Rapuh – Bab 3

RIFTAH tolak pintu bilik dengan berhati-hati. Bibirnya mengukir senyum nipis melihat Naili yang bergulung dalam selimut. 

Morning, sayang.” Tegur Riftah seraya melabuhkan kucupan di pipi Naili.

Naili kerut kening. Dia hanya membiarkan kucupan Riftah. Tangannya meraup wajah. Seketika kemudian, barulah dia dapat cerna. Semalam semasa mencari Riftah, Akram datang menegur dan dia terjatuh semasa menuruni tangga. Tangan dia meraba kaki dalam selimut. Sakitnya sudah kurang cuma terasa sengal-sengal. Mujur Akram ada, dia menguruskan pendaftaran di bilik hotel ini. Tapi, macam mana Riftah boleh masuk?

“Hei, termenung?” tegur Riftah yang baru keluar dari bilik air.

Makin pelik Naili dengan wajah ceria Riftah. “You ke mana semalam? I cari you merata-rata tak jumpa. Dan yang paling penting, macam mana you boleh masuk bilik ni?” soal Naili. 

Riftah senyum. Dia duduk di atas katil. “You tu yang ke mana? I cari you, kemudian terjumpa dengan Akram. Dia yang bagi tahu I pasal you. Sakit lagi tak kaki you?” tanya Riftah lembut. Gebar yang menutupi tubuh Naili ditolak pada hujung kaki. Diurut lembut sekitar pergelangan kaki Naili.

“Tak sesakit semalam,” jawab Naili ringkas. Sedangkan dalam hati begitu banyak soalan yang hendak dia tanyakan. Biarlah dulu, mungkin di rumah nanti dia boleh bertanya lagi. 

“Maaf sayang. I tak jaga you dengan baik semalam.” Kata Riftah lunak. Matanya redup merenung wajah Naili. Jarinya mengusap pipi wanita itu kemudian dia mengecup dahi Naili.

Sejuk hati yang sakit dek layanan Riftah. Terbang terus rasa syak wasangka yang membelit hati. Apa yang dia rasakan ini hanyalah perasaan normal sebagai perempuan apatah lagi sebagai isteri, bukan?

“You nak stay kat hotel ni sampai esok atau kita nak balik?”

“Kenapa?”

Riftah dekatkan tubuh dia dengan Naili. “Manalah tahu you nak honeymoon.” Bisik Riftah seraya mencium bibir Naili.

Dada Riftah ditolak perlahan. “I belum mandi, Rif. Muka pun belum basuh lagi.” Dia larikan wajahnya dari bibir Riftah. Tak selesa apabila dia dalam keadaan begini Riftah ajak bermesra. 

“Bau you sentiasa wangi pada I.” Riftah merenung redup Naili yang berbaring di sisinya. Jemarinya membelai pipi dan mengusap lembut bibir wanita itu. 

“Rif…”

Hurm.” 

“I…”

Bicara Naili putus. Tindakan Riftah mencium bibirnya mematikan segala bicara yang sudah diatur. Tangannya melingkari leher Riftah. Sedang kedua-duanya asyik menikmati waktu bersama, alarm di telefon Riftah berbunyi. 

Tautan bibir mereka, Riftah lepaskan. Dia capai telefon dan menutup alarm. 

“You set alarm? Pukul berapa sekarang ni?” Aduh! Baru sekarang Naili teringat untuk bertanya. 

“Pukul sepuluh pagi.”

What?” Naili tekup muka dengan bantal. Sudah sepuluh pagi! Nasib baik hari ini, hari Ahad. Tidaklah dia kalut hendak ke pejabat. Bekerja sebagai akauntan dan freelance auditor kadangkala membuat dia tak cukup masa untuk diri sendiri. Hari minggu pula, waktu yang ada digunakan untuk bersama Riftah. Itu pun jika lelaki itu lekat di rumah.

“Sayang.”

Hurm.” 

“I nak turun bawah kejap. Nak cari baju you. Sarapan Bad dah aturkan.”

Naili mengalihkan bantal. “I boleh saja pakai baju semalam,” ujar Naili. Sangkanya, Riftah akan menemani dia di bilik. Lelaki tu juga yang bertanya tadi. “I ingat you nak…”

“Takkan you nak pakai baju semalam, Naili. Apa kata kawan-kawan yang lain. Itulah, I suruh bawa baju spare… you tak nak.” Bebel Riftah.

Naili tarik nafas perlahan. “Baju I ada saja dalam kereta.” Semalam mereka datang dengan kereta Naili. Memang dia selalu simpan baju spare dalam kereta. 

“Dalam kompartmen kereta ada beg kecil, you bawa naik beg tu saja. Tak perlu belikan I baju lain.” Tambahnya lagi. “Dan…” dia bangun memeluk pinggang Riftah. “Nanti-nanti pun boleh, kan?” bisiknya menggoda.

Bibir Riftah meleret senyum. Dia pusing tubuh menghadap Naili. Tangan disangkut pada dua bahu wanita itu. “You want me?” soalnya. Terasa bangga apabila dirinya dituntut begini. Kalau Syahmi tahu, mahu muncung lelaki tu. Bila lagi mahu berbangga dengan apa yang ada.

Dia cebikan bibir. Soalan Riftah membuat mood dia hilang. Perasaan mahu bermanja lenyap begitu saja. “Taklah. You nak turun bawah kan? Bawakan I sarapan.”

“Bad dah uruskan sarapan kat bawah.”

“I malas lagi nak turun.”

Hurm, okey. Nanti I suruh dia orang hantarkan sekali dengan baju you.” janji Riftah. “I turun dulu,” ujar lelaki itu.

Belum sempat Naili menjawab Riftah dah keluar dari bilik. Entah apa yang dikejarkan sangat oleh Riftah. Lelaki itu seperti… ah! Mulalah hati dia curiga lagi. Takkanlah Riftah nak buat perangai waktu macam ni. Di hadapan teman yang lain.

Dia malas mahu memikirkan hal itu. Naili merangkak naik ke atas katil. Selimut ditarik menutup tubuh. Dia mahu tidur seketika agar hatinya ditemani rasa tenang bukan curiga.

 

BUNYI loceng yang bertalu-talu membuatkan bibir Gee merekah dengan senyuman. Dia melonggarkan ikatan jubah mandi bagi menampakkan bahagian atas dadanya. Sambil melintasi ruang tengah bilik, matanya mengerling pada jam dinding. Tepat pada waktu, lelaki itu datang.

Pintu bilik dibuka, maka terpacul wajah Riftah dengan senyum manis. “You tepati waktu.” Lunak suara Gee.

Kaki Riftah melangkah masuk. Gee mengundur ke belakang pintu. Pintu bilik ditutup oleh Riftah. Matanya masih memandang susuk tubuh Gee yang hanya berjubah mandi. “Tawaran you sangat menarik Gee. Lambat rugi I nanti.”

Gee tertawa manja. Dia berdiri di hujung katil menanti lelaki itu dekat dengannya. “Macam mana kalau Naili tahu?”

“You nak dia tahu?” soal Riftah sambil memaut pinggang Gee. Ikatan jubah mandi terbuka hanya dengan sekali tarikan sahaja. Bibirnya tersenyum senget. 

“I…”

Tanpa membiarkan Gee bersuara, Riftah memulakan langkah. Untuk apa membazirkan waktu dengan berbicara kosong. Apakah bezanya jika Naili tahu atau tidak? Dia sudah katakan yang dia tak akan bertanggungjawab. Mereka sama-sama dewasa, sudah faham apa yang terjadi semalam dan hari ini adalah sekadar melepaskan tuntutan nafsu masing-masing.

Kau ada Naili, Riftah! Dia ladang untuk kau tuai, bukan perempuan lain. Bicara hati tenggelam dalam keasyikan suara Gee menyeru namanya. 

RIFTAH menoleh pada Gee yang terbaring keletihan. Dia capai telefon. Berkali-kali panggilan daripada Naili dan Syahmi tidak diangkatnya. Dia memutuskan untuk menelefon Syahmi terlebih dahulu.

Woi! Kau gila ke? Naili cari kau dari tadi lagi.” Marah Syahmi. Bukan dia tak tahu ke mana hilangnya Riftah. Bukankah dia sudah katakan segala rahsia Riftah ada dalam kocek dia.

Riftah tepuk dahi. Dia terlupa janji dia dengan Naili. Jam tangan atas meja dicapai, dua belas tengah hari! Melompat dia bangun dari katil.

“Aku lupa fasal sarapan dan baju dia.”

“Kau memang gila, Rif! Kau tahu tak kawan-kawan yang lain masih ada kat sini?”

So what?” Tak suka Riftah dengan teguran Syahmi. Apa masalahnya kalau kawan-kawan mereka masih ada? Perlukah dia berlagak sebagai manusia budiman di hadapan mereka? Helo, dulu dia dipuja kerana dirinya digilai ramai perempuan. Malah dirinya dijadikan contoh kerana playboy teragung waktu itu. Perempuan sanggup datang menyerah diri untuk menjadi kekasihnya walau sekadar sementara semata-mata.

“Malas aku nak cakap dengan kau. Aku cuma nak bagi tahu yang Naili dah check-out. Dia balik dengan Akram.”

What?” Melengking suara Riftah.

Gee membuka mata dan memandang pelik pada Riftah.

“Siapa benarkan dia balik dengan…?”

“Kau yang tinggalkan dia.” Pintas Syahmi. “Dah la, aku pun nak check-out. Kau pun dah la. Macam tak pernah dapat perempuan,” sindir Syahmi.

“Kau dengki? Kau tak tahu layanan dia macam mana.” Bangga nada Riftah. Dia pusing tubuh ke katil. Gee sedang memandang dengan lirikan menggoda. “Aku letak dulu.” Dia merangkak naik ke atas katil.

Apa yang baik dan apa yang buruk? Apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan, tidak pernah menjadi isu dalam hidup manusia melainkan bagi mereka yang memilih kehidupan beragama. Ya, semua orang Melayu itu beragama Islam. Namun, tidak semua mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan.


BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4  • BAB 5


BELI NOVEL RAPUH (PENULIS: SK AISYAH)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *