~ Biar hati telah meremuk, menyerah bukanlah aku ~
TASNEEM keluar juga hari ini. Dia rimas memerap di dalam kondominium milik Adrian. Tanpa pengetahuan Adrian dia pergi ke sebuah pusat beli belah terkemuka. Bukannya dia ingin membeli belah. Niatnya hanya ingin mencari buah naga. Tiba-tiba saja dia terlalu inginkan buah naga. Kecur air liurnya dengan hanya membayangkan bentuk buah naga.
“Tasneem?”
Ah, siapa pula yang mengganggu kesenangan Tasneem? Dia perlu segera membeli buah naga lalu pulang ke rumah. Bimbang sekiranya Adrian mendapat tahu dia keluar tanpa kebenaran.
Dia faham niat baik Adrian. Bukan Adrian berniat mengongkong pergerakannya. Alahannya semakin teruk. Adrian cuma bimbang sekiranya kejadian pengsan secara tiba-tiba akan berlaku lagi. Buatnya dia pengsan di tengah pusat beli belah ini, tak ke haru?
“Kita kena berjaga-jaga. I tak nak jadi apa-apa pada you, Neem.”
Tubuhnya dipeluk erat tubuh kekar Adrian.
“I tahu.” Tasneem mengelus lengan Adrian di perutnya.
Dia terasa disayangi. Adrian belum buka mulut tentang benih dalam rahimnya, namun layanan Adrian terhadapnya semakin lembut. Meskipun Adrian tidak menghentikan perhubungan badan antara mereka, namun setiap kali mereka bersama, Adrian pasti akan melayannya dengan lebih lembut dan hati-hati. Adrian juga sanggup melayan kerenahnya. Setiap hari dia ditanya tentang perkembangan seleranya yang belum pulih seperti biasa.
“You ada nak makan apa-apa tak?”
“I belum ada selera. Mual ni sentiasa ada. Tapi kalau you nak juga belikan I something, boleh tak belikan I asam atau jeruk? Maybe mual I akan berkurang kalau makan jeruk.”
Setahu Tasneem banyak wanita hamil yang makan asam dan jeruk ketika mengandung. Mungkin makanan masam boleh mengurangkan mual. Dia tak pernah cuba kerana dia tidak begitu suka dengan makanan masam. Tetapi apa salahnya jika mencuba?
“Boleh. Nanti I beli. Tapi you tak boleh makan asam banyak sangat. Asid banyak. Tak elok untuk kesihatan.”
Tasneem angguk saja. Bukan dia mengidam. Itu hanya salah satu usaha untuk mengurangkan mual.
“Adrian.”
“Yes, baby.”
Bibir Adrian melekap di tengkuk Tasneem. Agak lama dia membenamkan bibirnya di situ sehingga Tasneem mengaduh perlahan.
Adrian tersengih ketika melihat ulah bibirnya di tengkuk Tasneem. Dikecup tempat itu semula. Tasneem tidak mengaduh lagi. Hanya memejamkan mata menikmati sentuhan Adrian.
“I rasa macam nak makan dragon fruit. Tolong belikan boleh?”
Tiba-tiba Tasneem teringatkan buah cantik yang mempunyai beberapa warna itu. Dia meneguk liur. Dah sampai masa dia mengidam ke? Sungguh-sungguh dia mahukan buah naga.
“Tunggu I beli lepas I balik kerja nanti ya, baby.”
Tasneem cemberut.
“Tapi I nak…” rengek Tasneem manja.
Adrian melirik jam di dinding. Masih awal. Tasneem mengejutkannya pada pukul 5:00 pagi kerana wanitanya ini mengadu tidak boleh tidur. Diminta Adrian mengusap perutnya yang berasa panas. Setelah puas dan mulai berasa selesa, Tasneem mengajak Adrian melihat pemandangan pagi melalui balkoni kondominium.
“Awal lagi baby. Speedmart tak ada jual buah naga. Supermarket tak buka lagi. Tunggu petang nanti ya?” pujuk Adrian seraya mencium ubun-ubun Tasneem.
Tasneem tetap cemberut. Tak terpujuk hatinya dengan belaian Adrian. Dia mahukan buah naga!
“Baby…”
Tubuh Tasneem dibawa menghadap ke arahnya. Wajah Tasneem diangkat. Dicubit perlahan bibir Tasneem yang memuncung.
“Nak dragon fruit juga?”
Tasneem angguk bersungguh-sungguh.
“Dragon fruit tak ada. I bagi you makan buah lain dulu boleh?”
“Ada buah ke kat kondo ni? Bila you beli?” Tasneem menyoal teruja. Bolehlah kut daripada tak ada.
“Adalah.” Adrian mengerling Tasneem manja.
“Hah, okey. Jom!”
Tangan Adrian ditarik masuk ke dalam bilik. Selepas itu dia akan ajak Adrian ke dapur. Dia mahu Adrian tunjukkan buah yang dimaksudkan. Tak sabar dia nak tengok. Boleh dia minta Adrian kupaskan buah itu.
“Nak pergi mana ni, baby?”
“Pergi dapurlah.”
“Buat apa pergi dapur.”
“You kata tadi ada buah. You tipu I ke?”
Adrian tersenyum-senyum. Tasneem mahu tarik muka semula.
“Ada. Tapi bukan kat dapur.”
“Kalau bukan kat dapur, kat mana pula? Janganlah main-main!”
Kakinya dihentak. Kalau Adrian tipu dia pasti akan merajuk. Orang tengah teringin sangat-sangat dia main-main pula. Sampai hati mempermainkan perempuan mengandung sepertinya.
“Ada kat sinilah, baby.”
“Kat sini tu kat mana?” Mata Tasneem melingas.
“Kat sini!”
Tasneem terjerit kecil sewaktu tubuhnya terangkat dikendong Adrian. Adrian tergelak sambil membaringkan Tasneem di atas katil.
“Jahat!”
Dada Adrian dipukul.
“Jahat pun I sayang you tahu.” Ucap Adrian sebelum tunduk menyentuh Tasneem.
“Sabarlah, sayang. Hari masih awal.”
“Tasneem?”
Tasneem tersedar apabila lengannya disentuh Bariq. Boleh pula dia melamun di tengah-tengah pasar raya? Malunya… Pipinya membahang.
“Tasneem.”
Tangan yang menyentuh lengannya ditepis.
“Hai, Bariq.” Tasneem cuba tersenyum.
“Kau okey ke?” Dua minggu cuba menghubungi Tasneem, di sini dia mendapat rezeki terpijak. Tasneem dapat dilihat dengan matanya sendiri.
“Muka kau pucat, Neem.” Belum sempat Tasneem menjawab, Bariq sudah memberikan komen itu.
“Kau tak sihat ke? Sebab tu kau tak aktif di media sosial?”
Tasneem tertawa halus. “Kau stalk aku ke? Mana kau tahu aku tak aktif dekat socmed?”
“Kita saling follow kan? Takkan aku tak perasan bila kau tak aktif.” Bariq cuba membuat penafian. Malu dia nak mengaku dia selalu melihat perkembangan Tasneem di media sosial. Tak pernah terlepas kemaskini perkembangan Tasneem walau sekali. Bila dua minggu Tasneem tak melakukan sebarang kemaskini dia resah gelisah. Risau sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada Tasneem. Nak bertanya terus kepada Tasneem dia bimbang dikatakan terlalu suka mencerobohi hal peribadi Tasneem. Meskipun dia boleh menghubungi Tasneem dan bertanya khabar seperti seorang sahabat, namun memikirkan amaran Adrian
supaya jangan terlalu rapat dengan Tasneem membuatkan dia menahan diri daripada melakukan hal itu.
“Aku tak sihat sikit.”
“Demam?”
“Hurm.”
Tasneem mengiyakan.
“Kau tak kerja ke?”
Bariq dalam pakaian kerja, kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar slack berwarna hitam. Bariq tidak akan memakai slack jika bukan hari bekerja. Tahu sangat Tasneem kebiasaan Bariq yang lebih selesa dengan jeans.
“Aku jumpa klien tadi. Baru settle. Sekarang tengah rehat. Alang-alang dah ada kat sini aku ingat nak beli barang sikit.”
“Oh.” Tasneem angguk. Bariq mengekorinya yang menolak troli ke bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran.
“Kau tak kerja ke, Neem?”
“Aku MC.”
Tak perlu diceritakan kepada Bariq yang dia sudah berhenti kerja. Alahannya yang sangat teruk tidak memungkinkan dia bekerja buat sementara waktu. Adrian yang memberi cadangan itu. Adrian juga mengatakan dia akan mencarikan Tasneem kerja baru setelah
Tasneem mampu bekerja semula nanti. Tasneem percaya Adrian mampu mencarikannya kerja seperti yang dijanjikan lelaki itu.
“Kenapa tak rehat je kat rumah?”
“Aku nak beli buah. Teringin nak makan buah naga.”
Beberapa biji buah naga yang siap dibungkus dimasukkan ke dalam troli. Selain itu Tasneem turut mengambil dua bungkus strawberi.
“Kau bukan tak suka makan masam ke?” Bariq menyoal sewaktu Tasneem mengambil buah kedondong.
“Selera manusia kan boleh berubah. Semalam tak suka. Hari ni belum tentu.”
Bariq terdiam. Diam-diam dia memerhatikan Tasneem yang ralit melihat buah-buahan yang dijual di situ. Diperhatikan segala yang ada pada Tasneem.
Dia tak suka melihat Tasneem yang baru. Dia benci melihat pakaian Tasneem. Tangannya terkepal sebaik dia perasankan leher Tasneem yang kemerahan.
Hatinya sakit. Dia tak kisah Tasneem menolak cintanya dan memilih Adrian. Dia tahu cinta tak boleh dipaksa. Namun hancur sungguh hatinya melihat kenyataan yang terpampang di hadapan mata.
“Kenapa, Neem?” bisiknya halus.
“Kau cakap apa tadi?”
Tasneem menoleh kepadanya. Bariq menggeleng.
“Neem.”
Bahu Tasneem disentuh. Dia tak jadi membeli barang. Dia mahu pulang ke pejabat. Lebih lama dia bersama Tasneem lebih banyak hatinya akan terluka.
“Kau kata nak beli barang?”
Pelik pula Tasneem melihat bakul Bariq yang masih kosong.
Bariq tidak menjawab. Direnung wajah Tasneem lama membuatkan wanita itu serba-salah.
“Kau tahu kan, Neem?”
Tasneem tersenyum kekok. “Tahu apa pulak ni? Kau belum cakap lagi. Mana aku tahu kau nak cakap apa.”
Wajah Bariq tetap serius.
Jemari Tasneem dicapai. Dia tak sebaik Rizal. Berpegangan tangan masih dihalalkan olehnya. Hukum yang dibuat sendiri walaupun tahu berdosa. Jemari Tasneem diramas.
“Eh, kenapa kau ni?” Tasneem menarik jemarinya yang diramas Bariq.
Bariq mengeluh. Dibawa jemari Tasneem ke dadanya. Entah kenapa dia melakukan seperti itu dia pun tak tahu. Dia tak peduli pada pandangan orang yang melihat mereka ketika ini.
“Kau sentiasa ada kat sini. Kau tahu kau sentiasa boleh harapkan aku. Bila-bila masa,” ucapnya perlahan.
“Apa maksud kau?”
“Maksud aku macam tu lah. Kau boleh datang pada aku bila-bila je.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Aku pergi dulu.”
Jemari Tasneem dilepaskan. Dia sedang menahan diri daripada mengecup dahi Tasneem. Jika dia tidak segera beredar dia bimbang bukan hanya jemari Tasneem yang disentuh, malahan lebih lagi yang akan dilakukan.
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5
BELI NOVEL TELAH AKU CINTA (PENULIS: AFNAN)