Weight | 0.5 kg |
---|
Telah Aku Cinta
Original price was: RM28.00.RM23.00Current price is: RM23.00.
PENULIS: AFNAN
ISBN: 978-967-17234-0-1
~ Biar jasad telah melebur, cinta tetap tak akan terkubur.
Kerana cinta aku turutkan.
Kerana cinta kukorban segala.
Kerana cinta kuundang petaka.
Tasneem cintakan Adrian. Baginya, Adrian tak seburuk yang mereka kata. Ramai yang beri amaran, namun dia tak pernah mahu mendengar. Malahan bukti turut disogokkan, namun hatinya tetap mengingkari. Cinta butakan hati dan matanya.
“Buktikan cinta you pada I, Neem.” – Adrian
Terlanjur cinta membawa padah. Mengheret Tasneem korbankan segala-galanya; jiwa dan raga! Cinta Andrian hanya bertunjangkan nafsu, membuat Tasneem terdampar lesu. Hidupnya terus menjadi gelap! Namun dalam kegelapan yang melanda, muncul Bariq menghulurkan sedikit cahaya.
“Macam mana aku nak hidup Bariq ?” – Tasneem
“Bagi aku jaga kau, Neem. Aku janji aku akan tetap di samping kau.” – Bariq
Bariq buat hidup Tasneem kembali bercahaya. Kesungguhan Bariq menjaganya membuat hidup Tasneem kembali memberi erti. Tanpa dapat dihalang. Tasneem mula jatuh hati pada suaminya sendiri. Namun, baru sahaja bahagia mahu menjengah, Adrian muncul bersama sebuah penyesalan.
“Kembali pada I, Neem. I akan buat you bahagia semula.” – Adrian.
“Aku cintakan kau, Neem. Lebih daripada cinta kau pada Adrian. Tapi kau tak cintakan aku kan?” -Bariq
Janji Bariq janji yang suci. Ikhlas diucap lahir dari hati. Bukan Tasneem tak percaya. Dalam hati tak pernah ragu. Cuma saja dia masih keliru.
Antara Bariq dan Adrian yang kembali merayu, siapa sebenarnya bertakhta di hati?
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.