yang buat dia lesu dan cinta yang buat dia jadi tak terkata-kata.

“Kalau hang sikit pun tak ada rasa malu pada manusia, malulah pada TUHAN! DIA maha melihat!” – Maliki.

“Orang kotor macam aku ni, baca QURAN banyak mana pun, hati payah nak tenang. Dah tak boleh suci kut jiwa hitam aku ni. Kalau dah kotor tu, kadang cuci dengan Clorox pun kotor tak hilang jugak. Aku boleh dibaratkan macam tu lah.” – Rafeah.

“Sudi tak Feya jadi isteri abang?” – Faizal

“Kahwin dengan pak su…” – Maliki.

“Kenapa? Hang tak boleh bimbing aku?” – Rafeah.

Rafeah keliru. Antara Maliki dan juga Faizal, hati sukar membuat pilihan. Sudah lama dirinya jauh daripada kasih sayang. Baik kasih sesama manusia, mahupun TUHAN. Pendosa seperti dia, layakkah untuk dicintai dan mencintai?

Dan tatkala hidayah mula mengetuk hati, TUHAN menguji lagi.

Lalu Rafeah kembali tertanya, benarkah TUHAN benci padanya?

Read More

RM30.00

  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.