0

Edelweiss


PENULIS: AMANY

ISBN: 978-967-15900-2-7

~ Cinta abadi Cinta kau dan aku

Ijah dan Thaqif; pertemuan pertama sebagai mentor dan mentee berakhir di jenjang pelamin. Ijah menerimanya dengan reda kerana dalam hati memang wujud perasaan ‘itu’ buat Thaqif.

“Macam yang kau orang tahu, aku memang sukakan Thaqif. Masa tu aku rasa, inilah peluang untuk aku rebut kembali cinta Thaqif.” Ijah

Namun, sebaliknya bagi Thaqif, rasa ‘itu’ tak pernah wujud pun untuk gadis bernama Ijah itu. Lantas, dia pergi meninggalkan Ijah bersama amarah yang menguasai diri..

“This is a business-marriage, like I told you before. You can do whatever you want, but don’t ever involve me in it.” Thaqif

Tiga tahun berlalu, Thaqif kembali ke Malaysia dan sekali gus merobek kembali luka di hati Ijah! Tiga tahun Ijah merawat luka di hatinya. Tiga tahun dia cuba menerima hakikat bahawa hanya dia seorang yang mahukan perkahwinan ini. Tiga tahun yang terasa amat panjang. Dan selama tiga tahun itu, dia ibarat berjalan di atas kaca retak yang dia tak tahu bila akan pecah dan melukakan kakinya.

Hidup bersama membuka ruang kepada Thaqif untuk lebih mengenali Ijah. Semakin dia mengenali Ijah, semakin hatinya terpaut. Sayangnya bila Thaqif mula menyedari perasaannya itu, rasa cinta Ijah kepadanya sudah mati.

“I know one thing that could melt her heart and solve your problem.”
“Apa dia?”
Edelweiss.”
“And why that flower?”
Edelweiss’s meaning is courage. It also symbolizes important memories and sacrificing everything for love.”

Read More

RM28.00

Categories: , ,
  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg