Sayang, Mengapa Tak Merindu… – Bab 5

PULANG dari berjoging di taman rekreasi berhampiran rumah, Tengku Kamarul lihat Ajif bermain sendirian. Hari minggu begini dia memang suka berjoging kalau tidak ke gim.

“Selamat pagi Ajif.” Mesra Tengku Kamarul menyapa.

“Selamat pagi uncle.”

“Tak pergi ke mana-mana ke hari ni?”

“Nak balik rumah atuk.”

Tengku Kamarul melihat pintu rumah Raihana yang terbuka luas.

“Setiap hari Ahad kena balik rumah atuk ke?”

“Bukan hari Ahad je, setiap hari pun kena pergi rumah atuk. Tadika Ajif belakang rumah atuk. Lepas balik tadika, atuk akan ambil Ajif. Petang baru mama ambik Ajif kat rumah atuk.”

Begitu rupanya jadual harian Ajif.

“Jadi, hari Ahad memang saja-saja pergi la?”

“Taklah. Mama tak pandai masak. Jadi, selalu mama makan rumah atuk. Nenek masak sedap-sedap.”

Habislah kalau mama awak tahu awak pecah rahsia. Mahu mama awak terpekik lagi. Silap haribulan kena rotan.

“Ajif tak nak pergi, tapi mama ajak juga pergi.” Ajif pamer wajah muram.

“Ajif kan budak baik. Kenalah ikut cakap mama.”

“Bosanlah. Ajif suka tinggal rumah Ajif aje.”

“Hurm, cakaplah baik-baik dengan mama.”

“Masalahnya mama tu tak faham.”

Rasanya bukan mama awak tak faham. Mama awak malas nak masak kut.

“Asyik balik rumah atuk aje.”

Budak sebaya awak sepatutnya tak ada sebarang masalah. Ini tengok awak seperti berat benar masalahnya.

“Tak apalah. Ajif masih untung sebab ada atuk. Macam uncleatuk dengan nenek dah tak ada. Kesian kan.” Tengku Kamarul berusaha memujuk. Jiwa kanak-kanak masih terlalu halus dan perlukan kata-kata yang memberansangkan. Dia cakap guna teori saja. Bukan amali. Mana pernah bergaul dengan kanak-kanak pun. Tapi dengan seorang ini seperti ada pengikat yang terus buat Tengku kamarul melekat.

Uncletak ada atuk dengan nenek?”

“Ya, sebab itulah Ajif kena selalu balik tengok atuk dengan nenek sebab mereka dah tua. Kena sayang atuk dengan nenek selalu. Tak boleh bosan-bosan tau.”

Ajif angguk.

Tengku Kamarul hela nafas lega. Sekurang-kurangnya dia berjaya memujuk sekeping hati yang sedang berduka. Mudahnya kanak-kanak terpujuk tapi kenapa hati seorang dewasa begitu keras? Langsung tidak terpujuk walau sudah bertahun lamanya.

“Kalau Ajif dengar cakap uncle, unclenak jadi kawan Ajif?”

“Mestilah nak. Siapa kata tak nak.”

Unclejanji?”

“Ya, unclejanji.”

Ajif kembali girang.

“Ajif masuk dulu. Ajif nak pergi rumah atuk.”

Hurm, dan-dan nak pergi rumah atuk.

“Okey.”

“Nanti kita borak lagi boleh?”

“Boleh aje. Bila-bila masa pun boleh.”

Ajif masuk ke dalam rumah dengan gembira.

“Mama, jom kita pergi rumah atuk.” Ajif kegembiraan.

“Ini dah kenapa? Kalau tidak hari minggu bukan main susah nak pergi rumah atuk. Ada yang jampi ke?” Raihana sendiri pelik. Kalau tidak bukan main lagi Ajif menolak.

Unclecakap kalau Ajif dengar cakap uncle, unclenak kawan dengan Ajif. Jadi, Ajif kena dengar cakap uncle.”

Raihana kehairanan.

“Sekejap. Jiran sebelah tu baru aje kenal Ajif, Ajif senang-senang dengar cakap dia. Cakap mama pulak susah sangat Ajif nak dengar. Orang tu cakap apa dengan Ajif?”

Raihana cekak pinggang. Geram juga dia mendengar kata-kata Ajif.

Unclecakapuncletak ada atuk nenek. Jadi Ajif kena sayang atuk dengan nenek.”

“Hah, tahu pun. Takkan itu pun mama nak cakap. Sendiri mau ingatlah.”

“Ajif bagitau uncle, mama suka pergi rumah atuk sebab mama malas masak. Mama suka makan kat rumah atuk.”

“Bertuah punya anak! Semua nak cerita kat orang.” Bertambah geram Raihana.

“Betul la kan? Mama suka balik rumah atuk sebab mama suka makan kat rumah atuk. Mama mana pandai masak.”

“Mana ada…”

“Kalau mama rajin masak, mesti mama tak makan kat rumah atuk selalu.”

Tak tahu Raihana hendak membalas kata-kata Ajif kerana apa yang Ajif cakap tu memang betul. Raihana cukup malas hendak memasak sebab dia memang tak rajin pun nak masak. Tak berapa tahu sama. Setiap kali pulang dari kerja, dia akan makan terlebih dahulu di rumah keluarganya. Kenyang perut, baru dia balik. Boleh dikira dalam sebulan berapa kali dia masak.

“Mama malas masak sebab Ajif selalu cakap mama masak tak sedap.”

“Memang tak sedap pun!”

“Amboi!”

Ajif ketawa. Suka dia usik mama dia.


PROLOG  BAB 1  BAB 2  BAB 3  BAB 4  BAB 5


BELI NOVEL SAYANG, MENGAPA TAK MERINDU… (PENULIS: NUEEN)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *