0
Sold Out!

Kombo Jalinan Kasih


BEBAN KASIH ASMARA

PENULIS: NUEEN

ISBN: 978-967-17234-6-3

~ Peluk hatiku, cium jiwaku, agar terlepas beban asmara.

Bagi Ziyad, cinta dia dan Uji sudah cukup kuat. Dia dan Uji saling mencintai. Kalau sudah begitu cinta, datanglah hujan badai menggegar asmara, cinta mereka akan bersatu buat selamanya.

Namun yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Siapa sangka tragedi yang berlaku telah memisahkan dia dan Uji.

Lalu dibawa diri berkelana ke tempat asing. Lama, tetapi hati Ziyad masih enggan menerima kenyataan. Di hatinya, Uji tetap akan hidup buat selama-lamanya. Dia akan membujang sampai ke tua, biar mereka jumpa di syurga saja! Itu sumpah dia.

Namun, sumpah pada diri sendiri mula goyah saat dia terpandangkan wanita itu.

Wanita yang mirip segala-galanya dengan arwah isteri tersayang.

“Encik, dah gila ke? Saya lapor pada majikan encik atas dakwaan serangan seksual!” – Uji

“Uji, ini abang… Uji dah lupakan abang, suami Uji?” – Ziyad

“Suami? Suami saya dah mati!”

Siapa wanita itu sebenarnya? Kenapa Ziyad begitu yakin itu adalah arwah isterinya yang sudah meninggal tujuh tahun yang lalu. Dan mengapakah wanita itu begitu berkeras mengatakan suaminya turut sama sudah meninggal dunia? Mampukah mereka lepaskan segala beban kasih asmara yang mengikat kedua-duanya?

Read More


CAHAYA UNTUK DIA

PENULIS: AK RAFFHAN

ISBN: 978-967-17234-7-0

~ minta pada-Nya, sebuah cahaya terangi gelapku

Dalam dunia ini hanya tiga orang lelaki Cahaya kagumi. Tan Sri Hamid, Ziyad dan lelaki yang kini jadi suaminya, Deen.

Deen, lelaki itu pilihan datuknya. Jujurnya pilihan dia juga. Tapi Deen, dalam terpaksa menikahi Cahaya ada rancangan telah disusun. Dia dan Cahaya hanya akan menikah selama setahun. Selepas itu mereka akan berpisah.

Di sebalik Deen yang sempurna, ada masa lalu yang cuba Deen sembunyikan. Masa lalu yang hanya Deen dan ‘dia’ yang tahu. Hatta kawan baiknya tiada seorang yang tahu rahsia itu. Deen yang mereka kenali adalah lelaki baik yang tak punya masa lalu yang buruk. Namun masa lalu yang cuba ditutup berjaya dibongkar Cahaya .

“I dah berubah. Dah lama. Lepas umi dan abi meninggal I dah tak buat benda tu semua. I dah bertaubat.” – Deen

“Sebab kau dah bertaubat kau rasa kau dah cukup baik? Kau rasa kau dah baik sangat untuk kau minta perempuan yang baik-baik dengan TUHAN? Kau rasa kau layak dapat perempuan yang lagi baik daripada aku?” – Cahaya

Enam bulan usaha Cahaya sia-sia. Deen tak akan pernah cintakan perempuan sepertinya. Kalau memang Deen tak sudi, untuk apa Cahaya tunggu lagi? Cahaya lebih rela dilepaskan daripada hidup dengan lelaki yang dibayangi masa silam.

“Tak perlu setahun, sekarang pun you boleh lepaskan I. I tak peduli dengan kontrak kita. I nak bersama dengan lelaki yang cintakan I.” – Cahaya.

“Tidak, Cahaya. Kontrak ini akan kekal setahun macam yang kita dah bincangkan. Atau you nak I minta bantuan datuk untuk jinakkan you?” – Deen

“Yaya ada perjanjian dengan datuk. Yaya dah lupa? Deen atau Munsyi. Pilih satu” – Tan Sri Hamid.

Datuk sialan! Suami tak guna! Masa depan Cahaya jadi galang gantinya. Cahaya tak ingin datuk atur hidupnya. Apatah lagi diatur dengan lelaki bernama Munsyi.

Dia tak ingin tunduk pada Deen mahupun datuk. Dia mahu buktikan dia sudah jadi Cahaya yang tak bisa digoyah orang.

“You cintakan I, Deen?”

Bibir Deen yang terus bisu jadi jawapan untuk soalan Cahaya. Sekuat apa pun dia berusaha dia tak akan bisa menembusi hati seorang lelaki yang bernama suami.

“Lepaskan I, Deen. Mari akhiri semua perhubungan palsu ini.”

Kata perpisahan diminta Cahaya. Namun tegakah Deen melepaskan? Dan benarkah selama ini Deen bercinta dengan kenangan. Rela melepaskan masa depan demi hidup dalam bayangan masa silam. Lalu bagaimanakah pengakhiran kontrak mereka? Bahagia sampai syurga atau berhenti hanya di dunia?

Read More

 

RM58.00

Out of stock

Categories: ,
  • Share post

Additional information

Weight 1 kg

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.