0

Andai Kiambang Tak Bertaut


PENULIS: LISHAEHA

ISBN: 978-967-12461-7-7

~ Ada sebuah duka bermukim di setiap detak jantung.

“Bangsat kau Shifa. Kenapa dengan laki aku? Kenapa?” Zira merentap cadar sekuat hati. Tiba-tiba rasa jijik melihat tempat tidur sendiri. Terbayang sesuatu yang terpaksa dikongsi bersama kawan baik sendiri.

Kepercayaan Zira diseleweng. Berkecai hatinya tatkala mengetahui perkara itu. Namun menyerang bukan caranya. Menyerah kalah juga bukan kebiasaan Zira.

“Kita ni tengah berbincang perkara yang serius. Tapi aku tengok kau macam tak ada perasaan aje. Kau sedar tak laki kau tu dah ada perempuan lain. Dia dah ada aku!” – SHIFA

“Kau nak aku buat apa lagi? Kau dah mengaku yang kau dah jadi isteri Iqbal. Dahlah. Ada apa-apa permintaan lain? Ke, kau nak aku panggil pasukan kompang untuk raikan perkahwinan korang berdua?” – ZIRA

SHIFA tetap tak mahu mengalah. Walaupun dia sudah dapat apa yang dia mahu namun SHIFA masih belum puas. Dia mahu melihat ZIRA berputus-asa. SHIFA mahu IQBAL tahu yang lelaki itu telah membuat keputusan yang salah ketika ingin memperisterikan ZIRA dulu. Dirinya adalah yang terbaik untuk Iqbal.

“Itulah perbezaan dia dengan kau. Aku tak pernah dengar dia mengata pasal kau. Dia anggap kau lebih dari kawan baik. Memang dasar tak sedar diri.” IQBAL

ANDAI KIAMBANG TAK BERTAUT, nasib diri pasti tidak seuntung sabut. Kebahagiaan yang dicari masih terawang-awangan. Kerana hati diracuni kasih yang masih tidak kesampaian. Maka siapa yang akan kalah dan siapa pula yang mahu beralah? Atau mungkin IQBAL yang terpaksa undur diri. Kerana telah menghancurkan hati dua wanita yang mengharapkan kasih sejati.

Read More

RM28.00

Categories: ,
  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg