Weight | 0.5 kg |
---|
Selagi Ada Cinta
RM32.00
PENULIS: AK RAFFHAN
ISBN: 978-967-2479-25-3
~ Hanya dirimu bertahta di hatiku
Tihani tidak pernah menyangka mencintai Khai akan membuatkan perjalanan hidupnya menjadi sesukar ini. Tidak tahu di mana silapnya sehinggakan rumah tangga yang baru dibina setahun jagung berkecai di tengah jalan.
Tidak ada kata penyesalan. Dia ikhlas mencintai Khai walaupun Khai sering meragui dirinya. Meskipun begitu memberikan Khai peluang kedua tidak sama sekali. Bukan kerana hati sudah tak cinta. Namun kerana dia tahu, dirinya tidak akan dapat menandingi kasih seorang ibu.
“Dia pilihan mak abang. Terima ajelah. Bahagiakan mak.” – Tihani
“Tapi abang hanya cintakan Hani!” – Khai
Kehadiran orang ketiga di antara mereka membuat Tihani semakin putus asa. Telah diputuskan Khai tidak perlu ada dalam kehidupannya dan Arrian. Dia mampu hidup tanpa lelaki itu.
Di saat dirinya mampu meyakinkan diri Khai bukanlah sesiapa, Khai hadir lagi. Kali ini dengan cara yang lebih extreme! Tihani bingung, menurut kata cinta atau kata akal yang memintanya mundur.
Namun, di hadapannya berdiri seorang Khai. Lelaki yang telah berjanji untuk sehidup semati dengannya. Siapakah yang patut Tihani dahulukan, Khai yang dicintai sepenuh hati atau sekeping hati yang telah hancur digilis luka?
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.