~ Bukti dan cinta, cinta dan nafsu, mana yang dulu? ~
AIR LIUR diteguk. Panas dingin tubuhnya. Belakang tubuh yang sedang bergerak lincah dipandang penuh bernafsu. Rakus kornea matanya menjamah setiap inci tubuh Tasneem. Saat itu dia merasakan tubuh gadis remaja itu perlu ditakluki. Secara rela atau dipaksa, dia tak peduli. Hal itu diketepikan demi mencapai matlamat.
“Tasneem,” bisiknya serak.
Hidungnya mencari rambut halus si gadis. Dihidu dengan mata tertutup. Wangi, membuat nafsunya semakin bergelora.
“You dah bangun?”
Mata Adrian terbuka.
“Kepala you sakit tak?”
Tasneem ingat ada kawan yang pernah bercerita padanya, orang mabuk selalunya akan mengalami sakit kepala selepas waras dari mabuknya. Dia yakin Adrian pun begitu.
“I buatkan you teh halia ya?”
Dia belum sedar liar tubuhnya dijamah mata helang Adrian. Dia juga lupa pakaian mencolok mata yang sedang dikenakan. Sehelai kemeja Adrian yang kebesaran di tubuh mungilnya melayang-layang kala dia bergerak.
Malam tadi tergesa-gesa dia ke sini setelah dihubungi oleh Adrian. Lelaki itu merintih seperti sedang menahan kesakitan. Hatinya risau bukan kepalang.
Bila dia sampai ke rumah Adrian lain yang dilihatnya. Rupa-rupanya lelaki itu hanya meracau kerana terlalu mabuk. Sia-sia dia berkejar ke sini seperti orang gila. Habis pakaian dan tudungnya terkena muntah Adrian.
“Hurm, seksi…”
Tangan Adrian merayap ke bahagian atas baju Tasneem yang terbuka.
Oh, Tasneem baru tersedar!
“Nak pergi mana Tasneem?” Pinggangnya disambar Adrian.
“Nak… tukar baju. Sorry, semalam I pinjam baju you. Baju I kena muntah.”
“Hurm…” Adrian seperti tidak mendengar penjelasannya. Kemas pautan tangan Adrian di pinggang Tasneem.
“Ad…”
Bisu… Seluruh alam seakan sepi. Nafas Tasneem menderu keras.
“Buktikan you sayangkan I, Neem.”
PROLOG • BAB 1 • BAB 2 • BAB 3 • BAB 4 • BAB 5
BELI NOVEL TELAH AKU CINTA (PENULIS: AFNAN)