Weight | 0.5 kg |
---|
Nadiku
RM30.00
PENULIS: AFNAN
ISBN: 978-967-2479-08-6
~ Kaulah seluruh cinta bagiku
NADI dan BUDI. Pernikahan mereka tak seperti pasangan lain. Meskipun pernikahan mereka tak didasari rasa cinta, namun mereka tak pernah berasa terpaksa. Dijalani apa adanya kerana mereka yakin jika tak berjodoh tak mungkin mereka akan menikah. Bukankah definisi jodoh memang begitu?
Impian Nadi hanya ingin membahagiakan Budi suaminya. Lelaki yang diam-diam dicintai sejak sekian lama. Sementara impian Budi juga hampir sama jika tidak disebabkan kehadiran Nurul di tengah mereka.
“Aku cintakan kau, Nurul. Aku nak hidup dengan kau, bukan dengan Nadi. Nadi hanya seorang pengkhianat. Jika bukan sebab dia, kita pasti sudah bahagia.” – Budi
“Kau dah gila? Tak cinta tapi tapi kau sentuh dia. Kau ingat isteri kau boneka?” – Nurul
“Nadi isteri aku. Aku berhak…”- Budi
“Nadi pregnant, Budi. Dia bawa zuriat kau dalam rahim dia masa keluar dari rumah kau. Sampainya hati kau buat dia macam tu. Lelaki jenis apa kau ni?” – Nurul
Budi nanar. Tercari-cari keberadaan isteri yang hilang tak tinggal jejak. Penat mencari, dan hampir putus asa Nadi tiba-tiba berjaya dijejaki. Bermula detik seorang suami yang bersikap seperti lelaki gila talak, walhal Nadi tak pernah diceraikan. Namun sikap Nadi yang terus-terusan menghukumnya seperti talak itu sudah pernah dilafazkan.
“Sorry, Nadi dah tak cinta. Nadi nak cari papa baru untuk baby Nadi.”
“Nadi…”
“Tolong tidur kat luar, okey! Bilik Nadi sempit. Tak sesuai untuk anak orang kaya macam abang!”
Ah, Nadi seakan nekad benar mahu berpisah. Budi pula baru sedar dia sebenarnya cintakan Nadi. Semakin hari semakin cinta.
Berjayakah Budi memujuk Nadi kembali ke pangkuannya atau dia harus berputih mata melepaskan Nadi ke tangan lelaki lain yang lebih mencintai wanitanya itu? Saksikan kegigihan Budi memujuk, dan Nadi yang terus merajuk. Terlambatkah Budi menggapai semula cinta Nadi? Dan Nadi, masihkah ada ruang di hatinya buat Budi?
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.