Risik Pada Hati

RM30.00

 


PENULIS: HANNI RAMSUL

ISBN: 978-967-15900-9-6

~ Pabila akal tidak mampu mencari jawapan tanyalah pada hati seadanya

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

Kenapa uji cinta abang macam ni?”– Adam

“Ayfa tak uji cinta abang. Ayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita.”Hayfa

“Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?” – Aisya

Namun, benarkah pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau, hanya perpisahan yang akan menjadi penamat sebuah perhubungan?

Read More

Out of stock

Category: