0
Sold Out!

Kiambang Bertaut Jua

 


PENULIS: LISHAEHA

ISBN: 978-967-17234-4-9

~ Diriku kan selalu ada di sisimu selamanya.

NOTA: KESINAMBUNGAN ANDAI KIAMBANG TAK BERTAUT

“Jangan menikah dengan laki orang.”

“Duda pun tak apa. Yang penting jangan ambil laki orang!”

“Orang tua bongkok pun tak apa! Asalkan bukan hak orang.”

Hanya kerana sebuah kesalahan lalu dia sering ditempelak. Kononnya perempuan sepertinya tidak akan pernah berubah. Sekali sukakan hak orang, selamanya akan tetap menjadi perampas.

Shifa yakin dia sudah berubah. Dia bukan seperti Shifa yang pernah bersikap pentingkan diri. Shifa kini bersikap dewasa, fikirannya juga sudah matang.

Dia kembali untuk buktikan dia bukanlah Shifa yang dulu. Sekali berdosa tidak akan selamanya berdosa. Sedangkan nabi ampunkan umat, kenapa tidak manusia biasa berikan dia kemaafan yang sebenar?

“Maaf, Shifa. Aku tak percayakan kau.” – Zira

“Kenapa awak kembali, Shifa? Awak dah pernah porak perandakan keluarga saya sekali. Belum puas lagi ke?” – Iqbal

“Awak percayakan saya kan? Saya dah berubah! Saya bukan Shifa yang dulu!”

Helaan nafas lelaki itu yang begitu lemah buat Shifa terjelepok. Tubir matanya digenangi air.

“Awak pun tak percaya…”

Dia kecewa. Peluang kedua diharapkan. Dia tidak minta diberikan segala emas dan intan. Dia hanya meminta diberikan peluang kedua. Tidak layakkah seorang Shifa mendapat peluang kedua? Peluang untuk dicintai dan mencintai dengan sesungguhnya.

Read More

RM28.00

Out of stock

Categories: ,
  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.