Weight | 0.5 kg |
---|
Sekali Akad Kulafaz
RM28.00
PENULIS: JAZZMEEN
ISBN: 978-967-15285-9-4
~ Dirimu takkan ku lepas
Tiga tahun lalu, Azmira memang bahagia menjadi isteri seorang Ahmad Syukri Iman. Namun bahagia yang diharapkan tidak berpanjangan. Dan yang membuat angkara bukannya orang lain, melainkan encik suami sendiri. Kecewa dengan apa yang berlaku, Azmira tekad menjauh.
Kini, takdir mempertemukan mereka kembali. Azmira bukan lagi gadis polos seperti dahulu. Kehadiran Hafeez dalam hidupnya buat dia tekad mengubah status diri. Permintaan Azmira pada Syukri cuma satu. Bercerai. Tetapi kenapa payah sangat lelaki itu mahu melepaskannya? Kenapa perlu ada syarat yang dikenakan lelaki yang jelas tidak pernah mencintainya itu?
“Mira kena tinggal selama seratus hari di rumah ini. Bantu abang jaga Rifqi, lepas tu abang akan pertimbangkan permintaan Mira!”
“Kenapa pulak Mira kena tolong jaga Rifqi? Dia anak abang dengan Mona, bukan anak Mira!”
“Suka hati abanglah nak kenakan apa syarat sekali pun. Soalnya sekarang Mira tak ada pilihan. Kalau Mira tak nak pun tak apa. Abang tak rugi apa-apa pun. Cuma… Mira akan kekal sebagai isteri abang dan abang akan tuntut hak mutlak sebagai suami!”
Azmira nanar! Kalau tak diturut, dia akan terus memegang status isteri. Status yang banyak buat dia makan hati daripada bahagia. Namun, kalau diturut, dia bimbang! Bimbang kalau hatinya kembali rapuh bila terpaksa berhadapan dengan Syukri setiap hari.
“Susahnya nak yakinkan Cik Bomba abang ni yang abang memang betul-betul sayang dan cintakan dia aje. Apa abang kena buat supaya Mira percaya segala kata-kata abang?”
Apabila sering dilayan dengan lembut, disogok kata cinta setiap hari… hati mana yang tidak terusik. Namun kenangan lama buat Azmira terpaksa berhati-hati. Bukan mudah untuknya mempercayai kata-kata Syukri lebih-lebih lagi dengan kemunculan Tengku Nelly!
Bagi Syukri, sekali akad dilafazkan, yang itulah yang menjadi pemilik hatinya hingga akhir hayat. Namun, mampukah Syukri mempertahankan haknya sebagai suami dan meneruskan rumah tangga mereka jika hati cik isteri masih lagi diselubungi perasaan waswas?
Out of stock