0

Kuukir Hanya Namamu


PENULIS: AK RAFFHAN

ISBN: 978-967-15900-7-2

~ Ukir nama dalam hati, akan kusimpan sampai ke mati

NUR KHADEEJA. Gadis itu polos dan istimewa dengan caranya tersendiri. Masa lalunya kelam, jarang-jarang berwarna pelangi. Selama hidup asyik disisih. Lahirnya dia tak pernah dianggap. Ramai yang pandang jijik. Keluarga sendiri juga membenci. Namun dia tak pernah menyerah. Salahkan takdir jauh sekali.

MUHAMMAD GHAZI. Nampak sempurna walhal dia banyak kurangnya. Diam-diam jadi buaya tanpa taring. Prinsip hidupnya mudah; hidup hanya sekali jadi selagi hidup, dia akan terus enjoy! Dosa dan taubat? Nanti-nanti dululah. Muda-muda kumpul dosa, tua-tua nanti baru kumpul pahala!

Atas nama takdir, kedua-duanya bertemu dan terpaksa bersatu kerana sebuah tragedi. Ikatan terbina tanpa kerelaan.

Seorang Deeja tak pernah terlintas hendak menjadi isteri, apatah lagi isteri kepada seorang lelaki sempurna seperti Mad.

Seorang Mad pula tak pernah sekalipun terfikir untuk menikah, apalagi menikahi seorang gadis seperti Deeja.

Khadeeja pasrah, Mad marah.

Khadeeja diam, Mad merenyam.

“Pernah tak saya bagi tahu awak? Selain mama dan Qaseh, awak satu-satunya perempuan yang paling saya sayang?” -Mad.

“Awak bohong! Ini ke maksud sayang awak? Dengan lepaskan saya pergi dari hidup awak?” -Deeja.

Dua mereka sangat berbeza. Namun ia bukan halangan untuk wujudnya satu perasaan yang dinamakan cinta.  Tapi entah kenapa, saat cinta itu mula berputik, ujian demi ujian mula menduga mereka.

Adakah manis dalam kehidupan mereka pada akhirnya?  Adakah jalan untuk mereka bersatu selamanya? Atau semuanya akan berakhir dengan kehancuran yang tak mampu dipulihkan?

Read More

RM32.00

  • Share post

Description

Additional information

Weight 0.5 kg