Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Takdir
RM32.00
PENULIS: SK AISYAH
ISBN: 978-967-2479-04-8
~ Setiap yang rapuh ada luka yang dalam
TAKDIR dalam hidup suatu yang tertulis sejak azali. Akur. Itulah yang Suwaibah tempuhi. Akur, pada jalur lakaran takdirnya.
Dituduh menjadi penyebab kematian bekas tunangnya, akur. Dituduh membela saka juga dia akur. Bagaimana dia mahu melawan takdir terlukis untuknya?
Perjalanan hidup terus berlalu. Rupanya daripada titik takdir yang bersilang duka itu ada bahagia yang menanti.
Kalau aku tak nak lepas? – Salim
Saya bukan lembu yang perlu ditarik-tarik. – Suwaibah
Kalau dapat kerja ni kau hutang dengan aku. – Salim
Oh, pertemuan itu mengikat dia dengan Salim. Lelaki yang tiba muncul menabur budi. Tiba-tiba hutang itu dilangsaikan! Dan lelaki itu menuntut dia menjadi isteri!
Salim lelaki yang hatinya dipenuhi dendam. Jika diletak hati dia dan Suwaibah; sangat kontras warnanya. Malah peribadi mereka jauh berbeza. Namun… mampukah kesabaran Suwaibah menjinakkan hati yang keras itu?
Apa yang Jordan dah bagi kat kau? Atau aku patut tanya apa yang dah kau bagi pada Jordan? – Salim
Bukankah dia sudah kata takdir dia bersilang duka? Harga bahagia dia terlalu mahal untuk dibayar.
TAKDIR bukan hanya tentang Salim dan Suwaibah. Bukan juga tentang cinta dan perkahwinan. Ia tentang kehidupan. Tentang hati yang membeku hasad. Tentang akal yang menentukan kesempurnaan.
Aku akan musnahkan keturunan kau Malin! – Jenab
Kerana hasad manusia… manusia lain menjadi mangsa. Apabila ada hasad mampukah Salim dan Suwaibah mengatur takdir baharu?
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.