0

Surat Untuk Abang


PENULIS: AK RAFFHAN

ISBN: 978-967-15900-0-3

~ Ku jejak cahaya di sebalik kegelapan, mengejar syurga untuk bersamanya.

MARYAM hanya seorang gadis biasa. Yang berkeinginan untuk jatuh cinta dan saat cinta itu hadir, di luar waras pemikirannya, dia terjerat dengan nafsu. Rasa menyesal menyelubungi diri namun segalanya sudah tidak berguna bila dia ditinggalkan. Namun, itu bukan penamat hidupnya. Dia kembali bangkit untuk menggapai hidup.

Cumanya… untuk bangkit itu mudah. Untuk kekal bertahan itu yang payah.

“Aku bukan perempuan baik-baik. Siapa aje yang ikhlas nak terima perempuan kotor macam aku ni?” – Maryam.

“Percaya cakap aku, satu hari nanti mesti kau akan jumpa lelaki baik. Yang boleh terima kau, Akeef dan masa silam kau seadanya. Percayalah cakap aku. ALLAH tu Maha Adil.” – Linda.

Maryam bukan tidak mahu percaya tapi banyak insan yang dia jumpa yang bermuka plastik. Pura-pura menerima padahal ada udang di sebalik batu.

Maryam sangka hidupnya akan bahagia selamanya bersama Akeef. Tapi, tidak ada siapa yang menyangka mentari yang diharapkan sampai ke petang, ribut dan bah berkunjung di tengah hari. Dia tersepit antara masa lalu dan masa depan yang membelenggu jiwa wanitanya. Antara keinginan dan ketakutan, dia terpaksa memilih antara dua. Kedua-duanya bakal menghukum diri. Lantas apa yang harus dia lakukan?

Dan bagi seorang Akeef. Dia hanya mahukan susuk seorang AYAH. Seperti orang lain, dia juga teringin menyebut sebaris perkataan itu. Leman bukan ayahnya walau bibirnya menyebut ayah. Dia mahu seorang lelaki yang layak dipanggil ayah dan dalam masa yang sama, layak menjadi suami bagi ibu tercinta. Lalu hadir Hadi dan Ebrahim.

Siapa antara mereka, yang jadi pilihan Akeef?

TUHAN ….

Boleh tak abang mintak sesuatu untuk ibu?

Abang nak mintak TUHAN berikan ibu suami yang paling soleh. Suami yang takkan sakitkan hati ibu. Suami yang akan bawa ibu masuk syurga. Boleh tak? – Akeef

Read More

RM28.00

  • Share post

Additional information

Weight 0.5 kg