0

Hanin Lufya

 


PENULIS: AK RAFFHAN

ISBN: 978-967-2479-02-4

~ Mencari yang terindah

HANIN, maknanya kesayangan. Nama penuhnya Hanin Lufya. Hidupnya tak seindah makna namanya. Dia tak pernah rasa disayangi. Namun sayangnya pada Salmah setulus hati. Cintanya pada Faliq sepenuh jiwa.

“Hanin tak nak kahwin dengan lelaki! Hanin benci lelaki.” – Hanin

“Habis tu Hanin nak kahwin dengan siapa kalau Hanin tak nak kahwin dengan lelaki?” – Salmah

Perempuan itu garang. Tak pernah tak marah. Jumpa saja bicaranya selalu tajammenghiris hati. Tapi, jika hati dah suka, 10 kali kena reject pun, dia tetap nakkan Hanin. Biarlah Hanin tak suka, yang penting dia suka. Dia nak cuba pikat Hanin sampai dapat!

“Orang tak suka dia nak paksa pulak. Pergi suka orang lainlah.”

“Nak buat macam mana. Abang suka Hanin seorang je. Kalau Hanin boleh cari sorang yang sama muka macam Hanin, yang garang dan perengus macam Hanin, abang sanggup pujuk hati abang suka perempuan tu. Dengan syarat kena sama sebiji macam Hanin.”

“Gila! Awak ingat saya TUHAN?”

Sungguh Hanin ada bakat membunuh orang. Sekali menjerit bukan setakat telinga aje yang boleh jadi pekak, jantung pun boleh berhenti berdegup.

“Abang pun bukan TUHAN. Abang hamba-NYA yang sangat lemah. Bukan senang nak tukar perasaan. Hati abang dah tersuka Hanin, nak suka orang lain kenalah tunggu abang frust betul-betul dulu. Buat masa sekarang abang belum frust lagi. Kecewa sikit je sebab Hanin tak layan abang.”

Kala hati mula terbuka, ujian pula datang menimpa. Hidup ini penuh ujian. Namun Hanin semakin lelah.

Kalaulah dia boleh berhenti mencari indah…

Read More

RM26.00

Category:
  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.